MANUSIA YANG BUKAN MANUSIA


Bikin Geram dan Bikin Panas!, mungkin begitulah isi hati bagi setiap individu insan berhati ihsan  yang membaca Harian Metro bertarikh 21 Oktober 2009, Rabu Kelmarin.

Akhbar dalam ruangan muka depan, menceritakan bagaimana seorang ibu bersubahat dengan lelaki warga asing dari Afrika membunuh anaknya sendiri yang baru berumur 3 tahun.

Tuan-tuan baca akhbar ini dan buatlah penilaian sendiri. Gelaran apakah yang layak kita berikan pada jenis manusia seumpama ini!. Klik dan Lihat BERITA HARIAN METRO ini.

3 comments on “MANUSIA YANG BUKAN MANUSIA

  1. Wasalamualikum..balas ziarah Ustaz..diteratak etuza. Blog saya ada juga cerita agama, namun ad pelbagai gaya paparan..cuma saya kaitkan dengan kekuasaan Allah. harap catatan kita semua dapat menjadi aset untuk kita kukuhkan iman dan taqwa.

    Semoga ustaz sihat dan tabah serta teruskan perjuangan berdakwa. Salam..

  2. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka?” Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.”

    Pengajaran hadis:
    i) Niat menjadi ukuran amalan atau perbuatan manusia sehingga orang yang membunuh (tanpa hak) dan terbunuh sekalipun dikira sebagai berdosa jika dia juga mempunyai niat untuk membunuh lawannya.
    ii) Dosa membunuh termasuk dalam dosa-dosa besar. Ia hanya akan terhapus dengan bertaubat nasuha kepada Allah.
    iii) Islam amat menghormati nilai-nilai akhlak. Dalam Islam terdapat nilai-nilai yang tidak dapat diganggu gugat dan bersifat kekal. Oleh itu jika dengan alasan kebebasan kita menganggap boleh melanggar norma-norma akhlak maka ia akan membahayakan keadaan dan seluruh umat manusia. Oleh itu al-Quran meletakkan pembunuhan terhadap manusia laksana pembunuhan terhadap seluruh umat manusia sebagaimana firman Allah maksudnya “Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hukuman atasnya kerana telah membunuh orang lain atau kerana telah melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia telah membunuh semua manusia” (al-Nisa’:32)
    iv) Setiap daripada kita dilarang daripada melanggar kehormatan dan martabat manusia lain dalam erti kata kita bertanggungjawab menjaga nyawa. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu kerana sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.” (al-Isra’: 33 )
    v) Allah bukan sahaja mengharamkan perbuatan membunuh orang lain tetapi juga mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Lebih jauh dari itu Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri yang mana Allah memberikan jalan penyelesaiannya dengan Hukum Qisas. Oleh yang demikian peranan anggota keselamatan dalam memastikan keselamatan nyawa dan jiwa dalam masyarakat adalah amat penting.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s