PERUBAHAN PENGHAKIMAN MTQ


Pagi tadi mesyuarat mengenai perubahan penghakiman Majlis Tilawah Al-Quran telah di adakan di Bilik Mesyuarat MUIS, Tingkat 5, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybhg. Datuk Haji Amri A. Suratman selaku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Mulai tahun ini, Urusetia MTQ sama ada Peringkat Daerah, Bahagian mahupun Negeri akan menentukan Surah dan Lagu yang di bawa.

Berbanding tahun-tahun sudah, dimana hanya nama Surah sahaja yang ditentukan.

Ini bermaksud, Qari dan Qariah dalam semua peringkat perlu memperdengarkan bacaan berdasarkan lagu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Semua Qari dan Qariah wajib melagukan bacaan dengan 4 lagu dalam tempoh 10 minit. 2 lagu yang pertama adalah wajib (mengikut apa yang ditentukan oleh penganjur) manakala 2 lagu yang terakhir adalah mengikut pilihan Qari dan Qariah sendiri.

Saya yakin perubahan ini merupakan sesuatu yang positif dalam usaha melahirkan Qari dan Qariah yang berketrampilan dalam apa juga jenis lagu.

Justeru itu, para hakim yang akan menghakimi Qari dan Qariah perlu mengetahui semua lagu yang ada agar berlaku adil pada Qari dan Qariah.

Khusyuk mendengar taklimat

Advertisements

TAKZIAH BUAT SAUDARA JAINUDIN IRIS


Takziah buat Saudara Jainudin Iris dan keluarga atas musibah yang menimpa.

Pada 20 Januari lalu rumah beliau yang terletak di Kampung Pamalan Keningau telah terbakar. Sebelum itu, ayah kesayangan beliau telah kembali ke rahmatullah tiga bulan yang lalu. Sungguh besar ujian yang dihadapi beliau dan sekeluarga.

Sesuatu yang menyedihkan juga, semua ini berlaku tatkala beliau berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan hanya akan kembali ke tanahair sekitar bulan November tahun ini.

Saya sempat mengucapkan takziah pada beliau sekalipun hanya berbicara melalui ruangan sembang facebook sebentar tadi.

Seperkara, Jainudin Iris adalah bekas PELAJAR SUIS DAN SMU TAMBUNAN sekitar tahun 2000 dan saya sempat dengan beliau ketika bertugas secara sukarela di sekolah berkenaan.

Beliau juga merupakan anak murid kesayangan kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis.

Kepada warga Alumni SUIS Tambunan, sila hulurkan sumbangan anda untuk meringankan beban keluarga beliau. Sesiapa yang ada berhajat membantu dengan apa jua bantuan samada material mahupun sumbangan lain sila berhubung dengan saya.

Berita kebakaran dalam Utusan Borneo

MUSNAH..Beginilah keadaan rumah Imah yang musnah dalam kebakaran malam rabu lalu

PADERI AUSTRALIA AKUI ALLAH HANYA UNTUK ORANG ISLAM


Seorang pemimpin Kristian dari Australia, Pastor Brutus Balan, menegaskan penggunaan kalimah Allah tanpa mengira dari mana asal bermulanya perkataan itu adalah jelas berkaitan aspek ketuhanan Islam.

Paderi Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sebarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah kerana ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan membezakan antara ajaran Injil dan al-Quran.

Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan berhijrah ke Australia pada 1972 dan menjadi paderi sejak 32 tahun di negara itu, berkata polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut ilmu semantik atau pengertian makna semata-mata.

“Kenapa tidak media Kristian, akhbar dan penterjemahan Injil menggunakan bahasa Hebrew bagi ‘Yahweh’ sebagai ‘Lord’ dan Elohim sebagai ‘God’ atau dalam bahasa Melayu atau Arab dan juga bahasa lain selain daripada kalimah Allah.

“Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam Melayu dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk aspek ketuhanan berbeza,” katanya yang dipetik dalam laman sosialnya, Facebook.

