KETUA GEREJA CZECH DAKWA WUJUD PROSES MENGISLAMKAN EROPAH


PRAGUE 6 Jan. – Pemimpin agama Katolik Prague yang akan bersara dan ketua Katolik Republik Czech, Miloslav Vlk memberi amaran tentang kewujudan proses mengislamkan Eropah dalam satu wawancara yang disiarkan di di sini, semalam.

“Eropah sering menolak akar umbi Kristian mengenai daripada mana asal usul kemunculannya, di mana ia boleh memberikan kekuatan untuk menangkis bahaya yang ia akan ditakluk oleh penganut Islam – yang sebenarnya berlaku beransur-ansur sekarang.

“Jika Eropah tidak mengubah kaitan dengan asal-usul Kristian, ia akan ‘diislamkan’,” kata paderi berusia 77 tahun itu, yang dinamakan sebagai pemimpin Katolik Prague oleh biskop Roman Katolik John Paul II pada 1991, menerusi laman webnya, http://www.kardinal.cz.

Pemimpin agama itu menyalahkan imigrasi dan kadar kelahiran tinggi di kalangan umat Islam sebagai membantu agama itu ‘dengan mudah mengisi ruang kosong yang ada apabila rakyat Eropah secara berterusan mengosongkan hidup mereka tanpa ajaran Kristian’.

“Pada akhir Zaman Pertengahan dan awal zaman moden, Islam gagal menakluk Eropah dengan senjata. Kristian berjaya mengalahkan mereka ketika itu.

“Hari ini apabila pertempuran itu berakhir dengan ‘senjata semangat’ yang kurang di kalangan rakyat Eropah tetapi teguh di kalangan umat Islam, kejatuhan Eropah mula nampak,” tambah paderi itu.

Vlk yang merasai penindasan bekas rejim komunis yang digulingkan pada 1989, pernah menyatakan kesediaannya untuk meletak jawatan sebagai ketua Katolik dua tahun lalu semasa berumur 75 tahun, sejajar dengan peraturan gereja, namun Pope Benedict XVI melanjutkan tempohnya kepada dua tahun lagi.

Menurut media Republik Czech, pengganti Vlk akan dinamakan minggu ini. – AFP

————–

>> Peninju Afrika peluk Islam di Pakistan

2 comments on “KETUA GEREJA CZECH DAKWA WUJUD PROSES MENGISLAMKAN EROPAH

  1. sejarah itu ibarat roda berpusing , sejarah akan berulang ..zaman kegemilangan islam pasti akan muncul kembali , semua ini takdir Allah , insyallah Islam akan bangun kembali dengan gemilang di Eropah , masanya kan tiba ..zaman gemilang penipuan kristian sudah diambang pintu ,

    tapi hairan , ketika kristian di Eropah semakin dilupakan , mundur dan lemah tidak diperdulikan , kristian di Asia pula semakin ‘gatal’ menuntut macam2 , contoh apa yg berlaku ketika ini isu kalimah Allah ..

    dirantau ini saja kristian diagungkan , ditempat lain sudah hancus ..

  2. benar saudara osman..
    ikut kepada hakikat sisstem dunia.. memang tidak akan ada yang kekal..
    setiap sistem yang ada pasti akan tamat riwayat dan digantikan lagi dengan yg lain..

    inilah manusia yg x pernah puas.. insiden yg membawa kepada konflik agama.. huhuhu..

    hanya ada 1 yang kekal.. ALLAH 🙂

Tinggalkan Jawapan kepada Nor Jannah Harun Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s