TERLIUR JUGA!


Satu Pameran Hartanah di Negeri Sabah anjuran SHAREDA bermula 2 hingga 4 Oktober 2009 dan bertempat di Sabah Trade Centre (STC) Likas.

Pelbagai jenis rekabentuk rumah dengan harga bermacam kategori dipamerkan. Kalau mau yang murah, sederhana dan tinggi semuanya ada!

Mau dekat laut, pinggir bandar, atas bukit dan tengah-tengah bandar pun ada. Yang penting sediakan saja apa yang patut!

Saya berkesempatan meninjau-ninjau pameran ini semalam. Pengunjung tidak putus-putus. Maklumlah, pameran dwi tahunan ini akan berakhir hari ini.

Kepada yang belum berkesempatan sila datang berkunjung, mana tau ada yang ngam dalam hati …:)

Setia SKY Residences Kuala Lumpur

Setia SKY Residences Kuala Lumpur

Mewah

Mewah

Projek Perumahan River Park di Kinarut

Projek Perumahan River Park di Kinarut

Vista Minintod Penampang

Vista Minintod Penampang

Bukit Kiara tidak ketinggalan

Bukit Kiara tidak ketinggalan

Kalau ada ongkos, tempahlah satu lot lagi

Kalau ada ongkos, tempahlah satu lot lagi

Kalau mau beli  sila berkunjung ke STC di Likas

Kalau mau beli sila berkunjung ke STC di Likas

6 comments on “TERLIUR JUGA!

  1. Salam,

    Nampak gaya makin membangun negeri kita. Pembangunan yang pesat sebegini sebenarnya satu tanda bahawa negeri kita ada duit, orang kita ada duit. Cuma, klu harganya terlalu tinggi, duit sedikit tu tak boleh buat apa-apa juga. Akhirnya, hanya segelentir manusia saja yang dapat menikmati kepesatan pembangunan yg ada.

    Harap2lah ada juga di kalangan kita umat Islam yang dapat beli hartanah yang canggih tu. Sekurang2nya orang lain tidak memandang rendah kepada Umat Islam. Lebih baik rasanya kita hidup setanding dengan mereka daripada terus memencilkan diri dengan dunia kita sendiri.

    Sekurang2nya, ada juga perasaan segan atau respek mereka kepada kita. Bila perasaan segan dan respek itu sudah wujud, mudahlah pula kita bercampur gaul dengan mereka. Mudahlah pula kita berinteraksi dengan mereka. Mudahlah pula kita memasukkan nilai2 sejagat dalam agama kita. Last2, akhirnya mereka akan faham bahawa Islam adalah agama yang comprehensif, agama yg menyeluruh, agama yang syariatnya sesuai dengan fitrah semulajadi manusia. last2 mereka akan akur bahawa Islam bukanlah menganjur kepada keganasan tapi menganjur tolernsi dan kedamaian.

    Segala tindakan kita yang pada awalnya mungkin dilihat berlebih2-han, membazir atau bermegah2 pada akhirnya membuahkan hasil yang lebih baik dari jangkaan awal. Semuanya tergantung sangat kepada niat pada permulaan perbuatan.

    Wallau a’lam.

    TQ

    • Salam YAA, Melihat kepada pembangunan pesat ini, kekadang terfikir juga..adakah umat kita mampu memiliki hartanah sevalue ini. Takut hanya orang lain yang dapat umat kita cuma meihat.

  2. Sekadar mencelah…

    Tak terfikirkah untuk memanfaatkan aset tanah wakaf USIA di Tambunan (spt di Tabilung dll) untuk dijadikan ‘Perumahan Muslim’ @ ‘Tambunan Islamic Center’. Saya ingat selain sebagai hartanah USIA dibangunkan, ia juga dapat dimanfaatkan sebagai sumber ekonomi & pusat akses USIA Bahagian dalam masa yang panjang.

    Kalau boleh dibangun dgn cara seperti itu, di lain masa USIA boleh kembangkan dan majukan dengan tambahan prasarana kemudahan yang lain secara berpusat [motel musafir USIA, Car wash USIA, Kedai Dobi USIA, koperasi USIA, kelas Tafaqquh, bilik gerakan, dll – Dalam bentuk pakej] . Ada gagasan untuk membuat/melaksanakan ‘Baitun Nuur’ – kelas khas untuk para muallaf, dan ini nampaknya sangat baik dari segi prospek islamisasi setempat. So, saya cadangankn sebagai langkah jangka panjang sesuatu yg melibatkan pembangunan perlu diusahakan dengan gigih.

    Rasionalnya; agar USIA Tbn dapat benar-benar berfungsi ditengah masyarakat Tbn. Agar cita-cita memiliki ‘Pusat Islam’ di Tambunan terlaksana. Supaya pengurusan kebajikan, ekonomi, dakwah, informasi, tafaqquh & apa saja dapat diurustadbir dengan lebih mantap.

    Kita tidak perlu mengangankan yang ‘besar’. Biar ada ‘bangunan asas’ sebagai permulaan dahulu dan selepas itu saya yakin dan percaya ummat Muslim di tambunan akan lebih yakin, percaya dan komited dengan komitmen USIA Tambunan. Kalau ada gelora yang membangkitkan ghairah mereka untuk organisasi Islam (USIA), passti mereka akan membantu, mereka akan menyumbang, mereka akan lebih bersemangat… semuanya terpulang kepada USIA Tbn untuk bertindak.

    Cuma… permulaannya mari kita fikir-fikirkan bersama!

    Salam,
    Alhamdulillah ustaz, Bukan Tobilung tapi Tanah Goliung!.
    Ianya terletak dekat dengan SMK Nambayan Tambunan. Cukup strategik.
    Biro Ekonomi dan Pembangunan sudah ada perancangan untuk buat Islamik Centre,,dan ana sedang buat kertas keja buat kilang mee kering sebagai alternatif kepada pengusaha yang tidak ada logo halal.

    Dalam masa terdekat biro ini akan bermesyuarat, anta harap dapat membantu. Tahniah dengan idea berkenaan.

    • Salam,
      Alhamdulillah ustaz, Bukan Tobilung tapi Tanah Goliung!.
      Ianya terletak dekat dengan SMK Nambayan Tambunan. Cukup strategik.
      Biro Ekonomi dan Pembangunan sudah ada perancangan untuk buat Islamik Centre,,dan ana sedang buat kertas keja buat kilang mee kering sebagai alternatif kepada pengusaha yang tidak ada logo halal.

      Dalam masa terdekat biro ini akan bermesyuarat, anta harap dapat membantu. Tahniah dengan idea berkenaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s