MENGHIMBAU PERJUANGAN TULEN USIA


Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Datu Mustapha Datu Harun

Saya pernah bercerita dengan ayahanda saya mengenai perjuangan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) khususnya di Daerah Tambunan.

Pada cerita beliau, betapa pejuang-pejuang @ para daie @ mubaligh muslim sekitar tahun akhir 60’an dan awal tahun 70’an begitu bersemangat mengembangkan syiar Islam di kalangan masyarakat pedalaman.

Ayahanda juga menegaskan betapa cabaran dan rintangan yang dihadapi seperti makian, kata-kata nista, ancaman serta ugutan menjadi rencam yang mengiringi setiap langkah para mubaligh ini.

Inilah kehebatan USIA yang didokong oleh para pemimpin yang ikhlas berjuang. Tiada yang dipinta melainkan redha Allah Subhana Wataala.

** Saya menyertai USIA disebabkan terhutang budi dengan perjuangan yang ikhlas ini. Tanpa USIA, mungkin masjid Daerah Tambunan bukan berada pada kedudukan sekarang!

Pada generasi yang ibubapanya mendapat hidayah atas perjuangan USIA,  ayuh kembalikan roh generasi rabbani era 70`an.

Semangat juang yang tulen
Allahyarham Ahmad Deedat ketika melawat pejabat USIA Sabah
Zaman gemilang USIA
Era pengislaman ramai-ramai di Daerah Tambunan

Medium dakwah yang banyak berjasa

12 comments on “MENGHIMBAU PERJUANGAN TULEN USIA

  1. lihat pada perjuangan USIA membuatkan saya rindu pd datuk saya ( Hj Daud Bin Baringkok ). Dia juga antara org yang banyak membawa islam ke sini.. khususnya d Ranau.. 🙂 menitis air mata sa tgk pic lama2 ni.. kalaula saya sempat lihat arwah datuk saya.. kini saya mengenali dia dr cerita2 pak cik n mak cik saja.. 🙂

    • Alhamdulillah,,,kita wajar syukuri apa yang mereka rintiskan. Orang2 dusun sebelah tambunan kebanyakkannya mengenali Islam atas kewujudan USIA.

  2. Kepada adik Nur Jannah..
    Marilah kita sama-sama bergerak dalam USIA. Di ranau pun ada cawangan juga.Generasi muda dan berpendidikan seperti Nor amat dialu-alukan untuk menyemarakkan aktiviti USIA.Sekurang-kurangnya ada juga penyambung perjuangan pemimpin USIA terdahulu termasuk datuk Nor.Sesungguhnya gerakan USIA terdahulu amat bermakna bagi orang2 Dusun..

  3. cuma satu ..diharap orang2 diatas sana jangan jadikan USIA sebagai batu loncatan naik tangga politik , kalau berdakwah biarlah dakwah sepenuhnya ..jangan ada disebaliknya , ikhlas lillahi taala ..

    kalau tidak itulah akan jadi punca keserabutan yang bakal timbul , lihat kebelakang sejenak semasa zaman Usno kepada era Berjaya ..apa jadi ? berpecah , berpuak2 ..

    jangan sampai masuk unsur2 itu dalam Usia ..[ orang2 atas di KK mudah2an baca topik ini ]

  4. Terima kasih Saudari Adi Jagat..
    ya, saya memang berhasrat mahu menyertai USIA ini. Saya bercadang selepas habis belajar, saya mo mengikuti USIA ini. Memang benar USIA membawa banyak jasa kepada kaum dusun. Terima kasih ya.. Doakan kita berada dlm klgn org2 yang akan terus berjuang demi agama..

    En. Osman Patau,
    saya sokong pandangan En. Osman..
    diharapkan kita melaksanakan perjuangan atas nama keikhlasan, bukan kerana ada udang disebalik mee kann.. 🙂 gurau saja..

    semoga semua yang terlibat dalam memperjuangkan syiar islam tdk akan lari dari landasan sebenar.. 🙂

    • Alhamdulillah Nor, Memang nama seperti Daud Baringkok antara pejuang2 Islam ternama di ranau era mandur sharif dan selepasnya. Sesuatu yang wajar disyukuri.

      Penyertaan dalam USIA adalah atas kesedaran bahawa pertubuhan ini banyak membantu orang2 kita mengenali perjuangan Islam.

  5. ustaz, eya.. saya pun mengorek crta tentang arwah datuk dr nenek2, pakcik2, makcik2 lagi ne..
    perasaan untuk memperjuangkan islam terus bertambah melihat kepada usaha yang [ernah dibuat oleh datuk.. 🙂

    era kini, ramai yang suda mengenali islam, tapi jarang mempraktikkan ajaran islam sebenar.. inilah cabaran kita skg kan ust..

    semoga ALLAH memberikan kita hidayah dan x berpaling drNya.. 🙂

  6. Persidangan Perhimpinan Agong Usia Yang Pertama diadakan pada 1 – 3 Ogos 1970 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dan gambar bersejarahnya memperlihatkan ramai ahlinya ketika itu. Saya tidak pasti berapa ramai ahli USIA hari ini yang pernah melihat gambar tersebut. Apa yang diketahui hanya 3 keping sahaja telah dibuat, 2 daripadanya diserhkan kepada Allahyarham Tun Mustapaha dan yang satu lagi disimpan oleh jurugambar. Kalau ada yang berminat bolehlah hubungi saya : Knis45@yahoo.com.my. Salam. Yaacob

  7. Perjuangan USIA masih relevan sehingga kini namun sayangnya sudah mulai di cemari oleh unsur-unsur politik yang tidak sehat…apa pun tahniah buat mereka yang masih terlibat memperjuangkan usia, teruskan usaha anda demi mendaulatkan agama yang suci ini..

  8. Assalamualaiku.. Arwah bapa saya juga dulu bekas Mubaligh USIA di Kuala Penyu, dia pernah bercerita macam-macam dugaan yang dihadapu untuk menyebarkan Islam.. shinggakan pernah hampir ditetak oleh seorang yang berang dengan penyebaran Islam di Kuala Penyu.. Arwah bernama Tuan Haji Alamin Bin Kanan, Beliau baru sahaja meninggal dunia pada 29hb Dis 2012 di Kediaman Kampung Melagui Kelatuan Papar. Semoga roh Ayahnda dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang beriman.. Amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s