KALIMAH ALLAH DIJADIKAN DAYA PENARIK


Ustaz Abu Huraira

Alasan penganut agama Kristian di negeri ini tidak tahu berbahasa Inggeris bagi membolehkan pihak gereja menggunakan nama Allah, tidak tepat dan tidak boleh diterima.

Pengarah Dakwah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Abuhuraira Abdurrahman (gambar) berkata, sebaliknya kalimah tersebut sebenarnya digunakan sebagai daya penarik terhadap ajaran agama berkenaan.

“Itu bukan alasan (tidak tahu berbahasa Inggeris). Sebenarnya tidak perlu guna kalimah Allah untuk nyatakan Tuhan kerana sebelum ini pun mereka gunakan perkataan God atau dalam bahasa Melayunya, Tuhan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu menerusi Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Ekoran itu, terdapat pihak gereja menggunakan alasan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak tahu berbahasa Inggeris bagi membolehkan perkataan itu digunakan.

Menurut Abu Huraira, penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkenaan adalah tidak wajar dan akan memberi kesan negatif kepada umat Islam.

Jelasnya, meskipun mahkamah menetapkan ia hanya untuk digunakan penganut Kristian tetapi edarannya tidak akan terlepas dan dibaca semua pihak seterusnya mengelirukan umat Islam.

“Masalahnya ia sudah digazetkan sebagai berita jadi semua orang boleh baca. Contohnya, seperti majalah Sinar USIA, untuk ahli USIA sahaja tetapi dibaca semua pihak walaupun dia bukan ahli USIA,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang pernah beberapa kali melakukan perdebatan agama termasuk dengan paderi dari Vatican City di Itali berkata, kalimah Allah di dalam al-Quran jauh berbeza dengan Tuhan penganut Kristian.

Malah beliau yang mampu menghafal al-Quran dan Injil berkata, dalam kitab Injil asal sendiri tiada penggunaan nama Allah tetapi hanya beberapa perkataan seperti ‘I am.’

“Dalam al-Quran, Allah tidak boleh beranak dan diperanakkan tetapi dalam Injil (Tuhan) lahirkan Jesus sebagai anak malah dalam Injil, hari ketujuh Tuhan rehat, tetapi tidak dalam al-Quran,” katanya.

Dipetik daripada Berita Online

16 comments on “KALIMAH ALLAH DIJADIKAN DAYA PENARIK

  1. salam..
    saya sokong penggunaan kalimah ALLAH oleh pngnut agama kristian ditarik balik. saya benar2 tidak setuju.. kenapa br sekarng?

    penggunaan kalimah yg sama antara islam dan kristian akan menimbulkan prasangka bahawa islam dan kristiana dalah sealiran..

    sangat hairan mengapa kristian beriya2 mahu menggunakan kalimah ALLAH dalm penulisan mereka sesudah lebih 50 tahun merdeka dalam penulisan mereka..

    walaupun dalam penulisan mereka ditulis “utk org kristian” sahaja.. ianya tetap akan dibaca oleh semua pihak.. kenapalah mcm ne.. sangat pelik melihat mereka.. huhu..~!!

    ayuhlah bangkit bersama.. bersatu-padulah kita smua.. saya yakin situasi kita yg semakin berpecah belah ini sbg 1 ksmptn yg digunakan olh mrk utk menjatuhkan Islam.

    apa2 pun.. saya akan menyokong apa sahaja demi agama tercinta ini. =)

  2. Sebagai orang Islam kita harus sedar bahawa ramai ingin melihat umat Islam berpecah belah dan sedikit demi sedikit mengabaikan ajaran agama.
    Oleh itu mereka akan mengambil apa juga tidakan utk melemahkan umat Islam dan salah satu rancangan mereka telah berjaya iaitu menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan majalah mereka.
    Apa pun alasan yg mereka berikan, matlamat sebenar ialah ingin memesongkan kayakinan orang Islam terhadap agama sendiri.
    Oleh itu kita WAJIB bersatu dalam menghadapi situasi ini dan mengingatkan sahabat yg lain agar berhati-hati dengan pendekatan yg licik oleh pihak yang ingin melihat agar kita hancur.

  3. benar tu saudara.. kelemahan kita ialah kurangya semangat bersatu padu.. inilah peluang yg mereka nantikan.. semakin lemah kita.. semakin senang mereka utk mnjatuhkan kita.. risau saya dgn situasi ini..

