MENGATASI KEMELUT MUALAF


Mudah-mudahan dengan pindaan dan peruntukan baru membabitkan tiga akta berkaitan undang-undang perkahwinan dan perceraian sivil mampu merungkai permasalahan yang dihadapi oleh mualaf selama ini.

Sila baca laporan dalam Harian Metro hari ini.

Atasi kemelut mualaf

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa pindaan dan peruntukan baru membabitkan tiga akta berkaitan undang-undang perkahwinan dan perceraian sivil dicadangkan bagi merungkaikan kekusutan dialami selama ini, sekali gus mengelakkan penganiayaan, terutama di kalangan mualaf.

Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, Mohamad Naser Disa, berkata pindaan dan peruntukan baru itu dapat membantu untuk menyelesaikan masalah membabitkan perkahwinan, perceraian dan kekeluargaan Islam iaitu di kalangan mereka yang baru memeluk Islam.

Menurutnya, sebelum ini terdapat sedikit kekeliruan apabila seorang pasangan suami isteri bukan Islam memeluk Islam, seperti dalam kes pembubaran perkahwinan, kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya membabitkan orang Islam, manakala orang bukan Islam di Mahkamah Sivil.

“Harus diingat pindaan ini bukan untuk mencampuri urusan Mahkamah Syariah dan orang Islam tidak perlu gusar, sebaliknya ia untuk mengurus perkahwinan dan perceraian yang berlaku di antara orang bukan Islam, tetapi memeluk Islam,” katanya, pada Taklimat Jabatan Peguam Negara Mengenai Pindaan Undang-Undang di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, semalam.

Taklimat itu dirasmikan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Pegawai Syariah di Jabatan Peguam Negara, Abd Walid Abu Hassan.

Tiga akta yang dicadangkan pindaan dan peruntukan baru itu ialah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164), Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Bagi Akta 164 pindaannya membabitkan subseksyen 3(3), 51(1) dan (2), subseksyen 51 (3) dan seksyen 77(2), manakala peruntukan baru ialah subseksyen 51 (1A), seksyen 51A(1), (2) dan (3), seksyen 88A dan 88B.

Pindaan bagi Akta 505 ialah seksyen 89, 90 dan 91, dengan peruntukan baru seksyen 92A manakala Akta 303 membabitkan pindaan seksyen 18 dan pemotongan subseksyen 46(2).

Mohamad Naser berkata, pindaan terbabit seperti pada subseksyen 3(3) memperluaskan pemakaian Akta 164 kepada pihak berkahwin mengikut undang-undang sivil tetapi kemudiaan memeluk agama Islam.

3 comments on “MENGATASI KEMELUT MUALAF

  1. inilah masalahnya kita , setelah sekian lama baru ada usaha tindakan untuk menyelesaikan kemelut segala , agama lain dalam diam terus melebarkan sayap ..kita baru mahu planing , itu pun macam2 bunyi membangkang , mempersoalkan ,

    tenaga ada , sumber ada , kuasa ada , apa sebab liat betul untuk bertndak ? diakhirat besok siapa yang akan menjawab gejala murtad oleh mereka yang terbiar , yang terpinggir , yang sengsara dengan segala macam dugaan dan ujian dengan ‘ pengislaman’ mereka ,

    hendaknya kita , jangan pandai mengislamkan orang sahaja tapi tiada tindakan susulan kepada mereka ..lihat apa sudah jadi ?

    • Betul tu kata sdra osman tu sekiranya gejala ini tidak drungkai secara
      bijaksana dkhuatiri orng luar yg dpt untung.Apa guna kuantiti banyak tapi kualiti tidak seberapa.Biar sikit tapi berkualiti dengan aqidah mantap.

  2. sekitar zaman Usno , Berjaya …aktiviti pengislaman banyak dilakukan , hanya itu , kemudian tiada follow up kepada saudara baru ini , mereka terkontang kanting meraba dalam terang , tiada pengetahuan tiada yang mengambil berat , dengan desakan semasa zahir dan batin mereka tewas lalu kembali kepada agama asal ..siapa yang bertanggungjawab semua ini ?
    dalam jumlah seramai pengislaman itu hanya berapa orang yang mampu bertahan sehingga kegaris akhir sehingga sekarang ..

    diharap jangan berulang lagi tragedi ini , kita sedih tapi pihak agama lain bersorak riang tanda kemenangan ..maknanya kita telah gagal ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s