“INDA” LARAT MENUNGGU BULAN GERHANA


Bulan yang penuh

Semalam,  warga kota mahupun warga desa semuanya dalam keadaan teruja menunggu detik 12 malam sebagai tanda pertukaran tahun 2009 ke 2010.

Namun, saya seawal jam 10.00  sudah sediakan kerusi dan alat tripod kamera digital jenama Olympus di perkarangan rumah untuk merakam kalau-kalau gerhana bulan benar-benar terjadi sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar harian pagi kelmarin. Lihat sini.

Sehinggalah jam menunjukkan 2.30 pagi tanda-tanda bulan mau gerhana masih belum ada apa-apa:(..

Oleh kerana sudah inda larat menunggu dan mata pun mau mengantuk, kenangan untuk merakam bulan gerhana terpaksa dibubarkan.

Walau bagaimana pun, sekitar jam 11 malam hingga jam 2 pagi sempat juga snap panorama bulan yang sedang mengembang penuh. SubhanaAllah!

————-

Berita Harian Online  pagi tadi dalam ruangan mutakhir menyiarkan bahawa gerhana bulan telah kelihatan sekitar jam 3.24 pagi tadi. Iaitu sejam selepas saya masuk tidur!

Nota: Saya akan usahakan untuk terus tabah dan sabar menunggu gerhana bulan akan datang.

Cahaya di kejauhan sana

Cantik

Perlahan-lahan menyembunyikan diri