SUBHANALLAH! Gelung bulan di planet Zuhal


Antara bukti kebesaran Allah SWT

Ahli astronomi terpegun apabila menemui sebuah bulan kecil yang jauh di planet Zuhal mempunyai gelung terbesar dalam sistem suria.

Bulan yang dinamakan Phoebe dan mengelilingi Zuhal itu, berukuran hanya 214 kilometer lebar, mempunyai bulatan gelung serpihan berdiameter kira-kira 13 juta kilometer, lapor mereka di dalam jurnal sains mingguan Britain, Nature hari ini.

Jika gelung itu dapat dilihat dari Bumi, ia akan kelihatan dua kali ganda daripada saiz bulan mengambang. Tiga ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh Anne Verbiscer dari Universiti Virginia menggunakan teleskop Spitzer pada Februari lalu, untuk melihat ruang di sekitar Phoebe dengan lebih dekat.

Sehingga kini, gelung planet terbesar dalam sistem solar ialah gelung yang dikenali sebagai gossamer atau gelung kain yang nipis dan halus, mengelilingi Musytari iaitu planet terbesar dalam sistem solar dan gelung E milik Zuhal.

Gelung Phoebe adalah lebih pudar berbanding kedua-duanya dan kelihatan mengandungi debu daripada batu-batu yang pecah di luar bulan kecil itu akibat serpihan di ruang angkasa lepas dan lain-lain partikel.

Gelung itu juga mungkin dapat menjelaskan misteri Iapetus iaitu bulan Zuhal yang mempunyai dua warna, hitam dan putih.

Debu daripada gelung tersebut mungkin melingkari Iapetus dan sepanjang hayat sistem solar telah menyelubungi satu bahagian daripadanya dengan bahan berwarna gelap yang mungkin setebal beberapa meter.

Bahagian Iapetus yang bertentangan perlahan-lahan bertukar menjadi lebih putih tatkala bahagian yang bertentangan menjadi semakin gelap.

Terdapat satu teori yang dikenali sebagai teori pengagihan termal bagi menjelaskan keadaan ini.

Ia mencadangkan bahawa bahagian Iapetus yang gelap menyerap lebih banyak cahaya matahari dan boleh dipanaskan secukupnya untuk menyebabkan air ais setempat menyejat.

Wap air itu kemudiannya tersebar dan tersejat di lokasi sejuk terdekat iaitu pada bahagian bulan yang lebih cerah.

Akibatnya, bahagian yang lebih gelap kehilangan permukaan ais beku dan menjadi lebih gelap manakala bahagian cerah mengumpul lebih banyak ais dan menjadi semakin cerah. – AFP

One comment on “SUBHANALLAH! Gelung bulan di planet Zuhal

  1. malas nak fikir benda2 macam ni, sedangkan benda atas bumi sendiri banyak lagi tak dijumpai,ni kan pulak benda yang beratus juta km dari kita..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s