MENAMBAH BAIK FUNGSI LAMAN WEB USIA TAMBUNAN


Pada sahabat di luar sana, saya amat mengalu-alukan cadangan penambahbaikan peranan Laman Web USIA Bahagian Tambunan.

Saya dengan adik Kaminur Sabir Kamin (Diploma IT dari Cosmopoint College, Kota Kinabalu) sedang berusaha mengemaskini laman ini sesuai dengan misi dan visi USIA Tambunan agar berada di hadapan.

Saya bercadang akan meletakkan informasi yang terkini dalam laman web ini kelak. Namun masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan perisian yang masih baru ini.

Sahabat boleh melawat www.gerakusia.org dan sila berikan komen yang membina.