PROJEK JALANRAYA SAPULUT – KALABAKAN TIDAK SEMPURNA


Saya terbaca laporan Audit Negara melalui BERITA ONLINE hari ini mengenai ketidak sempurnaan pembinaan jalanraya SAPULUT ke KALABAKAN. Sapulut terletak di Daerah Nabawan manakala Kalabakan terletak di Daerah Tawau.

 Saya pernah melalui jalan ini dan mendapati hanya dari Keningau ke Sapulut sahaja jalanraya bertar. Manakala jalanraya dari Sapulut ke Kalabakan masih dalam keadaan gravel dan akan menjadi licin ketika hujan dan habuk ketika kemarau. Keadaan ini cukup tidak mendatangkan keselesaan kepada pengguna.

Jalan ini menjadi pilihan alternatif kerana ia lebih dekat berbanding jalan Kota Kinabalu ke Tawau. Saya rasakan boleh jimat 3 jam perjalanan.

Saya pernah mengulas isu ini sedikit masa lalu iaitu pada 30 Jun 2009. Malah kenderaan kawan-kawan saya ketika melalui jalan ini juga turut mengalami kemalangan yang hampir-hampir menjemput ke liang lahad. Lihat artikel berkenaan ini di sini.

Menurut laporan audit jalan ini telah menelan belanja yang begitu banyak iaitu sebanyak RM565 juta! Banyak tu beb! Bukannya RM565.oo (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Enam Puluh Lima Sahaja!).

Tahniah atas laporan audit.

Laporan lanjut baca berikutnya:

Projek binaan Jalan Sapulut-Kalabalakan tidak capai objektif

KUALA LUMPUR: Projek Pembinaan Jalan Sapulut-Kalabalakan didapati tidak mencapai objektifnya iaitu membina jalan bertar atau berturap yang menghubungkan pekan Sapulut di Keningau dengan Kalabalakan di Tawau, Sabah.

Sebaliknya, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 yang dikeluarkan hari ini, hanya jalan “gravel” yang dibina dalam projek yang membabitkan peruntukan RM565 juta itu.

“Audit mendapati kerja penyiasatan tanah tidak dilaksanakan dengan sempurna mengakibatkan banyak bahan yang tidak sesuai seperti batang balak digunakan untuk membuat jalan oleh syarikat konsensi pembalakan tidak dapat dikesan.

“Hal ini menyebabkan perubahan skop kerja dengan tidak membina jalan berturap terpaksa dilakukan bagi memastikan kos projek tidak melebihi nilai kontrak yang dipersetujui,” kata laporan itu.

Laporan itu juga berpendapat, pembinaan jalan di kawasan berkenaan adalah tidak praktikal kerana ia melalui jalan yang aktif dengan aktiviti pembalakan, membabitkan dua syarikat konsesi balak.

“Lori balak kerap menggunakan jalan itu, walaupun jalan basah, dengan muatan 42.54 tan sehingga 62.08 tan yang melebihi kapasiti reka bentuk jalan yang dibina, iaitu setakat 30 tan saja.

“Kekerapan lori balak menggunakan jalan itu juga adalah faktor yang melambatkan proses pembinaan dan menyebabkan kerosakan kepada jalan yang baru dibina seperti kerosakan terhadap “embankment”, longkang serta cerun,” kata laporan itu.

Selain itu, penyiasatan audit turut menemui kerosakan seperti lubang pada permukaan jalan, permukaan jalan mendap, bahu jalan ternaik, longkang rosak, perlindungan tebing sungai terhakis dan penahan tembok di sepanjang jalan itu akibat kualiti pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak memuaskan.

“Pada pandangan audit, Jabatan Kerja Raya (JKR) sepatutnya memastikan kerja penyiasatan tanah dijalankan dengan sempurna sebelum projek pembinaan jalan dimulakan,” kata laporan itu.

Laporan Ketua Audit Negara itu, mengesyorkan supaya JKR memastikan kontraktor membaiki segera kerosakan itu bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah serius sehingga menjejaskan keselamatan pengguna.

