KUMPULAN NASYID KATEGORI MODEN SABAH KE PERINGKAT AKHIR


Kumpulan Nasyid Kategori Moden yang mewakili Negeri Sabah telah berjaya ke Peringkat Akhir FNK yang akan diadakan 3o Oktober 2009 bertempat di Dewan B, PICC Putrajaya.

Namun bagi Kategori Tradisi, hajat Sabah tidak kesampaian apabila tidak tersenarai 5 kumpulan terbaik yang akan ke Peringkat Akhir esok.

Tahun ini Sabah diwakili 2 kumpulan nasyid iaitu Ar-Rifqah (Kategori Tradisi) dan Ziyaad (Kategori Moden).

Dengan maklumat terkini itu, bermakna Sabah menyandarkan harapan kejuaraan daripada Kumpulan Ziyaad yang mewakili Kategori Moden.

Pada peringkat separuh akhir tadi, sebanyak 20 kumpulan nasyid dari seluruh Negara telah memperdengarkan lagu masing-masing. 10 kumpulan kategori moden dan 10 kumpulan dari kategori tradisi.

Petang tadi juga, para panel hakim yang menghakimi pertandingan separuh akhir adalah;-

1. Encik Mohd. Radzi Sulaiman (ITO Lara), 2. Encik Mohamad Hanafiah Amat, 3. Encik Mohd. Munif Ahmad, 4. Encik Mujahid Abdul Wahid, 5. Encik Syed Indra Syed Omar (SISO), 6. Tuan Haji Othman Mustafa, 7. Dan, Encik Mohd. Zaki Abdullah

Perlunya ada bedah siasat kegagalan kumpulan tradisi ini ke peringkat akhir.

Kumpulan Ziyaad

Solo Ziyaad

Kumpulan Ar-Rifqah

Solo Ar-Rifqah

Barisan Jemaah Hakim

3 comments on “KUMPULAN NASYID KATEGORI MODEN SABAH KE PERINGKAT AKHIR

  1. Saya harap..pertandingan Nasyid Di Peringkat Bahagian harus diambil berat mengenai penghakiman bukan kerana “siapa tuan rumah”selalunya ini mengakibatkan kekeliruan kepada para peserta nasyid. Saya berharap dan cadangan pada peringkat ini lah perlu diambil perhatian dan diadili dengan sebaik-baiknya bukan kerana “Tuan Rumah” atau bukan hanya sesuatu kumpulan itu asyik bergelar juara boleh mempengaruhi pengadil..harap komen saya ini dapat dipertimbangkan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s