BUKU SINAR PERJUANGAN USIA DAN BACK TO THE AL-QURAN


Buku Sinar Perjuangan USIA oleh Emin Madi

Buku Back To The Al-Quran susunan Ustaz Abu Hurairah Abdul Rahman

Semasa menghadiri Mesyuarat Agung USIA Negeri Sabah baru-baru ini, saya tertarik dengan buku yang telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Yang Di-Pertua PERKIM Malaysia.

Buku yang saya maksudkan adalah buku bertajuk “SINAR PERJUANGAN USIA” susunan Encik Emin Madin dan buku “BACK TO THE AL-QURAN” hasil susunan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Abu Hurairah Abdul Rahman.

Isi kandungan kedua-dua buku ini amat menarik dan sesuai dibaca oleh semua pihak terutama pecinta gerakan dakwah Islamiah.

Buku Sinar Perjuangan USIA, contonhya telah menceritakan bagaimana dakwah Islamiah era kebangkitan USIA telah berkembang dengan pesat. Dalam buku ini juga dimuatkan beberapa wawancara para penggerak dakwah dengan cabaran dan halangan yang mereka hadapi.

Banyak lagi cerita lain antaranya kisah bagaimana USIA hampir dibubarkan.

Manakala buku Back to Al-Quran pula menceritakan perihal perbandingan agama secara ilmiah dan berfakta. Pengarang buku adalah seorang pakar perbandingan agama yang mampu menghafal semua jenis bible (apapun versi) malah hafiz al-Quran.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku sila berhubung dengan saya:-

> Buku SINAR PERJUANGAN USIA oleh: Saudara Emin Madi – RM30.00 (Termasuk bayaran pos)

> Buku BACK TO THE AL-QURAN oleh: Ustaz Abu Hurairah Abdul Rahman – RM30.00 (Termasuk bayaran pos)

Sila emailkan permintaan ke:  pustakaalghazali@gmail.com atau sms ke 0138757959

Buku Sinar Perjuangan USIA

3 comments on “BUKU SINAR PERJUANGAN USIA DAN BACK TO THE AL-QURAN

  1. Assalaamualaikum wtb…

    Pertama-tama, mohon kemaafan atas ketidaksamaan hadir dalam Mesyuarat Agung USIA Pusat baru-baru ini. Keinginan memang ada sangat tapi hambatan tugas mengekang untuk bersama.

    Tahniah kepada semua perwakilan USIA Tambunan atas komitmen. Tahniah kpd Ustz Yassin kerana berjaya menyampaikan isu dr Tambunan. Tahniah sekali lagi khusus utk Ust Al-Gahazali kerana cemerlang memimpin kami dlm USIA Tambunan…

    Yang terakhir… saya berminat dengan buku-buku di atas. Macamana mau dapatkan? Minta tolong blh bah kan…

    Salam ‘alaik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s