MELAWAT PUSAT PEMULIHAN ISTANA BUDI, TASIK BIRU KUANG SELANGOR


Sekitar jam 3 petang rombongan kami ke Tasik Biru Kuang, Selangor untuk melawat sebuah Pusat Pemulihan HIV yang dinamakan Istana Budi. Menarik juga nama iniJ.

Apabila ditanya kenapa dengan nama tersebut, Pengurus Istana Budi Tuan Haji Idris Haji Hashim dengan selamba menjawab kerana tujuannya adalah untuk berbudi kepada masyarakat!

Pusat pemulihan ini adalah dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan menggunakan sebaiknya saluran asnaf Ar-riqab. Ringkasnya, Asnaf Ar-Riqab digunakan untuk membebaskan sasaran ini daripada terus dibelenggu dan dihambai oleh najis dadah dan gejala social lain.

Saya cukup berbangga dan kagum, bangunan pemulihan Istana Budi diilhamkan oleh Ybhg. Dr Haji Jahid Haji Sidek yang merupakan YDP Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI).

Setakat ini penghuni Pusat Pemulihan ini adalah seramai 17 orang yang kesemuanya menghidap penyakit HIV dan kesemuanya berugama Islam.

Di akhir pertemuan itu, sebuah van telah dihadiahkan oleh MAIS kepada pengurusnya untuk tujuan pengangkutan kritikal.

Apa pun, keperluan pusat ini sudah merupakan ibadah fardhu kifayah kepada umat Islam yang berkemampuan!

Untuk melayari laman Pusat Pemulihan ini, layari www.istanabudi.blogspot.com dan www.dakwahbudi.blogspot.com.

Pendaftaran rombongan di Istana Budi

PB070075

Bangunan Pusat Pemulihan Istana Budi

Pengurus Istana Budi Tuan Haji Idris Haji Hashim

Khusyuk mendengar taklimat daripada pengurus Istana Budi

TSU MAIS

Penyerahan kunci van oleh TSU MAIS kepada Pengurus Istana Budi

Jamuan yang disediakan

Menjamu selera sebelum bertolak balik ke Kajang

Pengarah JAIM berbincang dengan TSU MAIS

Van yang dihadiahkan MAIS kepada Istana Budi

Zakat satu tanggungjawab, maka berzakatlah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s