Tahap pemantauan juga perlu ditingkatkan untuk memastikan kontraktor menjalankan kerja penyenggaraan yang berkualiti serta mengikut jadual dan syarat yang ditetapkan, selain memohon peruntukan kewangan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk menyambung kerja penurapan aspal jalan, kata laporan itu. – Bernama

6 comments on “PROJEK JALANRAYA SAPULUT – KALABAKAN TIDAK SEMPURNA

  1. Salam,

    Apakah berlaku KETIRISAN dalam hal ini?

    Sama-sama kita saksikan di akhirat nanti.

    Teringin juga nak lalu jaraya tu tapi belum ada kesempatan.

    TQ atas maklmuat ini.

    • Dengan begitu banyak peruntukan,,,jalan tar pun belum siap..sudah tentu ada ketirisan,,rakyat dan pembayar cukai yang rugi. CUKAI yang kita bayar adalah cukai jalan…

  2. assalamualaikum wrt…

    Sebagai warga sabah pada keseluruhanya saya memberikan respon terhadap berita hangat yg tersebar dadada akhbar DE kelmarin berhubung dengan pembikinan jalanyara dengan kos ratuasan juta oleh kontraktor yg menerima amanah dari kerajaan yg didakwa tidak sempurna pembikinanya, selain saudara2 lain mengatakan “kita tengok di akhirat nanti apa berlaku kepada kontraktor ini” sebenarnya semua itu hanyalah melepaskan geram dan ketidakpuasan hati segelintir insan termasuk saya, walaupun pada hakikatnya belum melalui jalanraya tersebut tetapi banyak maklumat diperolehi dari rakan2 kerana kepingin /teringin sangat untuk melalui jalan tersebut di masa2 akan datang kerana selain menjimatkan masa, tenaga dan RM bila mengunjungi keluarga di sebelah pantai timur.

    berbalik kepada pokok persoalan, pada hemat saya sebenarnya perkara tersebut berlaku kerana kekuangan penghayatan keintegritian diri atau langsung tidak faham dengan perkataan tersebut atau perkataan yg sangat mudah kita fahami ialah individu tersebut tidak takut pada ALLAH kerana mendakap wang sebegitu banyak untuk keperluan peribadi sedangkan amanah yg dipikulnya tidak sesempurna seperti yg diharapkan oleh kerajaan.

    Kepada individu tersebut, saya mengambil kesempatan di sini agar merenung kembali SIAPA ANDA SANGGUP MENIPU WANG RAKYAT?”. Kalaulah betul seperti yg didakwa oleh DE kelmarin (21/10/2009)

    Sekian, terima kasih

    SAHAR UNGGAT
    Unit Latihan & Kerjaya
    JGEAINS

  3. Perlaksanaan projek ini sebenarnya amat bertepatan pada masa kini kerana laluan ini sebenarnya dapat memendekkan masa samaada ke daerah tawau atau keningau..umum mengetahui bahawa laluan yang ada sekarang hanyalah laluan gravel dan amat membahayakan pengguna yang menggunakan jalan raya ini terutamanya pada hari hujan….apa yang menjadi persoalan di sini,mengapakah projek yang bernilai jutaan ringgit ini masih belum mencapai objektifnya..apakah pihak pemaju hanya memikirkan keuntungan yang bakal diperolehi tanpa memikirkan pembangunan negara..

  4. Pelaksanaan projek jalan raya Sapulut – Kalabakan memang benar tidak mencapai objektif yang diharapkan. Keadaan jalan masih dalam bentuk gravel cukup berbahaya kepada kenderaan-kenderaan kecil. Jalan sentiasa berhabuk/debu (tidak hujan) dan becak/licin (setelah hujan) cukup berbahaya untuk dilalui. Terdapat laluan jalan yang sempit dan mendap. Dalam perjalanan juga kita sering bertemu dengan lori-lori balak yang penuh dengan muatan kayu balak. Cukup menggerunkan. Melihat keadaan jalan gravel Sapulut – Kalabakan pada hari ini (21.9.2012 – Jumaat) untuk tempoh 2 hingga 3 tahun jalan itu masih gagal untuk disiapkan jika tidak dipandang berat oleh pemerintah. Mana perginya suara lantang YB Abdul Gaffur Salleh……kesianlah rakyat yang tertunggu-tunggu siapnya projek tersebut!!!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s