  4. kaum musyrik tidak akan pernah berhenti dalam memesongkan dan menarik pengikut agama lain kepada agama mereka , peperangan ini tiada noktahnya ..cuma kita yang terlalai , kita yang alpa dan kita yang silap sebenarnya , kenapa baru sekarang ? sebab suasana semasa mendorong dan memungkinkan mereka menuntut segala sesuatu yang dahulunya mustahil , kita umat Islam sendiri sudah terbahagi kepada beberapa puak mengikut fahaman politik , melayu sudah dihuru harakan , islam semakin lemah kerana ada puak2 tertentu dalam Islam yang menyokong dan berdiam diri demi kepentingan mereka sahaja ..nama Allah sudah lama digunakan di Sabah dan Sarawak dalam upacara Gereja , cuma mungkin di Semenanjung agak baru ,

    percayalah , selepas ini akan ada lagi Isu lain yang akan mereka tuntut dari kita , hakim yang dilantik patut kena tukar lain , cari hakim Islam , apa tu hakim cina kafir ..celaka dia , celaka ..celaka

  5. salam..
    saya sangat berstuju dn saudara Osman..
    kelemahan kita sebenarnya adalah tangga mereka utk terus menguasai dan menjatuhkan agama kita..
    Siapa yang menang dalam masalah ini saya kira perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. Yang lebih utama dan menjadi kekesalan yang saya rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah Hakim bukan Islam Lau Bee lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.. Tiada lagi ka hakim berbangsa Melayu dan beragama islam yang boleh diputuskan oleh pihak yang terbabit untuk mendengar dan memutuskan perkara tersebut. Sedangkan Implikasi yang sangat besar kepada agama Islam. Bila ianya diputuskan oleh hakim yang bukan Islam tentunya saya melihat sesuatu yang tidak kena sekali lagi dalam sistem kehakiman di negara kita..
    sedih..~!!

  6. disabah , isu penggunaan kalimah Allah sudah terlalu lama digunakan oleh mereka , kenapa senyap ?? sebab kita tidak bersuara ..kita anggap ia biasa ja , dari kecik sampai tua sudah biasa dengar , sebenarnya kita juga salah , kita lemah , kita ada mata dipejamkan , ada telinga dengar dipekakkan , ada mulut diam ..

    sebenarnya mereka tidak kuat , mereka takut dengan kita ..TAPI kita pula menakutkan diri sendiri , melemahkan diri sendiri , kita yang terlebih tolakansur , ..

    apapun , sekiranya isu ini tidak ditangani dengan baik , pasti akan menimbulkan implikasi yang lebih berat dan dahsyat pada keharmonian masyarakat ,

  7. ok , kita lari kompas sikit ..
    apa peranan , dimana suara PAS dalam isu ini ? mereka yang hangat dengan slogan bersama islam , kenapa membisu ? malah nada menyokong pula yang kedengaran ..kerana hendak jaga rakan pakatan politik , sanggup gadai maruah islam ..
    dimana NGO Islam yang selama ini lantang mengkritik isu sebat kartika ? dimana NGO islam yang lantang dan garang bersuara soal keadilan kononnya ? dimana para YB yang lantang berceramah politik gunakan segala dalil hadis dan nas Quran ..dimana belang para YB yang kononnya mengaku hulubalang islam ? celaka atas mereka ..

    • agama orang lain juga suci dan tidak boleh dikutuk sesuka hati. agama lain juga ada maruah, jadi harus saling menghormati, jangan cepat membuat andaian seolah-olah tiada otak untuk berfikir.

  8. kerana ada otaklah kita terfikir untuk berkata begini , kerana ada otaklah kita memikirkan maruah , kerana ada otaklah kita saling berbalah ..

    suci yang bagaimana ? maruah yang bagaimana ? saling menghormati yang bagaimana ? mulutku mulutmu ..masing2 ada lidah dan gigi untuk meluahkan rasa ..QSL ?

  9. apapun , kalau keadaan memerlukan dan MEREKA juga menginginkan , saya telah bersedia bila2 masa …dalam doa iftitah kita sudah berjanji dan berikrar ‘ sesungguhnya solatku , ibadahku , hidup , dan matiku hanyalah kepada Allah ‘ … maruah seorang Islam dan maruah Islam itu terpelihara sejak dari kandungan ibu sehingga kepada matinya , sedangkan tanah perkuburan islam pun ada maruahnya inikan pula kalimah nyawanya ?

  10. mula2 MEREKA membantah laungan azan yang kuat , kemudian menyuarakan ‘rasa’ pasal belanja pembinaan masjid , selepas itu pasal tulisan jawi pada penanda tempat ,
    selepas itu pasal kuota bumiputera di UITM , kemudian diikuti bantahan pelaksanaan undang2 islam terhadap orang islam , mempersoalkan perlembagaan negara , kemudian terbaru penggunaan kalimah Allah ..

    cacing sudah naik kemata , dapat betis hendakkan paha , kaduk naik junjung , kita sudah terlalu banyak dipijak dan dicabar , pasti lepas ini akan ada lagi yg mereka hendak minta , sabar itu ada batasnya ..!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s