62 PERATUS SETUJU!


Dengan ini diumumkan penutupan UNDIAN atau TINJAUAN PENDAPAT mengenai WAJARKAH NAMA SEKOLAH RENDAH AGAMA  TAMBUNAN (SRA) DITUKAR KEPADA SRA HAJI AHMAD DARBI PEKAN TAMBUNAN.

Tinjauan tersebut telah menarik seramai 92 orang dan hasilnya adalah seperti berikut:-

  1. Sangat Setuju 62% (57 pengundi)
  2. Tidak Setuju 34% (31 pengundi)
  3. Tidak Pasti 2% (2 pengundi), dan
  4. Lain-lain 2% (2 pengundi)

Tinjauan ini bermula pada awal OGOS 2009 dan telah berakhir hari ini iaitu pada 15 Oktober 2009.

Latar belakang bagaimana tinjauan ini diwujudkan adalah kerana terdapat cadangan daripada pelbagai pihak agar SRA berkenaan ditukar nama sempena nama pengasasnya iaitu Tuan Haji Ahmad Darbi Lubis.

Walaupun cadangan ini cukup baik, namun mungkin ada di luar sana yang mempunyai pendapat yang lebih baik dan bernas. Justeru itu saya rasa walaupun tinjauan ini tidaklah setepat 100% namun sekurang-kurangnya boleh dianggap sebagai cerminan suara masyarakat.

Ulasan:

Bagi mereka yang bersetuju berpendapat adalah wajar sekolah berkenaan dinamakan atas nama Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis kerana beliau adalah pengasas sekolah berkenaan. Beliaulah guru besar di sekolah berkenaan sehingga mengakhiri tugasnya. Malah yang lebih besar jasanya adalah, walaupun telah bersara namun beliau tetap menumpahkan jasanya dengan mengajar pelajar di sekolah berkenaan. Bukan setakat itu, pelajar juga diberi pelajaran percuma di masjid dan rumahnya.

Namun, bagi mereka yang tidak bersetuju juga mempunyai alasan tersendiri. Saya yakin bukannya tidak bersetuju, Cuma barangkali mempunyai idea dan cadangan tersendiri yang lebih baik. Kepada yang tidak bersetuju, elok rasanya ada cadangan atau idea yang perlu dikongsi. Sila berikan komentar anda!

Justeru itu, pada pengurusan USIA Bahagian Tambunan akan dicadangkan agar suara 62% akan dibincang dalam mesyuarat kelak. Sebelum dikemukakan kepada pihak yang berwajib. InsyaAllah

Terimakasih pada semua pengundi yang menyatakan pendapat masing-masingJ

4 comments on “62 PERATUS SETUJU!

  1. Salam..
    Bagi saya, mungkin 62% setuju itu merupakan bekas/pelajar SUI/SRA ataupun mereka yang
    pernah bergaul/berguru dengan Tuan Guru. 34% pula adalah mereka yang tak tahu langsung
    tentang perkaitan antara Tuan Guru dengan SUI/SRA. Dan yang selebihnya itu saja2 nak
    mengundi.
    Wasallam.

    • Waalaikumsalam,
      Terimakasih atas respon sahabat Musa. Saya sedang menyiapkan sebuah buku mengenai sejarah SUIS Tambunan,,,harap sahabat dapat membantu:)

  2. Salam,

    Menyediakan ruang kepada pengunjung membuat undian mengenai pengubahan nama SUIS Tambunan kepada nama Allahyarham Tuan Guru Hj Ahmad Darbi Lubis merupakan langkah pertama dan ia telahpun dilaksanakan. Walaupun tidaklah pula dapat diketahui berapa bilangan individu yang mengundi dalam 62% itu, namun ia satu indikasi bahawa usaha ini mendapat reaksi positif berbanding tidak bersetuju atau berdiam diri.

    Kini, usaha membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat USIA Bahagian Tambunan dilihat sebagai langkah kedua. Soal berjaya atau sebaliknya, itu adalah persoalan lain. ERAKITA mengucapkan tahniah atas usaha ini.

    Wassalam

  3. Terimakasih ERAKITA,
    Saya berkeyakinana sahabat2 kita mampu menterjemahkannya dalam mesyuarat kelak,,,insyaAllah Taala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s