USIA TAMBUNAN KAYA DENGAN PEMIDATO YANG HEBAT


Ustaz Mohd Yassin Yunus

Saya mengetuai rombongan perwakilan USIA Tambunan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan USIA bertempat di Dewan Ballroom 1Borneo, Kota Kinabalu.

Mesyuarat Agung yang bermula pada 13-15 November 2009 itu merupakan mesyuarat agung pemilihan yang ke-23 tahun. USIA Sabah telah menyambut 40 tahun kelahirannya. Ini bermakna USIA Sabah telah setanding dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan HIKMAH di Sarawak.

Pada sesi perbahasan, USIA Tambunan telah memberi amanah kepada Ustaz Alphonsus Lajiun @ Mohd Yassin Yunus  (Ketua Penerangan USIA Tambunan) untuk menyampaikan suara ahli USIA Tambunan.

Beliau telah menyampaikan isu semasa dengan penuh semangat dan berkesan. Isu mualaf, isu perpaduan, isu ekonomi dan isu pembangunan telahbeliau bangkitkan.

Bukan seperti pembahas yang lain, beliau amat bijak memanfaatkan masa selama 10 minit yang diperuntukkan dengan hujah dan usul yang bernas. Beliau tampil tanpa menggunakan sepatahpun bunga-bunga bahasa yang sememangnya membuang masa.

Setiap kali beliau mencuit isu, beliau mendapat tepukan gemuruh dan laungan sokongan daripada perwakilan lain yang datang dari seluruh pelusuk negeri ini.

Menurut beliau, sebagai seorang saudara baru  dengan tegas beliau menempelak tidak mahu mana-mana pihak cuba memandang rendah golongan ini sebagai orang Islam kelas kedua!. Bagi beliau Islam tiada kelas atau kasta, semua sama sahaja. Yang hanya ada perbezaan ketaqwaan terhadap Allah SWT!

Saya cukup berbangga kerana USIA Tambunan mempunyai ramai pemidato yang hebat. Bukan saja lantang bersuara malah mempunyai fakta ilmiah dan logik yang mampu orang lain terpegun.

12 comments on “USIA TAMBUNAN KAYA DENGAN PEMIDATO YANG HEBAT

  1. Tahniah untuk ustaz Yassin… dulu2 taklah nampak bakatnya.
    Ada kemahuan, keazaman, mencipta sesuatu pembaharuan dalam
    penyampaian menjadikan kita diminati………dan dihormati……
    Tahniah sekali lagi. Wasallam

  2. Bagus !! tahniah atas kejayaan dan kemampuan tuan2 perwakilan USIA Tambunan , sekali kaki melangkah tidak akan sesekali mundur kebelakang , teruskan perjuangan ..semoga dengan berkat doa para guru , terutama Allahyarham Tuan guru kita Ust Darbi sinar dakwah Islam akan terus bersinar di Tambunan ,

    Isu mualaf , isu pembangunan Islam dsb memang sudah lama menghantui kita , biar mereka menyedari dimana mutiara itu sebenarnya tersimpan ..

  3. Terima kasih tuan kerana memuatkan berita tentang persidangan USIA baru-baru ini.Mudah-mudahan apa yg telah kita sampaikan mendapat respon yang baik drpd USIA pusat.Apa yg saya sampaikan ketika berbahas adalah sumbangan kecil sahaja apa yg penting adalah semua kita(orang2 Islam Tambunan) dapat bersatu utk meneruskan perjuangan suci lagi murni melalui USIA Tbn.

    Kpd sahabat2 kita yg belum masuk ahli USIA, kita alu-alukan

  4. Assalamu’alaikum…tahniah buat rombongan Usia Tbn di bawah pimpinan tuan. Tahniah juga kpd Ustz Osman Lajiun kerana berjaya menyampaikan isu dan permasalahan yang selama ini menghantui sdra baru khususnya yang berada di ceruk2 kampung di tambunan dan juga di seluruh pedalaman sabah.
    Pada saya, cabaran persekitaran yang terpaksa ditempuh oleh sdra2 baru bukanlah perkara calang2… dugaan dan godaan atas nama budaya dan menjaga adat turu temurun masih begitu membelenggu dan mengelirukan minda dan fikiran mereka…anak2 muda yang keluar dari pengajian tercari-cari rentak dan arah untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam suasana dan persekitaran budaya yang begitu asing…kurang bimbingan dari generasi dewasa dan akhirnya mereka terus tersungkur dek rentak tari mereka yang dianggap sumbang di tengah2 masyarakat… Pihak berkuasa pula membisu seribu bahasa…. seolah merelakan sahaja ia berlaku…mujur ada USIA Tambunan yang menjadi wadah perjuangan mereka yang celik dan sedar bahawa perlunya satu kumpulan ‘jamaah’, bergerak dan berjuang secara bersama dengan kekuatan dan tenaga yang ada…walau sekecil mana usaha yang telah dilaksana, dengan niat yg ikhlas… insyaAllah mendapat berkat dan pahala dari Allah SWT…wassalam

    • Terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.Sesungguhnya dorongan itu akan terus menyemarakkan semangat orang-orang kita utk terus berjuang walaupun kita sentiasa dihimpit dan dihambat oleh anasir dan golongan yang tidak ingin melihat kita berjaya.
      Terima kasih banyak juga saya ucapkan kepada Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian USIA Tambunan serta keseluruhan AJK USIA Tbn yang membantu dan memberikan keparcayaan kepada saya utk menyampaikan usul pada persidangan tahun ini.

      Terima kasih semua kawan-kawan……….

  5. teruskan perjuangan dalam memartabatkan syiar Islam… kita bersyukur kerana banyak keunikan yang berlaku dalam daerah tambunan.. walau terdapat perbezaan agama di antara sanak saudara dan adik-beradik tetap dapat tinggal serumah.. satu rahmat dari Allah SWT… isu mualaf bukan satu isu baru tapi ianya telah lama berlaku di masyarakat Sabah Khususnya.. apa yang perlu dipertimbangkan adalah mengenalpasti akar umbi masalah dan bersama2 mencari jalan penyelesaian … sekurang-kurangnya perbahasan seumpama ini mampu membuka mata semua pihak.. Apa yang penting adalah perubahan dalam masyarakat banyak bergantung kepada ‘KITA’ kerana mungkin adalah insan terpilih mampu membuka langkah kepada perubahan yang diingini oleh masyarakat sekeliling kerana “KITA” banyak kelebihan dari segi ILMU, KOMPENTENSI , KEMAHIRAN DAN SIKAP yang komited… moga pengakhiran hidup kita seperti Allahyarham ustaz Darbi… doa2 yang tidak putus dari anak buahnya/murid.. insyallah

  6. Tahniah Ustaz Mohd Yassin! Ucapan yang mantap dan menyentuh hati lazimnya datang dari hati yang bersih lagi ikhlas. Nampak gaya, Tambunan makin bersinar. Teruskan perjuangan dan tahniah!

  7. syabas dan tahnia kepada ustz.mohd.yasin..teruskan perjuangan sinar islam di tambunan.untuk kesinambungan tuan guru ustz.Darbi yang banyak berjasa kepada perkembangan syiar islam di tambunan.. Babaghoneguys.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s