BELIA USIA TAMBUNAN: TAHNIAH SAUDARA ZAKI


Bergambar selepas gotong royong membersihkan halaman surau

Merafakkan doa sebelum jamuan ringan

Saya tabik spring-lah atas semangat sahabat Zaki atas komitmen beliau dalam merancang dan merencana tenaga belia USIA Tambunan.

Selangkah, beliau bersama pembantu di kalangan Belia Bahagian telah bertandang ke Kampung Tonop, yang terletak di perjalanan antara Daerah Tambunan dan Daerah Ranau.

Beliau telah menggerakkan belia di kampung tersebut untuk bergotong royong membersihkan surau yang menjadi tumpuan para musafir untuk menunaikan solat lima waktu.

Sahaja juga, program serampang dua mata itu telah berjaya mendaftarkan beberapa belia untuk menyertai USIA seiring misi USIA Bahagian ini untuk menarik lebih ramai belia menyertai pertubuhan keramat ini:)

Tahniah buat Ketua Belia.

Sumber: www.gerakusia.org

15 comments on “BELIA USIA TAMBUNAN: TAHNIAH SAUDARA ZAKI

  1. Tahniah kepada Ketua Belia Tambunan.Semoga aktiviti seperti ini akan diperluaskan ke surau-surau lain terutama sekali yang jauh.Contohnya Kg. Kiporing,Kg.Tampasak Liwan.
    Pada hari Raya Aidil Adha saya dan warga Muslim kawasan sekitar Kg.Tonop telah mengadakan Solat Sunat Aidil Adha buat pertama kali di surau Kg.Tonop dan insyallah akan menyusul aktiviti keagamaan yang lain selepas ini.

    • Salam, Ketua Penerangan! Elok mungkin akan datang kita adakan solat eidain (dua hari raya) di surau2 yang sebelum ni nda pernah kan..

      Nanti kita pecahkan idea di meja pejabat kelak.

  2. Tahniah utuk sahabat saya saudara ketua belia USIA Tambunan Ustaz Zaki, …..Lepas ni jangan lupa buat gotong royong kat surau Kg Tampasak Liwan. Jangan lupa bawa BORODUNGAL sekali sebab jalannya amboi….mencabar…..
    Suraunya taklah daif. Cuma mungkin kurang diselangara………agak2nya
    kurang tiada jemaah yang mengimarahkan surau…agak2 saja….

    • Tq Mus, insyaAllah kita terus bersuara untuk kepentingan umat kita. Karan sudah sampai , tu pun hasil suara2 lembut kita jua.

  3. bagus , tahniah ..macam ni lah baru bilang buat kerja , tapi kalau setakat kerja gitu saya rasa budak2 muda tidak rasa apa sangat , tidak penat pun , ertinya dorang boleh dibawa untuk buat kerja yang seumpama diseluruh pelusuk Tambunan ,

    masih banyak surau yang perlukan pembersihan , tumpukan pada surau yang ramai ahli kariah dahulu ..

    • Salam, Terimakasih dengan saranan sdr Osman. Alhamdulillah kita dah rancang untuk melawat dan seterusnya buat pgrmam di kawasan lain. Sdr Yassin ada juga cdg sama/.

  4. Musa..jalan ke Tampasak sekarang baru kena sapu@ grid oleh JKR tapi bukan makin baik tapi tambah ALAMOU @ Licin. Keluar segala lagit, kalau bukan 4×4 minta maaf la..jalan kaki lagi bagus tumakad tu rambakon.Keluar peluh juga kalau tidak biasa.

    • Ha..ha…ha…. risik punys risik…..Adi Jagat ni dah jadi orang Tampasak
      dan Puntingabai. Tahniah!!!!!!!!….. bapa mertua mu memang dikenali dan
      dihormati. Mudah2an dengan ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan
      kita. 2..3..tahun lagi, ada rezeki kita boleh memburu sama2 di Kipungit.

      • Ha..ha dapat juga menjejaki kio..
        Kenapa tunggu 2..3 tahun lagi. Habis sudah bulukun masa tu. C Inin dan c Ganak kasi abis. Yang tingal hanya Bakas saja la sebab c Marasin aja yg makan sama c irol.

        • Jangan risau kawan…. si Inin dan Ganak punya kawasan mihombo2 sendiri dia kasi habis tidak apa…saya punya kawasan tiada yang berani nak masuk……3 tahun itu tambang, pawus dan palanuk sudah besar. Sabarlah kawannnnnnnnnn………

  5. mungkin dorang malu bergambar , bukan apa …masa posting dekat surau sikit ja , tapi bila posting time makan , wahhhh ..sangat bersemangat akan mereka itu !!

    surau kpg patau tidak payah la kasi bersih , buang masa ja ..surau sana ok tu , ada ja yang bermurah hati kasi tabas2 tu rumput , sana kitau macmana ? jangan dilupa akan mereka itu , ramai juga dorang sana tu , ada si gundohing sana ..

  6. Tahniah dan syabas untuk Ketua Belia Kita ni…..Serba pelbagai semangat beliau ni…Ada harapan ambi tempat KB ni he…..he…..he…..

  7. salam..
    tahniah2..

    hehe.. saja mo menyampuk. saya ingat Adi Jagat pal ustaz Suhaidi.. 😛
    erm, beshnya sini.. banyak aktiviti oh kan..

    Tahniah kepada Saudara Zaki dan ahli2 lain atas kerjasama yang telah dijalankan.

    =)

    • Alhamdulilla,
      Belia kini sedang mengatur langkah untuk memasyarakatkan USIA di kalangan generasi muda ..khususnya di daerah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s