Dalam laman itu, Balan, 61 turut menjawab dan menjelaskan pelbagai persoalan ditimbulkan orang ramai terutama penganut Kristian dan Islam bagi mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah.

Balan dalam perbincangan topik ‘Kristian Tidak Patut Menggunakan Kalimah Allah’ turut mengemukakan hujah, fakta dan pendapatnya secara panjang lebar yang turut dimuatkan dalam beberapa laman web dan blog tempatan seperti Rausyanfikir.com dan Tun Faisal.dot.com.

Kontroversi itu tercetus berikutan bantahan umat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember lalu.

Balan dalam memperkukuhkan hujahnya turut bertanya, bolehkah penganut Kristian di kalangan bangsa India menggunakan perkataan ‘Brahma’ untuk God dalam kitab Injil apabila diterjemahkan dalam bahasa Tamil

“Jadi, biarlah penganut Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada sifat suci dan ketuhanan mereka dan orang Kristian tidak wajar melakukan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam atau terus mendesak.

“Penganut Kristian wajar mengenal pasti dan membezakan doktrin dan kepercayaan mereka serta tidak menggunakan istilah yang diambil daripada perkataan Arab untuk diterjemah dalam kitab Injil.

“Kita semua manusia yang mempunyai matlamat sama. Kita tidak menentukan keturunan kita, tetapi kita boleh memilih kepercayaan kita. Kita boleh membincangkannya secara bebas tanpa rasa bimbang atau terancam,” katanya.

“Sehubungan itu, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk hidup dalam keadaan aman damai bersama jiran kita. Semua pihak perlu hidup dalam keadaan aman dan kasih sayang kerana keganasan dan tekanan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online

MUZAKARAH PAKAR “TERJEMAHAN ‘GOD’ SEBAGAI ALLAH: MENGENAL PASTI POKOK PERMASALAHAN DAN PENYELESAIANNYA


Lusa (21 Januari 2010) saya akan menghadiri Muzakarah Pakar bertajuk “Terjemahan ‘GOD’ sebagai ‘ALLAH’: Mengenal Pasti Pokok Permasalahan Dan Penyelesainnya, di 2, Langgak Tunku, Off Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Muzakarah ini dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan diadakan di Dewan Besar institute berkenaan.

Tujuan muzakarah pakar ini diadakan adalah untuk;-

  • Menerangkan latarbelakang permaslahan dari perspektif bahasa, social, undang-undang dan agama;
  • Menegaskan faham dan konteks penggunaan Allah dalam Al-Quran;
  • Mengenalpasti tafsiran ke atas sumber-sumber hokum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama dan budaya selain Islam;
  • Mengenal pasti pokok permasalahan dan menawarkan prinsip dan kaedah penyelesaian terbaik;
  • Menyediakan wacana untuk pembentukan wahdah al-fikr di kalangan tokoh agama dan pemimpin umat Islam; dan
  • Memberi kefahaman membenteras kekeliruan dalam masyarakat Muslim dan bukan Muslim

Antara pembincang yang akan mengambil bahagian dalam muzakarah ini adalah;

  • Sahibus Samahah Dato’ Syaikh Muhamad Badarudin Bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Kedah
  • YB Dato’ Dr Abdullah Md. Zin, Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri
  • YB Datuk Seri Haji Hadi Awang-Presiden PAS
  • Dr. Mohd. Manuty – Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • YBhg. Datuk Haji Amri A. Suratman, Pengarah JHEAINS Sabah
  • Dr. Asri Zainal Abidin, Mantan Mufti Negeri Perlis
  • Dr. Mohd. Sani Bin Badron, Pengarah, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan
  • Encik Mohd Asham Bin Ahmad, Felo-Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik

Moderator:     Datuk Haji Md. Hashim Yahya, Ahli Lembaga Pengaah IKIM

Saya akan sedaya upaya membuat liputan mengenai muzakarah ini dan mudah-mudahan akan member manfaat untuk semua.