SEMINAR MEMPERKASAKAN PERANAN TEKNO-DAIE: CABARAN DALAM PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN ICT


Lanskap menarik anjung bangunan IKIM

Hadir dengan beberapa kawan lain ke Seminar Memperkasakan Peranan Tekno-Daie: Cabaran Dalam Pembangunan Dan Penggunaan ICT yang diadakan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Jalan Duta Kuala Lumpur.Pada hari pertama, perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan selaku Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Seterusnya demonstrasi Ybhg. Ir Ahmad Jais Alias (Pengarah Radio IKIMfm), Encik Syahrul Zaman Mohd. Shahrl (Islamkids. Media Sdn Bhd) dan Encik Mohd Asyraf Abd Rahman (Les Copaque Production Sdn. Bhd).

** Menariknya Encik Mohd Asyraf Abd Rahman (Les Copaque Production Sdn. Bhd) adalah empunya Syarikat yang mengendalikan tayangan animasi UPIN dan IPIN yang diminati itu. Saya kagum dengan orang muda ini meski baru berumur 23 tahun.

Selepas itu beberapa lagi kertas kerja yang telah dibentangkan. Semuanya lebih berkisar mengenai perlunya seorang daie memperlengkapkan dirinya dengan ilmu kemahiran IT dan ICT dalam menyampaikan mesejnya dengan jelas.

Sepanjang hari ini, di luar dewan diadakan pameran buku-buku terbitan IKIM sendiri dan juga terbitan lain. Esuk akan bersambng dengan kertas kerja yang lebih hebat.

Dewan Besar IKIM

Pendaftaran media

Ketua Pengarah IKIM

Mohd Asyraf Abdul Rahman empunya Syarikat Penerbitan Animasi UPIN dan IPIN

Kak Hajah Zaloha, Ustaz Kahar dan Pak Imam Ibrahim Kisab

Pameran Al-Quran untuk tujuan wakaf

Pameran buku-buku terbitan IKIM

Para peserta sedang melawat pameran

Mushaf digital, inovasi terkini harga RM500 sebuah

Sempat posing lagi ke..

Iklan Wakaf Al-Quran

Ustaz Kahar teliti mendengar penerangan Syarikat Penerbit Al-Quran Digital