PRODUK USIA TAMBUNAN ANTARA MENDAPAT SAMBUTAN


Tun Dr Mahathir Mohamad antara pelawat gerai pameran USIA Tambunan

Selain menghadiri Mesyuarat Agung USIA Pusat bagi memilih saf kepimpinan USIA sesi 2009-2012, USIA Bahagian Tambunan juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian gerai pameran yang disediakan.

Saya seawal pagi telah berkunjung ke tapak pameran di perkarangan Dewan Ballroom, 1Borneo untuk menempah tempat dan meja yang paling sesuai dan strategik.

Saya mengambil tempat sebelah sudut laluan orang ramai agar produk yang dipamerkan mudah kelihatan (Strategi bisnes katakan:)).

Dipendekkan cerita, selepas perasmian Mesyuarat Agung USIA oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad selaku YDP PERKIM orang ramai keluar untuk meninjau pameran yang disertai hampir 50 agensi itu.

USIA Tambunan telah mempamerkan hasil keluaran anak-anak Tambunan antaranya produk halia, parang, kraftangan dan sebagainya. Di samping barang-barang cenderahati seperti pen, keychain dan lain-lain.

Saya berbangga dengan kesungguhan Setiausaha Bahagian, Cikgu Rajudin Ajay dan Pembantu Tadbir Puan Zaihat Abdullah serta AJKnya atas kesungguhan menyediakan pameran bagi pihak USIA Tambunan.

Antara produk yang dipamerkan

Pameran USIA Bahagian Tambunan

Petugas Pameran USIA Tambunan

Bersemangat membantu promosikan USIA Tambunan

3 comments on “PRODUK USIA TAMBUNAN ANTARA MENDAPAT SAMBUTAN

  1. Salam..
    SYABAS ! USIA Tambunan…
    Semoga dapat melahirkan lebih banyak bakat dan menonjolkan kelebihan melalui produk2 penghasilan dari daerah kita, untuk ditonjolkan kepada masyarakat luar daerah khususnya..
    Majulah USIA Tambunan! 1Malaysia, 1USIA.

  2. Syabas n tahniah kpd para AJK USIA Tbn kerana berjaya mempersembahkan
    hasil tangan org tbn utk dketengahkan kpd orang luar.Sekalipun dalam buku
    hasil tulisan Sdra Emin Madi Sinar Perjuangan USIA ada menyatakan daerah
    Tambunan daerah mencabar namun umat Islam Tambunan memiliki semangat
    berjuang meninggikan syiar islam.Buktinya spt info dr KB bahawa USIA Tbn mempunyai pemidato hebat2 belaka.Moga2 umat islam Tbn tidak mudah tunduk dengan persekitaran yang begitu mencabar dari dulu hingga kini…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s