KENAPA TENTERA ISRAEL TABAH?


 

Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dan ahli fikir dari seluruh dunia telah menjelaskan andainya bukan kerana akidah, negara yahudi tidak akan terdiri seperti yang ada sekarang. Sebagai pengetahuan, negara Israel tidak mempunyai suatu perlembagaan bertulis sampai sekarang ini, tetapi agama menjadi faktor yang mengawal undang-undang dan kehidupan sivil mereka.

Di Israel, Kementerian Agama dan Hakham (ulama) Yahudi mengawasi kesemua kementerian lain hingga undang-undang tidak dapat berjalan tanpa persetujuan kedua pihak. Lebih kurang 13 buah parti politik di Israel, walaupun berbeza idea politik/ekonomi, kanan dan kiri, tetapi semuanya berasaskan agama. Kefanatikan mereka kepada agama begitu kuat walaupun mereka seorang pemegang PhD maupun seorang artis.

Tahukah anda, di Israel memasang api pada hari Sabtu hukumnya haram, malah diharamkan juga menghisap rokok, memasang elektrik, memasak atau menaiki kereta (Qanun as-Sabtu 3). Di Israel juga dilarang memelihara babi atau menyembelihnya, juga mengimport daging dari luar negeri negara (Qanun al-Kusyir 5).

Walaupun mereka disediakan senjata berteknologi moden, namun agama memainkan peranan yang besar dalam kejayaan tentera Israel dalam beberapa peperangan. Antara bukti-buktinya ialah :

1. Setiap tentera Israel dipastikan seseorang yang berakidah. Setiap buah kereta kebal ada menyimpan kitab taurat. Tiap-tiap pasukan pula ada orang-orang agama yang sentiasa mengingati mereka tentang syurga dan neraka.

2. Orang Yahudi berpendapat, mereka yang ditanam di perkuburan Israel adalah suci. Sebab itu kebanyakan tentera Israel mengikat pinggang mereka dengan tali supaya mayat mereka dapat ditarik oleh rakan-rakannya untuk dibawa balik ke Israel (Ard al-Mi’ad).

3. Setelah tentera Israel masuk ke bumi Sina’, Mesir (tempat Nabi Musa bermunajat) pada tahun 1956, mereka keluar dari kereta-kereta tentera, lalu mencium tanah yang pernah diwarisi oleh nenek moyang mereka kemudian bersembahyang sebelum menyambung perang.

4. Pimpinan Israel menjaga betul-betul ajaran agama dalam menentukan waktu perang. Mereka tidak memulakan pada hari Sabtu kerana diharamkan dan merasa sial.

5. Orang-orang yahudi optimis memulakan perang pada hari Isnin sebagaimana nabi-nabi dahulukala berbuat demikian. Buktinya, mereka menyerang Mesir pada Isnin 29 Oktober 1956.

6. Mereka menamakan setiap peperangan dengan nama yang ada hubungkait dengan agama, contoh :
– 1948 dinamakan Perang Pembebasan kerana mereka membebaskan bumi mereka yang dinamakan bumi tempat tinggal.
– 1967 dinamakan Perang Enam Hari walaupun sebenarnya bukan enam hari kerana nama tersebut pernah digunakan oleh Nabi Yusyak ketika perang dimulakan hari Isnin dan tamat petang Sabtu.
– 1973 dinamakan Perang Kibur kerana jatuh pada hari raya pengampunan (aid al-Ghafran) di mana orang-orang yahudi berpuasa dua puluh lima jam dari makan sahaja. Menurut mereka puasa pada hari itu dapat mengampun dosa yang telah lalu melainkan dosa berbuat zina, menzalimi sesama yahudi dan kufur dengan tuhan. Sesiapa yang tidak berpuasa pada hari tersebut boleh dibunuh.

Sumber: Abu Nasihah Blog

 

9 comments on “KENAPA TENTERA ISRAEL TABAH?

  1. “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat
    http://en.wordpress.com/report-spam/
    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

  2. apapun , bagi saya segala itu hanya propaganda Israel pada Dunia , yang nyata tentera Israel adalah penakut sehinggakan kanak2 kecil pun dorang tembak , perempuan tua tidak bersenjata pun dorang tembak ..bahkan pokok tamar dan ladang anggur petani palastine pun dorang musnahkan ,
    tentera Israel takut mati sebenarnya , mereka hanya memikirkan bagaimana untuk terus hidup , bagaimanana untuk menang ..

    bagi Israel , kekal hidup bermakna kemenangan walau apapun taktik dan teknik yang mereka gunakan , usah terpedaya dengan segala propaganda Israel kerana mereka memang satu bangsa yang pintar dalam segala muslihat ..

  3. Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

    tolong le sekupang dua

  4. ‘membangun bersama islam ‘, dimana PAS yang ‘memerintah’ selangor ketika ini ? buktikanlah … !! apakah cuma pandai melaungkan tapi tiada pada realitinya , kenapa harus surau dan pusat ibadat islam mengemis simpati , atau ikhsan dari luar ..?

  5. itulah pasal , komen orang lain bukan main ..habis segala perkara difitnahkan , semua buruk , segalanya salah , diri sendiri ja yang baik , apabila kena batang hidung sendiri baru tahu langit tinggi rendah ,

    sekarang apa cerita ? tunaikanlah segala janji2 manis dahulu …

  6. To Israel (The Bride): “Israel Forces is not professional, please kill them all..!!”

    To America (The Bridegroom): “Is this one of the ‘Tsun Zhu’s Art Of War’ silibus ? Shame on you! The World Just Blaming On You !

    (true terrorist are not professional in any war either)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s