KESIAN SI LELAKI INI!


Saya terbaca sebuah kisah bagaimana seorang wanita yang diceraikan secara talak tiga oleh suaminya. Bagaimana pun, oleh kerana bekas isteri tersebut mengubah penampilannya dengan lebih menarik, akhirnya si suami pula tergila-gilakan pula.

Bukan mudah mendapatkan semula isteri yang pernah di ceraikan dengan talak tiga!

Tergiur lihat bekas bini
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Kembali tergoda melihat kecantikan bekas isteri yang sudah diceraikan dengan talak tiga menyebabkan seorang lelaki angau sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan semula wanita itu dengan mencari lelaki jujur yang sanggup berkahwin dan kemudian menceraikan semula wanita berkenaan sebelum dapat bernikah semula dengan bekas isterinyai.

Bukan itu saja, lelaki lingkungan 40-an itu dikatakan sanggup ‘bertenggek’ berhampiran kawasan perumahan bekas isterinya itu bagi memastikan wanita terbabit tidak melarikan diri atau menerima sebarang lamaran daripada lelaki yang mahu memperisterikannya.

Sebelum ini, lelaki hidung belang terbabit sudah dua kali menceraikan wanita lingkungan 30-an itu, sebelum mereka rujuk kembali, tetapi kemudian nekad menceraikan isteri yang menjadi mangsa belasahannya setiap hari itu dengan talak tiga pada penghujung tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas suami itu dikatakan terkejut apabila melihat bekas isteri yang dihina dan sering dibelasah sepanjang menjadi suami isteri, tampil dengan susuk tubuh yang sungguh menggiurkan, baru-baru ini.
Malah, lelaki terbabit juga tidak menyangka bekas isteri yang dihina dengan menyamakan wanita itu dengan status ‘ikan’ yang tidak akan dijamah kucing, akhirnya menjilat semula kata-kata penghinaan itu sehingga sanggup melutut untuk kembali kepada wanita terbabit.

Kejadian itu didedahkan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih, Ara Mohd Raub, yang mengakui wanita yang sudah mempunyai enam anak terbabit menjadi mangsa deraan suami yang mempunyai naluri gemar membelasah isteri.

Beliau berkata, wanita itu seperti sudah hilang pedoman hidup ketika ditemui, sebelum dibantu untuk membina kehidupan baru selepas dibelasah seperti haiwan sepanjang berkongsi hidup dengan suami yang juga seorang kaki perempuan dan gemar meneguk minuman keras.

“Memang wanita itu seperti tidak siuman apabila diperlakukan seperti haiwan dan diceraikan dengan talak tiga oleh suami yang gemar menghina dan membelasahnya hampir setiap hari.

“Bagaimanapun, wanita berpendidikan itu kemudian dibantu sebelum mampu membina diri dan menjaga enam anak selain menjaga penampilan diri sehingga mampu menarik pelbagai lamaran,” katanya, semalam.

Beliau berkata, wanita terbabit kemudian diberikan bantuan kemahiran sebagai seorang pakar kecantikan yang kemudian menggunakan kemahiran yang dimiliki bagi mengubah penampilan dirinya.

Tanpa berselindung, Ara berkata, wanita terbabit yang semakin menawan dan menggiurkan itu, kini bukan saja menjadi igauan lelaki, malah bekas suami sudah kembali melutut bagi mendapatkan semula bekas isterinya itu.

Sumber: Harian Metro

4 comments on “KESIAN SI LELAKI INI!

  1. Salam.
    Hei! itulah gara-gara talak tiga, kebanyakan perempuan yang dikecewakan oleh lelaki yang curang, macam itulah. haha! mawi tolak si ina, ina menjadi-jadi hingga gempak Malaysia. Pas tu kuza, hai dunia artis bikin takut. Kepada para lelaki macam etuza, cukuplah tu, sabar dan tabahkan hati, kalau kena cara isteri tetap tunduk bah. Bukan kejap-kekap nak ceaikan kaum hawa ni, kasihan juga yang diceraikan tu, bukan kalangan artis ja masyarakat biasa pun ramai bercerai. Kenapa? itukah antara lain tanda akhir zaman…
    Salam ikhlas.

  2. nah , padan muka si lelaki , sapa suruh cerai talak tiga ..inilah kesan akhibat cakap main lepas ikut mulut ja ,

    baik jangan dilayan sang suami bengong itu , dia cuma mahu balik kerana kecantikan , kalau hodoh tidak lawa jangan haraplah dia pandang bekas isterinya itu ..maknanya dia mahu rujuk balik itu tidak ikhlas , bukan dari keinsafan , bukan dari hati tapi dari nafsu ..

    jadikan teladan , sama2 kita jaga diri dan family ..

  3. kisah-kisah seumpama atau lebih tragis dari kisah di atas nampaknya bukan suatu fantasi tetapi suatu realiti di sekeliling kita. Berat juga bila nak sentuh soal ini terutama bila terbayang2 wajah watak-wataknya yang pernah muncul di hadapan kita. Sampai2 akibat sudah terlepas cakap, ada juga yang kata “bercakap sorang-sorang”, “bila melangkah, macam tak terasa memijak bumi” dan macam2 lagi. Semoga kita semua terhindar dari “katastropi” seperti ini.

  4. Ada juga kisah tragis macam ini….

    Sepatutnya perkara ini tidak berlaku.
    Pasangan yang hendak berkahwin sepatutnya sudah mengetahui tanggungjawab masing-masing, barulah utuh rumahtangga dan tidak berlaku peceraian. Sebab itulah kursus perkahwinan sekarang ni di wajibkan.

    Apapun, kita kembalilah kepada Al-Quran dan Hadith. Cek Tanggungjawab KITA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s