SEKITAR KEPULANGAN KAK SHARIFAH NADRAH KE MEDAN


Seawal jam 10.00 pagi saya bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk turut serta menghantar Kak Sharifah Nadrah Nasution yang akan kembali ke Medan.

Kak Sharifah yang mesra dipanggil dengan panggilan Kak Ifah merupakan balu kepada Arwah Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis. Beliau juga aktif dalam jawatankuasa wanita USIA Tambunan.

Sebagai anak murid Arwah Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis, saya amat mengenali Kak Ifah. Beliau seorang yang tabah dan menganggap semua pelajar SUIS Tambunan adalah anak-anaknya. Kebetulan juga beliau ditakdirkan tidak mempunyai anak kandung.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan Kak Ifah yang meninggalkan negeri ini untuk selama-lamanya setelah berada di negeri ini lebih 30 tahun. Walau bagaimanapun, semoga suatu hari nanti kita mengharapkan Kak Ifah akan datang berkunjung jua ke negeri ini, khasnya Daerah Tambunan. InsyaAllah Taala.

Suasana hiba semasa saat-saat akhir Kak Ifah hendak meninggalkan kawan-kawanya di lapangan terbang.

Antara yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan pada beliau adalah Ustazah Hajah Zaloha Haji Ahmad, Ustaz Haji Ayen Atim, Ustaz Haji Hadiq Ismail, Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, Ustaz Haji Awaludin Nasution dan lain-lain lagi.

Semoga Kak Ifah dapat menjalani kehidupan dengan damai di kampung halaman.

——-

Sebelum itu pada 6 Januari 2009 (Rabu) telah diadakan Majlis Doa Selamat untuk memohon keselamatan sepanjang perjalanan Kak Ifah kembali ke kampung halaman.