JOM JALAN CARI MAKAN


Sehari selepas Aidil Adha, saya dengan kawan-kawan membuat keputusan untuk test OBSEBER buatan Australia yang baru saja di pasang di Pekan Donggongon tiga hari lalu.

Pilihan testing adalah dari Tambunan ke Ranau:)

Seawal jam 8.30 pagi bertolak dan sampai di Kampung Rondogung. Kami dapati terdapat deretan gerai menjual buah-buahan tempatan.

Saya dapat lihat betapa ramainya pengguna jalanraya Ranau – Tambunan singgah di sini untuk membeli buah-buahan. Buah durian sememangnya menjadi pilihan ramai. Harganya memang murah dan berpatutan meski berada di penghujung musim.

Selain itu, buah bambangan juga masih di pertengahan musim. Jangan lupa beli jeruk bambangan kerana kampung ini sememangnya pakar membuat jeruk buah berkenaan. …. Ada juga jeruk ikan (Bosow dan Gagau).. yang ini pun ok juga:)

Setelah menjalankan test taste, kami membelanjakan sekitar RM100 untuk membeli buah dari gerai ini.

 

Longgokan durian di pinggir jalan Ranau dan Kampung Rondogung

Murah-murah!!

Raja segala buah

Saudara Azman sedang test rasa

Jeruk buah bambangan juga mudah

Buah Bambangan yang belum diproses menjadi jeruk

Seterusnya kami menuju ke Pekan Ranau dan sampai setengah jam kemudian.

Wah, durian masih menjadi buah pilihan jualan di samping buahan lain seperti langsat dan mata kucing.

Kali ini durian lebih murah berbanding di Kampun Rondogung tadi:).. Si kawan saya ni tanpa memikir panjang pajak terus!

Selepas solat Zohor, balik semula ke Kampung Kirokot.

Wah! sarat dengan raja buah menuju ke Pekan Ranau

Buah langsat semurah RM10 untuk sepuluh kilo

Belum puas beli ke..

** Nota: Mungkin pihak  berkaitan boleh memikirkan segera untuk membaiki atau membina gerai deret yang lebih cantik dan kemas demi kemudahan orang kampung yang giat mencari rezeki melalui jualan buah-buahan.

** Gerai sedia ada terlalu uzur dan tidak teratur.

12 comments on “JOM JALAN CARI MAKAN

  1. Salam…
    Nampak macam best je musim buah2nya. Buah2 tu tidaklah membuatkan saya terliur tapi……………BUAH TARAP jugk jadi pojaan hatiku……..

  2. wahh ..kamurang tamaha betul , adakah dipajak buah durian sampai penuh satu kereta ? cemburu saya tengok , tapi bagus jugaklah , tolong orang dusun juga maknanya ..

    lain kali tolong beli , pajak pula sayur dorang ..lepas itu kasi sedekah sama orang lain , bulihkah ? aminnn ..

  3. Nasib baik tiada buah TARAP yang di jual.
    Kalau tidak, terliur saya ni, Lama sudah tidak makan TARAP.

    Di Semenanjung Tiada Buah TARAP dan BAMBANGAN.

    • Saya pun sudah lama tak mkan tarap…adalah lebih kurang 20 taun. Almaklumlah dah lama hijrah kat Johor.
      Jeffry kat manani?…..

    • Ada sudah saya tanam….10 taun lagi berbuahlah dia… itupun kalau dia panjang umur….
      Tuhau pun ada tanam jugak 3.4.5…pokok…tunggulah dia besar sikit baru buli tikanas do borot….
      Maaf bertanya…Adi Jagat ni siapa?….orang kampong ke?

      • musa..Adi Jagat bukan orang Tampasak tapi kawin orang Tampasak.Ko pasti kenal sangat.kita satu sekolah,satu bilik dan bersama-sama mengutip pelbagai kenangan ketika di SUI dahulu..ha..ha.Biarlah rahsia…

        • Ha..ha..ha….Adi Jagat………………saya pun tak ingat?…..
          Kawin orang Tampasak?……Tak perasan pulak sebab balik Tampasak
          haritupun saya tak diberitahu atau dimaklum.
          Takpelah nanti balik nanti boleh kita bertukar2 rahsia……

  4. orang malaya mana ada makan tarap , dorang bilang beracun ..monyet ja makan dorang bilang ,

    kalau tidak mau kena panggil monyet jangan makan tarap disana ..

    • Dengar berita memang macamtulah che Osman….Buah tarapnya monyet pun tak sudi nak makan.
      Pernah juga singgah di perkampungan orang asli kat Rompin, Pahang…. buah tarapnya kecik2, rasanya tak sama, tak orulow dan tak mengancam.
      Rasa sikit2 saja la kawan…. takan tupun nak panggil monyet. panggil tupai ajelah ye……………………..

  5. kamurang punya tarap sana tu kalau banding dengan tarap sini ..nahhh layak bikin umpan bosing ja sana rungkasip bah , ha ha

    kalau makan tarap disana , jangan tarang2 dapan urang ..tapuk2 sikit , taapun ja lah kau sana sahabat ,

  6. kebanyakan jeruk bambangan ni dibuat oleh siapa ea? siapa pembuatnya…kalau pembuatnya dirumah sahaja,siapa yang bernama pembuat?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s