APABILA SOLAT MENJADI RITUAL SEMATA-MATA


SATU peristiwa besar sekali gus bersejarah ini terukir dalam kitab suci al-Quran.

Firman Allah s.w.t bermaksud: “Maha Suci Allah, yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’: Ayat 1)

Umumnya, kita maklum mengenai rentetan peristiwa yang menunjukkan kebesaran Allah ini.

Dengan kekuasaan-Nya, Allah menunjukkan kebesaran-Nya kepada manusia, melakukan sesuatu di luar hukum tabii (hukum alam) dan di luar kemampuan akal budi manusia.

Merenungkan kebesaran dan kekuasaan Allah dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah sesuatu yang penting dalam rangka mengingatkan kita kepada jati diri sebagai manusia dan tugas menjalani hidup di dunia ini.

Namun, yang tidak kurang pentingnya adalah sejauh mana kita mampu menangkap pengajaran daripada peristiwa luar biasa itu.

Kita maklum bahawa inti pertemuan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w di Sidratul Muntaha adalah untuk diturunkan kewajiban yang paling asas dalam Islam iaitu melaksanakan solat lima waktu.

Begitu pentingnya perintah solat ini bagi manusia sehingga solat diibaratkan sebagai ‘tiang agama.’

Jika tiang itu rosak atau kurang sempurna, agama seseorang pun mungkin akan roboh.
Pengertian solat yang sedemikian penting ini sudah tentu bukanlah pengertian solat dalam bentuk verbal (yakni perbuatan yang dimulai dari takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam) saja, akan tetapi solat dalam pengertiannya yang utuh, solat yang menjadi alat pembentukan moral dan peribadi sosial.

Hubungan antara solat dengan tanggungjawab sosial digambarkan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud: “Baca-lah apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain).” (Surah Al-Ankabut: Ayat 21).

Berdasarkan pada ayat ini, jelas bahawa ibadah solat mempunyai kaitan dengan ‘tanha ‘anil fakhsya wal munkar (gerakan mencegah segenap perbuatan keji yang merosak dan pelbagai bentuk kemungkaran).

Dengan kata lain, solat yang sempurna dapat membentuk peribadi yang bersih serta memiliki kekuatan memperbaiki keadaan sosial dalam kerangka besar fastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam berbuat kebajikan).

Namun batasan solat seperti ini nampaknya masih kurang diserap maknanya oleh masyarakat.

Berkembang suburnya budaya rasuah, pakatan, kekerasan dan kezaliman merupakan satu fenomena yang sangat membimbangkan jika mengingatkan penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Keadaan ini membuktikan bahawa ibadah solat hanya dipandang sebagai ritual dan formaliti belaka, tidak ada kaitannya dengan masyarakat dan lingkungan hidup manusia.

Padahal agama tidak pernah memisahkan antara kewajiban kepada Allah (Haqqullah) dan kewajiban kepada sesama manusia (Haqqul Adam).

Agama Islam diturunkan untuk membentuk manusia yang sedar akan jati dirinya sebagai seorang hamba, sekali gus sebagai agama yang menjamin kemaslahatan hidup manusia itu sendiri.

Kualiti keimanan dalam Islam selalu dikaitkan dengan amal solih.

Solat dilekatkan dengan mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Puasa beriringan dengan perasaan peka terhadap sesama manusia. Zakat bertalian dengan kesedaran akan hak fakir miskin dan haji dikaitkan dengan perasaan kesetaraan manusia dan seterusnya.

Oleh itu, marilah kita menjadikan solat faktor utama melakukan perubahan dalam berbagai segmen kehidupan ke arah yang lebih baik.

Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua, memberikan jalan taubat kepada serta menuntun kita dalam mewujudkan baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur di tengah-tengah negara yang dilanda krisis ini.

 Sumber: Susunan Hashim Ahmad 03 Oktober 2009

2 comments on “APABILA SOLAT MENJADI RITUAL SEMATA-MATA

  1. AKIBAT MENINGGALKAN SEMBAHYANG

    SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

    1. Allah mengurangkan keberkatan umurnya.
    2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
    3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
    4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
    5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

    SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

    1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina.
    2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
    3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan.

    SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

    1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
    2. Kuburnya akan digelapkan.
    3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

    SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT

    1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat.
    2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
    3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

    NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

    1. Sembahyang Subuh – Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia).

    2. Sembahyang Zuhur – Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.

    3. Sembahyang Asar – Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

    4. Sembahyang Maghrib – Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).

    5. Sembahyang Isyak – Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi lain.

  2. ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR, semuga ALLAH mengampun semua dosa2 ku,dosa kedua2 ibubapa ku,dosa2 kaum muslimin dan muslimat,amin, amin………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s