SEMINAR MEMPERKASAKAN PERANAN TEKNO-DAIE: CABARAN DALAM PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN ICT


Lanskap menarik anjung bangunan IKIM

Hadir dengan beberapa kawan lain ke Seminar Memperkasakan Peranan Tekno-Daie: Cabaran Dalam Pembangunan Dan Penggunaan ICT yang diadakan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Jalan Duta Kuala Lumpur.Pada hari pertama, perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan selaku Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Seterusnya demonstrasi Ybhg. Ir Ahmad Jais Alias (Pengarah Radio IKIMfm), Encik Syahrul Zaman Mohd. Shahrl (Islamkids. Media Sdn Bhd) dan Encik Mohd Asyraf Abd Rahman (Les Copaque Production Sdn. Bhd).

** Menariknya Encik Mohd Asyraf Abd Rahman (Les Copaque Production Sdn. Bhd) adalah empunya Syarikat yang mengendalikan tayangan animasi UPIN dan IPIN yang diminati itu. Saya kagum dengan orang muda ini meski baru berumur 23 tahun.

Selepas itu beberapa lagi kertas kerja yang telah dibentangkan. Semuanya lebih berkisar mengenai perlunya seorang daie memperlengkapkan dirinya dengan ilmu kemahiran IT dan ICT dalam menyampaikan mesejnya dengan jelas.

Sepanjang hari ini, di luar dewan diadakan pameran buku-buku terbitan IKIM sendiri dan juga terbitan lain. Esuk akan bersambng dengan kertas kerja yang lebih hebat.

Dewan Besar IKIM

Pendaftaran media

Ketua Pengarah IKIM

Mohd Asyraf Abdul Rahman empunya Syarikat Penerbitan Animasi UPIN dan IPIN

Kak Hajah Zaloha, Ustaz Kahar dan Pak Imam Ibrahim Kisab

Pameran Al-Quran untuk tujuan wakaf

Pameran buku-buku terbitan IKIM

Para peserta sedang melawat pameran

Mushaf digital, inovasi terkini harga RM500 sebuah

Sempat posing lagi ke..

Iklan Wakaf Al-Quran

Ustaz Kahar teliti mendengar penerangan Syarikat Penerbit Al-Quran Digital

13 comments on “SEMINAR MEMPERKASAKAN PERANAN TEKNO-DAIE: CABARAN DALAM PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN ICT

  1. Salam… IT dan Ict adalah medium dan cara baru untuk berdakwah… pendekatan cara it dan ict lebih terbuka dan mesej dapat terus sampai kepada orang ramai. Daie dan audien dapat berinteraksi secara maya…maklumat dapat disebarluaskan kepada audien secara lebih meluas dan kekal…mudah dari segi penyampaian… praktikal dan ubahsuai jika perlu pada bila2 waktu dan tempat dimana jua kita berada… tahniah Abu Al-Ghazali. Kepada shabat2..mari kita ramaikan dan semarakkan dakwah melalui it dan ict…setuju dengan Abu Al-Ghazali, cara kita mungkin berbeza, tapi matlamat kita adalah sama. Sekian

  2. Jika kita menganalisis kemajuan teknologi maklumat ini melalui perspektif dakwah, maka generasi duat pada hari ini mestilah mengoptimumkan sepenuhnya peluang yang ada untuk menyebarkan Islam di seluruh dunia dengan berbekalkan kemahiran dan kreativiti yang pelbagai. Penyampaian maklumat yang luar biasa kelajuannya menjadikan dakwah yang ingin disampaikan bersifat value-added, justeru meningkatkan kapasiti gerakan dakwah untuk menyerlahkan proses Islamisasi yang melangkaui batas daerah yang terhad. Dakwah dalam era ini harus bersifat service-oriented, mesra mad’u dan tidak sekadar mengharapkan masyarakat menyumbang tanpa kita terlebih dahulu menawarkan penyelesaian pada masalah-masalah asasi masyarakat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s