JANGAN TANGKAP IKAN DAN BERBURU DI KAWASAN INI


Orang luar dilarang menangkap ikan sepanjang sungai yang ditagal

Sewaktu hendak kembali ke Kota Kinabalu pada Ahad lalu, saya mengambil masa untuk berehat sebentar di hentian bas yang menjadi kongsian masyarakat Kampung Melout dan Kampung Tampasak Liwan.

Tertarik dengan sebuah signboard yang terpampang di sebelah kiri hentian bas tersebut. Pada signboard tersebut beberapa amaran berupa peraturan yang menguatkuasakan larangan menangkap ikan di sekitar Sungai Melout dan Sungai Minonun.

Selain itu, turut dikuatkuasakan adalah larangan berburu mana-mana hutan yang meliputi kedua-dua sungai berkenaan.

Dendanya bukan main-main;-

a. Sogit satu badan ternakan (bukannya seekor ok, satu badan!)

b. Denda sebanyak RM1,200.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Dua Ratus); dan

c. Semua peralatan menangkap ikan dan berburu akan dirampas.

Apa pun, saya kagum dengan kesungguhan JKKK di kampung ini yang berpendirian tegas untuk memelihara pembiakan ikan dan mencegah pemburu luar dari kampung ini.

Inilah semangat orang kampung yang patut dipuji.

Jalan Tambunan ke Ranau

Gunung Nunduk Sirung tidak kelihatan disebabkan hujan lebat sebelah hulu

 Apa faedah sekiranya sungai ditagal secara sistematik?

Inilah hasilnya.. 

hasil tagal

Hasil lumayan apabila sungai ditagal - Gambar sekadar hiasan

18 comments on “JANGAN TANGKAP IKAN DAN BERBURU DI KAWASAN INI

  1. bagus ..saya sokong sangat2 pasal Tagal ni , kalau ikut hati ..bagus kasi tagal semua sungai yang ada disabah , kasi keras lagi tu denda , 2 ekor kerbau ..duit 5 ribu tunai , penjara 1 tahun ,

    kalau tidak , alamat cerita ikan besar , cerita pasal pelian akan hanya tinggal cerita , kenangan dalam kenangan ja ..

    Menuai hasil sungai cuma setahun sekali ..kira ok , biar sama merasa ..

  2. salam..

    erm, usaha yang baik dalam emmelihara alam sekitar.. suasana hidup kini keindahan dia semakin sirna..
    saya suka dengan kewujudan sistem tagal. sangat baik utk pemeliharaan hidupan akuatik..
    di kg kami ( kg Libang, Ranau ) pun ada juga sistem tagal.. tapi duuulu jak la..

    selepas kena racun, cam kurang suda usaha pembaikpulihan ne..
    rindu saya dengan suasana dulu2.. hijau dan damai.. kini semakin kurang.

    kita meminjam alam sekitar dr cucu dan cicit kita. so, kena la jaga sebaiknya..
    semoga usaha begini terus diamalkan dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang 🙂

    together we heal the nature! 🙂

    • Iya, dulu2 senang2 saja dapat ikan sebesar betis. sebab masa itu sungai masih terpelihara daripada Racun dan kegiatan mengaran..

      so tindakan menagal adalah salah satu usaha murni.

  3. eya.. masih ingat lagi waktu kanak2..
    sa sllu ikut abah saya p menangkap ikan ne..
    sambil menangkap ikan, sambil belajar berenang..

    rindunya suasana dulu,.

  4. Makaseh atas gambar2 kat kampung…. Gambar2 itu mengimbau kenangan membesar disana. Biarpun beribu km, kampung itu serta seisi penduduknya akan tetap dekat dihati. mudah2an akan dipanjangkan umur dimurahkan rezeki berjumpa dilain masa……
    P/S…gambar ikan banyak2 tu bukan kat Tampasak kan? ..jawapannya YA…..

    • Ya,,sekurang2nya terubat juga rindu orang di perantauankan.
      Saya di Port Dikson mulai 20 hingga 22 disember ni mus. Saya di Hotel Costarica…Negeri Sembilan.

  5. Kalau Di Semenanjung, Rasanya semua sungai sudah di tagal. Khususnya di Selangor, Sungai mana lagi yang tidak di tagal.
    Sampaikan air Terjun yang bersaiz ‘Lokos’ pun habis di tagal. Dendanya kalau kedapatan menangkap Ikan dengan apa cara sekalipun, memang berat la. Selain Semua Peralatan Di rampas, denda sampai RM10,000 atau Penjara 2 tahun.

    Saudara Musa Bin Hussin, saudara di Johor tinggal di Mana. Ada masa datanglah ke Selangor, kita pergi Mengundalo di Sungai…… Tempat saya rahsiakan.

    • Hebat sungguh sungai2 di Selangor semuanya ditagal…. Kat Johor dah tak ada sistem tagal. Nak tagal abendanya….macam2 ada ….minyak ada, cat ada, bangkai ada, lagi teruk bahan2 buangan dari kilang….Agak2 siapa sanggup mandi..mandi 2 minit gerenti 2 bulan gatal2…..yang bersih sikit dah kena tol semuanya…
      Sahabatku cik Jeffry….datanglah ke Johor….. 9, jln setia 6/19, tmn setia indah, 81100 JB. 0137507634. ….deetampasak@yahoo.com. Selangor kat mana…saya kekadang ke sksyn 32 jln kota kemuning…….adikberadik belah orang umah

  6. yabah , diurang punya sungai sana tidak layak dipanggil sungai lagi , entah apa nama yang ngam , macam kamiurang punya sungai sini nahhh ..nampak2 tu batu sana dasar , kalau haus minum ja air sungai pun ok , gerenti tidak mati , jernih bah sungai kami …ada ikan lagi , sejuk lagi tu , ..ha ha

  7. kalau saya pulak…x yah denda2…bg sye pilih aje org kampung yang tak kawin lg tak kiralah muda ke tua kawin aje senang….btmbhlah rakyat dkampung 2….hukumn 2 kan manusia yg buat…klo kita nak sungai kita bersih pikirlah sndri…kitakan da BESO!!nti klo byk sgt pantang larangnye khuatir org luar x nak datang sini……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s