RAYA JHEAINS, MUIS DAN WISMA HARTA


Tadi berlangsung Majlis Raya Terbuka Warga JHEAINS, MUIS dan Wisma Harta Sdn. Bhd. Majlis tahunan sempena Aidil Firi ini bertujuan merapatkan saf ukhuwah di kalangan warga berkenaan. Hampir 500 warga hadir.
Apa yang menariknya pada majlis ini adalah dengan kehadiran seramai 20 orang warga tua dari Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Kinarut. Sedih pula melihat riak wajah mereka yang semakin hari dimamah usia.
Kawan sebelah membisikkan, “esuk hari beginilah keadaan kita, itupun kalau umur panjang”, katanya. Kawan sebelah menyampuk, “apa yang kau cakap tu menyebabkan saya insaf sekejap!. Kenapa pula sekejap saja..:))
Majlis dimulakan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Bungso Aziz, Pensyarah Pengajian Islam di UiTM Kota Kinabalu. Dan seterusnya majlis bersalam-salaman sambil diikuti dengan alunan Selawat Nabi.
Seterusnya ucapan dan amanat daripada Ybhg. Tuan Haji Amri A. Suratman. Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi.
Ustaz Bungso Aziz

Ustaz Bungso Aziz

Abu Nuha, sedang bermonolog dengan diri sendiri

Abu Nuha, sedang bermonolog dengan diri sendiri

Abu Solha, sedang mengurut dagu, sebelah Ustaz Bungso adalah Tuan Haji Mohd Noor Kasah dan Tuan Haji Abdul Razak Mumin, jurutera

Abu Solha, sedang mengurut dagu, sebelah Ustaz Bungso adalah Tuan Haji Mohd Noor Kasah dan Tuan Haji Abdul Razak Mumin, jurutera

Bahagian protokol mesra menunggu tetamu

Bahagian protokol mesra menunggu tetamu

Abu Nuha, tambah sate tu..

Abu Nuha, tambah sate tu..

Barisan bos-bos, Ustaz Baharudin Alwi, Ustaz Saifudin Haji Daud dan rakan-rakan

Barisan bos-bos, Ustaz Baharudin Alwi, Ustaz Saifudin Haji Daud dan rakan-rakan

Encik Tamin, Musa dan Din

Encik Tamin, Musa dan Din

Kelihatan YA Ustaz Jasri Matjakir, Hakim Mahkamah Tinggi

Kelihatan YA Ustaz Jasri Matjakir, Hakim Mahkamah Tinggi

Kolestrol beb..

Kolestrol beb..

Pengarah sedang bersalaman dengan saudara K

Pengarah sedang bersalaman dengan saudara K

Pos istimewa Ustaz Awaludin Nasution, penceramah yang tidak asing lagi

Pos istimewa Ustaz Awaludin Nasution, penceramah yang tidak asing lagi

Saudara Ismail dengan baju raya barunya..

Saudara Ismail dengan baju raya barunya..

Timbalan Pengarah sedang bersalaman dengan Tuan Haji Yahya

Timbalan Pengarah sedang bersalaman dengan Tuan Haji Yahya

Tuan Haji Sotimin sedang menikmati nasi briyani, kelihatan Tuan Haji Yahya dan Ustaz Senan Jipar

Tuan Haji Sotimin sedang menikmati nasi briyani, kelihatan Tuan Haji Yahya dan Ustaz Senan Jipar

Ukhuwah, Abg Eshaap sedang membantu Saudara Karim membuang kulit pembalut lemang

Ukhuwah, Abg Eshaap sedang membantu Saudara Karim membuang kulit pembalut lemang

Ustaz Abdillah Nanun sedang khusyuk menkmati juadah

Ustaz Abdillah Nanun sedang khusyuk menkmati juadah

Ustaz Senan sedang memperkatakan sesuatu kepada Ustaz Musally dan Ustaz Najion

Ustaz Senan sedang memperkatakan sesuatu kepada Ustaz Musally dan Ustaz Najion

Warga Emas antara yang diraikan

Warga Emas antara yang diraikan

Ustaz Abdul Rahman pengacara majlis yang dekat dihati

Ustaz Abdul Rahman pengacara majlis yang dekat dihati

By pustakaalghazali Posted in Bpi