SEKITAR MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT DI MASJID PEKAN TAMBUNAN


Bergegas ke Pekan Tambunan jam 4.30 petang dari Kota Kinabalu (selepas menghadiri Majlis Perbarisan sempena Hari Jadi TYT). Tiba di Masjid Pekan Tambunan 2 jam kemudian. Biasanya boleh sampai dalam tempoh sejam lebih, namun keadaan jalan yang sibuk dan licin perjalanan agak perlahan.

Ikut jadual, Majlis Tahlil dan Doa Selamat sepatutnya bermula selepas solat maghrib namun ditunda selepas Isyak disebabkan para jemputan dari Kota Kinabalu, Papar dan Ranau masih belum tiba.

Solat Maghrib diimami oleh YM Ustaz Lukman Lubis (Adik kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis), manakala Solat Isyak diimami oleh YM Ustaz Mokhtar Zainudin.

Selepas solat Isyak dan taklimat ringkas oleh YM Ustaz Haji Hadiq Ismail bacaan Yaasin dimulakan dengan pimpinan YM Ustaz Mokhtar Zainudin manakala doa dipimpin oleh YM Ustaz Ghazali Sulaiman. Seronok juga alunan Asmaul Husna dibaca ramai-ramai.

Majlis ini adalah Majlis Doa dan Tahlil sempena pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis yang kini hampir 5 bulan meninggalkan anak-anak muridnya.

Lebih daripada 500 jemaah hadir pada majlis berkenaan. Antara kelibat yang sempat saya lihat adalah Ustaz Mansurudin Batu Bara, Saudara Iwan El-Yafie (Adik Ipar Allahyarham), Pakcik Sahran (Mantan Pemandu MUIS), Pakcik Benard Wong Abdullah, Saudara Suhaili Nip, YM Ustaz Rustamin Amak Jamilah manakala beberapa sahabat turut hadir antaranya Ustaz Sulaimin Musinin, Ustaz Saimin Jamirin, Ustaz Salahudin Rusinin, Ustaz Safrudin Mansurudin, Ustaz Naim Majin dan Cikgu Mustafa Malisin.

———–

Sepatutnya esoknya ada Majlis Gotong Royong membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam di Pekan Tambunan. Saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir. Buat persediaan untuk ke IKIM Kuala Lumpur awal paginya.

———–

Pada mlamnya juga ada jemputan daripada YM Ustaz Rustamin Amak Jamilah untuk majlis Tahlil dan Doa sempena 100 hari arwah Allahyarhamah Adik Syafawti di Ranau. Namun kemaafan juga dihulurkan.

 

 

Antara jemaah yang hadir

Antara jemaah yang hadir

 

Ustaz Haji Hadiq Sedang menyampaikan taklimat kepada Jemaah

Ustaz Haji Hadiq Sedang menyampaikan taklimat kepada Jemaah

Cikgu Mustapha antara yang hadir

Cikgu Mustapha antara yang hadir

Khusyuk mendengar tazkirah selepas majlis tahlil dan doa

Khusyuk mendengar tazkirah selepas majlis tahlil dan doa

Tuan Haji Ghazali Sulaiman

Tuan Haji Ghazali Sulaiman

Taklimat sebelum memulakan majlis tahlil dan doa

Taklimat sebelum memulakan majlis tahlil dan doa

Petugas wanita sibuk menyediakan juadah selepas majlis

Petugas wanita sibuk menyediakan juadah selepas majlis

Ustaz Sulaimin dan Ustaz Saimin antara yang datang dari jauh

Ustaz Sulaimin dan Ustaz Saimin antara yang datang dari jauh

2 comments on “SEKITAR MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT DI MASJID PEKAN TAMBUNAN

  1. salam,

    Nampak gaya hampir tiap kali ada program di masjid Tambunan, saya selalu saja tak dapat menghadirinya. Melihat laporan PUSTAKAALGHAZALI dan gambar2nya, rindu pula bertemu dengan rakan2 di sana termasuk para ustaz kita yang banyak berjuang untuk perkembangan dakwah Islamiah di Sabah.

    Saya masih lagi di KL ketika ini. Semoga doa kita diterima Allah s.w.t.

    Terimakasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s