PERKHIDMATAN TEKSI SABAH-SARAWAK-BRUNEI DI KUALA LUMPUR


Semasa menghadiri Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan (FNK) di PICC Putrajaya pada 29-30 Oktober 2009 tempohari kami menghadapi sedikit masaalah dari segi pengangkutan.

Pengangkutan peserta tidak bermasaalah kerana pihak JAKIM ada menyediakannya. Yang masaalahnya adalah pihak urusetia dari Sabah dan pegawai lain.

Pada hari pertama, terpaksalah menyewa teksi ulang alik dari Bandaraya Kuala Lumpur ke Putrajaya. Malah ada yang terpaksa menaiki LRT dari Masjid Jamek kemudiannya menaiki teksi untuk sampai ke PICC Putrajaya.

Sebagai usaha agar semua kumpulan dapat bersama, maka tercetuslah idea untuk menyewa van.

Kebetulan terjumpa seorang pakcik asal dari Sabah. Namanya Pakcik Awang Damit, berasal dari Kota Belud Sabah. Beliau sudah berada dan menetap di sini selama hampir 20 tahun. Malah telahpun berkeluarga dengan orang Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai Syarikat Pengangkutan iaitu diberi nama Syarikat Tok Perak Trading Transport & Agency Sdn. Bhd dan Tok Perak Management Sdn. Bhd dimana beliau adalah Managing Director syarikat berkenaan.

Beliau mempunyai sekitar 7 buah Van Persiaran dan juga teksi yang kesemuanya menggunakan jenama perkhidmatan teksi Sabah-Sarawak-Brunei…J. Semangat beliau wajar dicontohi!

Pada hari kedua FNK kami tidak mempunyai sebarang masaalah kerana beliau sendiri memandu untuk kami!

Yang menariknya anda akan terkejut bilamana terserampak Van Persiaran dan Teksi Sewa tertera pada cermin hadapan dan pintu depan perkataan Taxi Services Customer Services Sabah, Sarawak dan Brunei.

Good Services Sabah, Sarawak, Brunei

Kabarnya juga hujung tahun depan, syarikat beliau akan menyiapkan sebuah hotel yang mana kelak akan menjadi pilihan warga dari Sabah-Sarawak dan Brunei. Sudah semestinya menjadi alternative kepada Hotel Palace yang sentiasa penuh dengan warga borneoJ. Semoga usaha beliau berjalan lancar.

Kepada kawan-kawan yang ingin ke KL ramai-ramai dan memerlukan khidmat syarikat ini sila berhubung dengan Pakcik Awang di talian 019-6448227, 019-2446568 dan 016-2895858.

Tak sangka ada pengangkutan Sabah ke Sarawak ke Brunei di Bandaraya Kuala Lumpur

 

Taxi Services for Borneo Transport di Kuala Lumpur

Tuan Haji Hassan dan Abdillah bergambar di hadapan Borneo Transport

 

3 comments on “PERKHIDMATAN TEKSI SABAH-SARAWAK-BRUNEI DI KUALA LUMPUR

  1. wahhh .ini barulah semangat sabah !! kalau dia bubuh lagi nama perkhidmatan seluruh Malaysia dari perlis sampai kesabah lagi gempak ,

    tahniah pada beliau tu ..

  2. ya , memang bangga tuan ..walau lama ditempat orang masih kental semangat sabahnya , lain kali kalo pergi sana dengan rombongan cari ja beliau ni …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s