SEKITAR KEPULANGAN KAK SHARIFAH NADRAH KE MEDAN


Seawal jam 10.00 pagi saya bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk turut serta menghantar Kak Sharifah Nadrah Nasution yang akan kembali ke Medan.

Kak Sharifah yang mesra dipanggil dengan panggilan Kak Ifah merupakan balu kepada Arwah Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis. Beliau juga aktif dalam jawatankuasa wanita USIA Tambunan.

Sebagai anak murid Arwah Tuan Guru Haji Ahmad Darbi Lubis, saya amat mengenali Kak Ifah. Beliau seorang yang tabah dan menganggap semua pelajar SUIS Tambunan adalah anak-anaknya. Kebetulan juga beliau ditakdirkan tidak mempunyai anak kandung.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan Kak Ifah yang meninggalkan negeri ini untuk selama-lamanya setelah berada di negeri ini lebih 30 tahun. Walau bagaimanapun, semoga suatu hari nanti kita mengharapkan Kak Ifah akan datang berkunjung jua ke negeri ini, khasnya Daerah Tambunan. InsyaAllah Taala.

Suasana hiba semasa saat-saat akhir Kak Ifah hendak meninggalkan kawan-kawanya di lapangan terbang.

Antara yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan pada beliau adalah Ustazah Hajah Zaloha Haji Ahmad, Ustaz Haji Ayen Atim, Ustaz Haji Hadiq Ismail, Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, Ustaz Haji Awaludin Nasution dan lain-lain lagi.

Semoga Kak Ifah dapat menjalani kehidupan dengan damai di kampung halaman.

——-

Sebelum itu pada 6 Januari 2009 (Rabu) telah diadakan Majlis Doa Selamat untuk memohon keselamatan sepanjang perjalanan Kak Ifah kembali ke kampung halaman.

12 comments on “SEKITAR KEPULANGAN KAK SHARIFAH NADRAH KE MEDAN

  1. Selamat jalan, selamat pulang, selamatlah kakak untuk segala2nya.. dunia dan akhirat. Banyak jasa telah ditaburkan untuk anak2 dibumi Sabah…Dialah antara ibu2ku yang terbaik…..Mudah2an akan bertemu kembali…..

    • Mudah2an kakak berada dalam sejahtera sentiasa. Meski pun sudah ketiadaan Tuan Guru, sekurang2nya ada juga tempat berziarah di Medan nanti, InsyaAllah

  2. terkilan , hanya itu perkataan yang mampu diungkapkan , saya terlepas segalanya , dari saat meningal Tuan guru , saat pengkebumiannya , tahlil , saat kepulangan kak syarifah ke Medan ..saya tidak ada , tuntutan kerja dan lokasi yang jauh menjadi halangan , hanya gambar2 sebegini sebagai tatapan pengubat hati ,

    semoga kak syarifah sabar dan bahagia disana disamping sanak saudara , semoga selamat dan sihat selalu , kenangan bersama kakak tidak akan kami lupakan , budi baik kakak akan tetap terpahat dihati kami selamanya ..

  3. Semoga kakak gembira bersama keluarga d Medan.
    Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Doa dan harapan agar kakak sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.Insyallah

  4. Jauh dimata dekat dihati..
    semoga ukhwah yang terbina terjalin selamanya..
    hanya doa utk org yg banyak berjasa utk kita semua.. semoga selamat utk segala2nya.. ๐Ÿ™‚
    sabar2 la semua.. stp pertemuan ada perpisahan.. akan menjadi suatu kenangan abadi.. ๐Ÿ™‚

  5. hanya iringan doa mampu diucapkan buat kak ifah..moga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kak ifah ditabahkan hati cekal meneruskan kehidupan di sisi keluarga dan sanak saudara di sana…Arwah ustaz telah pergi meninggalkan kita, kini kak ifah juga telah kembali ke tanahair tiada lagi pengubat rindu buat ustaz yg tersayang..moga Adik almarhum ust lokman terus diberi kesihatan membimbing dan berdakwah di sabah khusus di pendalaman keningau..

  6. Kak Sharifah,

    Perpisahan adalah kehidupan kepada insan yang bergelar manusia, samaada perpisahan didunia atau selamanya meninggalkan dunia ini.

    Perpisahan yang menginsafkan adalah perpisahan menghadap illahi dan setiap insan akan mengalaminya. Kita hanya redha atas kehendaknya…..

    Kak Ifah,

    Salam ingatan dari saya (Jeffrey) dan isteri, semoga kakak sekembalinya ke Medan akan sentiasa sejahtera selalu disamping keluarga tersayang.

    Sesungguhnya perpisahan bukan sesuatu yang indah untuk di kenang, tetapi begitu pahit untuk di telan. Bye bye Kakak.

  7. semoga kak Ifah akn tenang d tanah air sendiri…semoga kak Ifah tak lupakan anak2nya d bumi sabah ini…semua kenangan bersamamu sentiasa terpahat di hati sanubari kami….ya Allah pandukan la kami ank2 Arwah Tuan guru kami untuk meneruskan perjuangan yg telah dirintis olehnya bg menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini….semoga rohnya sentiasa d cucuri rahmat….amiiin..

  8. selamat kembali ke tanah air buat Kak ifah semoga d berikan ketenangan oleh NYA d samping kehidupan bersama sanak saudara d kg halaman. Sesungguhnya pemergian insan2 y kita sayangi dan sanjungi akan lebih mengingatkn diri kita y kita jua akn menjejaki mereka kelak… insyAllah… kita sebagai ank2 murid nya akn menyambung dakwah y mereka tingalkan…. InsyAllah…

  9. wak..tima kasih ats sglanya..nda dpt antar wak pg airport..semoga wak selamat sampai ke tanah air tercnta..didoakn semoga wak chat dan tabah mnepuh hari2 yang mndatang..plg saya ingat..terima kasih ajar saya buat bergedil dan sup tulang..bestt time kita sama2 buat di dapur ari tu..Allah yubarik fiik..

  10. terima kasih atas segalanya…sedihnya x dapat mengiringi keberangkatan kak ifah ke kg halaman…semoga kita akan bertemu suatu hari nanti..insyaALLAH..Semoga dipermudahkan segala urusan…jasamu tetapku kenang sampai bila2…yang mengajar ku erti kehidupan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s