Seawal jam 7. 00 pagi Sabtu, bertolak dari Kota Kinabalu menuju ke Daerah Tambunan. Kehadiran kali ini adalah untuk melancarkan Pertandingan Futsal Belia USIA Tambunan anjuran Ketua Belia USIA Tambunan, Saudara Mohd. Zaki Laumin.

Semasa Ketua Belia memberikan taklimat,disingkap antara objektif penganjuran pertandingan ini adalah:-

a. Memupuk semangat mahabbah warga belia dengan menyertai aktiviti sihat;

b. Menambahkan keahlian USIA Tambunan di kalangan belia.

Sebelum permainan dimulakan, sempat diutarakan saranan agar belia dapat bersama-sama dengan USIA Tambunan untuk mencapai misi dan visi yang sedia terlakar.

Saya yakin semangat Belia Muslim Tambunan mampu membuat sesuatu jika tautan ukhuwah terus terjalin.

Pada pertandingan itu, sebanyak 10 pasukan bertanding. Iaitu;-

1. Pasukan Kuma FC (USIA Cawangan Kumawanan),

2. Pasukan Team USIA ( AJK Belia Tambunan)

3. Pasukan Bambaras (USIA Cawangan Kipaku)

4. Pasukan Bambaras 2 (USIA Cawangan Kipaku dan Pekan)

5. Pasukan Kitau FC (USIA Cawangan Kitau)

6. Pasukan Liwan`s FC (USIA Cawangan Pekan)

7. Pasukan Patau FC (USIA Cawangan Patau)

8. Pasukan Nukakatan FC (USIA Cawangan Nukakatan)

9. Pasukan Wanan FC (USIA Cawangan Kumawanan)

10. Pasukan Bambarayon FC

Keputusan kemenangan diperolehi oleh Pasukan Kuma FC, sementara Pasukan Liwan, Bambaras 2 dan Pasukan Bambaras masing pada tempat 2,3 dan keempat.

Syabas AJK Belia USIA Tambunan atas penganjuran yang sempurna.

Ketua Belia sedang memberikan taklimat
Merasmikan pertandingan Futsal USIA Tambunan
Bergambar bersama peserta
Bersama dengan Blogger Abu Miftah