SABAH JOHAN NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN


 
 

Gaya Juara. Sabah mengekalkan kejuaraan berganda

 

Sekali lagi Kumpulan Nasyid dari Sabah menjadi johan pada Festival Nasyid Kebangsaan 2009 yang telah diadakan semalam di Dewan PICC, Putrajaya Kuala Lumpur.Kumpulan Nasyid Kategori Moden ini yang dinamakan Kumpulan Ziyaad telah berjaya membawa wang tunai sebanyak RM14,000 dan hadiah iringan lain setelah mendapat hadiah 78 peratus.

Selain itu, Sabah juga memenangi Lirik dan Lagu terbaik dengan hadiah masing-masing RM2,000. Manakala Cik Nurul Fadilah dari Sabah diumumkan sebagai penulis lirik dan lagu terbaik kebangsaan.

Bagi Kategori Tradisi kemenangan dibolot oleh Kumpulan Nasyid dari Sarawak dan memenangi semua kategori sebagaimana kemenangan Sabah. Kecuali persembahan terbaik dimiliki oleh Kumpulan Nasyid yang mewakili Kementerian Penerangan Malaysia.

 
 

Persembahan mantap

 

Penulis Lirik dan Lagu Terbaik

Cik Nurul Fadilah Nordin penulis dan pencipta lagu terbaik kebangsaan

KUMPULAN NASYID KATEGORI MODEN SABAH KE PERINGKAT AKHIR


Kumpulan Nasyid Kategori Moden yang mewakili Negeri Sabah telah berjaya ke Peringkat Akhir FNK yang akan diadakan 3o Oktober 2009 bertempat di Dewan B, PICC Putrajaya.

Namun bagi Kategori Tradisi, hajat Sabah tidak kesampaian apabila tidak tersenarai 5 kumpulan terbaik yang akan ke Peringkat Akhir esok.

Tahun ini Sabah diwakili 2 kumpulan nasyid iaitu Ar-Rifqah (Kategori Tradisi) dan Ziyaad (Kategori Moden).

Dengan maklumat terkini itu, bermakna Sabah menyandarkan harapan kejuaraan daripada Kumpulan Ziyaad yang mewakili Kategori Moden.

Pada peringkat separuh akhir tadi, sebanyak 20 kumpulan nasyid dari seluruh Negara telah memperdengarkan lagu masing-masing. 10 kumpulan kategori moden dan 10 kumpulan dari kategori tradisi.

Petang tadi juga, para panel hakim yang menghakimi pertandingan separuh akhir adalah;-

1. Encik Mohd. Radzi Sulaiman (ITO Lara), 2. Encik Mohamad Hanafiah Amat, 3. Encik Mohd. Munif Ahmad, 4. Encik Mujahid Abdul Wahid, 5. Encik Syed Indra Syed Omar (SISO), 6. Tuan Haji Othman Mustafa, 7. Dan, Encik Mohd. Zaki Abdullah

Perlunya ada bedah siasat kegagalan kumpulan tradisi ini ke peringkat akhir.

Kumpulan Ziyaad

Solo Ziyaad

Kumpulan Ar-Rifqah

Solo Ar-Rifqah

Barisan Jemaah Hakim

PAMERAN KEKEJAMAN TENTERA AMERIKA KE ATAS TAHANAN IRAQ


Replika kekejaman tentera penjajah

Sementelahan pameran Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia (MOSTI) satu lagi pameran yang agak menarik iaitu Pameran mengenai kekejaman Tentera Bersekutu ke atas tahanan di kalangan rakyat Iraq. Kebanyakannya sekitar tahanan di Pusat Tahanan Abu Ghuraib dan Tahanan di Teluk Guantanamo.

Pameran dan Persidangan yang bermula 26-31 Oktober 2009 ini telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.Sekiranya anda memasuki ruang galeri pameran, anda akan terasa cukup tragis meskipun di hadapan anda adalah patung-patung yang kaku. Namun, anda akan merasai seolah-olah sedang menyaksikan reality bilamana keadaan ruan pameran yang direka khas hampir sama dengan situasi sebenar. Di samping itu, dengan suara jeritan orang sedang di siksa juga dimainkan.

Pada saya, betapa murahnya harga nyawa mereka yang disiksa sedemikian rupa. Bukan sahaja kaum bapa yang diseksa, malah anak-anak gadis menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh tentera penceroboh ini. Pemuda pula di bunuh dengan pelbagai kekejaman. Anak-anak kecil menderita akibat bom dan racun yang dilepaskan.

Bagi kita, betapa amat berharganya sebuah kemerdekaan dan kebebasan!!

Pameran dan persidangan ini dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dan Yayasan Anti Perang yang di ketuai oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya sempat mengambil beberapa gambar dengan sulit sebab tidak dibenar mengambil gambar atas arahan penganjur.

Tuan Haji Yahamad Budin dan Tuan Haji Hassan Wahab di Pintu Depan PWTC

Tuan Haji Hassan sedang memilih pakaian tanda sokongan

Pameran produk Yayasan Kepimpinan Perdana milik Tun Mahathir

We Will Never Forget

Antara mesin pemusnah warisan manusia

Antara Replika Bom yang dipamerkan

Mesin pemusnah

Islamic Foundation

SEKITAR PAMERAN MOSTI DI PWTC KUALA LUMPUR


Mengambil kesempatan untuk hadir melawat pameran anjuran Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia (MOSTI) yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pelbagai produk berasaskan teknologi telah dipamerkan. Antaranya penyapu pintar yang dihasilkan oleh pelajar di sebuah Sekolah Menengah di Kuala Lumpur.

Saya mencadangkan agar pameran seumpama ini diadakan di Negeri Sabah untuk mempamerkan inovasi dan kreativiti anak-anak tempatan.

Pameran MOSTI

Pameran anjuran MOSTI

Pameran MOSTI

Antara gerai pameran yang dikunjungi

Pameran E-Faraid

Teknolgi terkini mengenai kelapa