SEKITAR HAJI TAHUN 1950`AN


Saya telah mendapat kiriman gambar-gambar ini daripada salah seorang sahabat saya di Kuala Lumpur.

Gambar yang menceritakan mengenai keadaan dan suasana haji sekitar 1950`an sebagaimana yang terkandung dalam buku The National Geographic Magazine.

By pustakaalghazali Posted in Haji

JOM JALAN CARI MAKAN


Sehari selepas Aidil Adha, saya dengan kawan-kawan membuat keputusan untuk test OBSEBER buatan Australia yang baru saja di pasang di Pekan Donggongon tiga hari lalu.

Pilihan testing adalah dari Tambunan ke Ranau:)

Seawal jam 8.30 pagi bertolak dan sampai di Kampung Rondogung. Kami dapati terdapat deretan gerai menjual buah-buahan tempatan.

Saya dapat lihat betapa ramainya pengguna jalanraya Ranau – Tambunan singgah di sini untuk membeli buah-buahan. Buah durian sememangnya menjadi pilihan ramai. Harganya memang murah dan berpatutan meski berada di penghujung musim.

Selain itu, buah bambangan juga masih di pertengahan musim. Jangan lupa beli jeruk bambangan kerana kampung ini sememangnya pakar membuat jeruk buah berkenaan. …. Ada juga jeruk ikan (Bosow dan Gagau).. yang ini pun ok juga:)

Setelah menjalankan test taste, kami membelanjakan sekitar RM100 untuk membeli buah dari gerai ini.

 

Longgokan durian di pinggir jalan Ranau dan Kampung Rondogung

Murah-murah!!

Raja segala buah

Saudara Azman sedang test rasa

Jeruk buah bambangan juga mudah

Buah Bambangan yang belum diproses menjadi jeruk

Seterusnya kami menuju ke Pekan Ranau dan sampai setengah jam kemudian.

Wah, durian masih menjadi buah pilihan jualan di samping buahan lain seperti langsat dan mata kucing.

Kali ini durian lebih murah berbanding di Kampun Rondogung tadi:).. Si kawan saya ni tanpa memikir panjang pajak terus!

Selepas solat Zohor, balik semula ke Kampung Kirokot.

Wah! sarat dengan raja buah menuju ke Pekan Ranau

Buah langsat semurah RM10 untuk sepuluh kilo

Belum puas beli ke..

** Nota: Mungkin pihak  berkaitan boleh memikirkan segera untuk membaiki atau membina gerai deret yang lebih cantik dan kemas demi kemudahan orang kampung yang giat mencari rezeki melalui jualan buah-buahan.

** Gerai sedia ada terlalu uzur dan tidak teratur.

KHATAN PERDANA YANG CERIA


Sufian, Faizal & Shafii, peserta khatan

Untuk kesekian lanjutnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Bersunat ramai-ramai dengan nama majlis iaitu Khatan Perdana.

Tahniah kepada JHEAINS melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama PERKIPS Sabah kerana telah berjaya menganjurkan majlis secara percuma ini khasnya kepada anak-anak remaja kita.

Untuk maklumat lanjut sila lawati blog ABU NUHA 🙂

MENGATASI KEMELUT MUALAF


Mudah-mudahan dengan pindaan dan peruntukan baru membabitkan tiga akta berkaitan undang-undang perkahwinan dan perceraian sivil mampu merungkai permasalahan yang dihadapi oleh mualaf selama ini.

Sila baca laporan dalam Harian Metro hari ini.

Atasi kemelut mualaf

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa pindaan dan peruntukan baru membabitkan tiga akta berkaitan undang-undang perkahwinan dan perceraian sivil dicadangkan bagi merungkaikan kekusutan dialami selama ini, sekali gus mengelakkan penganiayaan, terutama di kalangan mualaf.

Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, Mohamad Naser Disa, berkata pindaan dan peruntukan baru itu dapat membantu untuk menyelesaikan masalah membabitkan perkahwinan, perceraian dan kekeluargaan Islam iaitu di kalangan mereka yang baru memeluk Islam.

Menurutnya, sebelum ini terdapat sedikit kekeliruan apabila seorang pasangan suami isteri bukan Islam memeluk Islam, seperti dalam kes pembubaran perkahwinan, kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya membabitkan orang Islam, manakala orang bukan Islam di Mahkamah Sivil.

“Harus diingat pindaan ini bukan untuk mencampuri urusan Mahkamah Syariah dan orang Islam tidak perlu gusar, sebaliknya ia untuk mengurus perkahwinan dan perceraian yang berlaku di antara orang bukan Islam, tetapi memeluk Islam,” katanya, pada Taklimat Jabatan Peguam Negara Mengenai Pindaan Undang-Undang di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, semalam.

Taklimat itu dirasmikan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Pegawai Syariah di Jabatan Peguam Negara, Abd Walid Abu Hassan.

Tiga akta yang dicadangkan pindaan dan peruntukan baru itu ialah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164), Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Bagi Akta 164 pindaannya membabitkan subseksyen 3(3), 51(1) dan (2), subseksyen 51 (3) dan seksyen 77(2), manakala peruntukan baru ialah subseksyen 51 (1A), seksyen 51A(1), (2) dan (3), seksyen 88A dan 88B.

Pindaan bagi Akta 505 ialah seksyen 89, 90 dan 91, dengan peruntukan baru seksyen 92A manakala Akta 303 membabitkan pindaan seksyen 18 dan pemotongan subseksyen 46(2).

Mohamad Naser berkata, pindaan terbabit seperti pada subseksyen 3(3) memperluaskan pemakaian Akta 164 kepada pihak berkahwin mengikut undang-undang sivil tetapi kemudiaan memeluk agama Islam.