ZIARAH SYAWAL SAUDARA AZMAN HAJI RUSLAN


Saya mendapat mesej SMS daripada sahabat saya Saudara Azman Haji Ruslan pada 26 September 2009 sekitar jam 1.08 pagi.

Mesej berbunyi:

Dengan besar hati, saya dan keluarga menjemput ke Majlis Rumah Terbuka saya pada Hari Ahad ini 27 September 2009 di Kampung Bayangan, Keningau, Sabah.Bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran. Daripada Azman Haji Ruslan dan Keluarga.

Saya dan sahabat lain sepakat untuk hadir ke majlis ini.

Sedikit mengenai latar belakang beliau. Beliau merupakan seorang pemuda yang mempunyai bakat kepimpinan yang berkebolehan. Berkerjaya sebagai Peguam Syarie menampakkan beliau banyak bergaul dengan masyarakat.

Beliau juga adalah Ketua Belia USIA Bahagian Keningau, sebelum menyerahkan amanah tersebut kepada setiausahanya Saudara Irwan Jail disebabkan memikul tugasan yang lebih berat.

Yang menarik mengenai beliau adalah seorang yang mudah mesra. Beliau akan menjadi kawan kepada siapa sahaja. Perwatakan yang friendly ini menyebabkan masyarakat sekeliling tidak kekok berdialog dengannya.

Ketika saya dan Ustaz Sulaimin tiba di kawasan rumahnya, didapati beliau bersama Ustaz Mohd Yassin Yunus (Ketua Penerangan USIA Tambunan) sedang berborak sambil melayan tetamu yang tiba.

Saya juga sempat bertemu kawan-kawan lama seperti Iskandar, Ahmad Johari, Ah Kien dan ramai lagi yang tidak dapat saya sebut di sini. Dalam kesempatan itu, saya memilih Sup Payau (Rusa) yang menjadi menu istimewa pada majlis tersebut!

Semoga beliau terus maju ke hadapan dalam usaha memertabatkan Dakwah, Fasiliti dan Infrastruktur di Pedalaman ini.

Antara tetamu yang hadir

Antara tetamu yang hadir

Menyelerakan soto rusa

Menyelerakan soto rusa

Ustaz Akob dan Ustaz Sulaimin sedang menikmati soto rusa

Ustaz Akob dan Ustaz Sulaimin sedang menikmati soto rusa

Bergambar dengan Saudara Azman Haji Ruslan

Bergambar dengan Saudara Azman Haji Ruslan

Segak. Ustaz Sulaimin dengan Encik Azman Haji Ruslan

Segak. Ustaz Sulaimin dengan Encik Azman Haji Ruslan

By pustakaalghazali Posted in Lawatan

4 comments on “ZIARAH SYAWAL SAUDARA AZMAN HAJI RUSLAN

  1. Assalamualaikum……..wah cepat juga tuan masukkan maklumat berhari raya tempat ybhg.Azman Hj.Ruslan,ketua Pemuda Umno Sabah.Tahniah…Inilah dikatakan kecanggihan ICT.Sya belum sampai tambunan tapi maklumat dan peristiwa yang kita hadiri telah disebarluaskan..Tahniah sekali lagi..Kepada bos saya (En.Azman Hj.Ruslan,sya doakan mudah-mudahan suatu hari nanti menjadi pemimpin besar.InsyaAllah)

    au uku ka ginambar kio enci..ha..ha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s