MUZAKARAH PAKAR “TERJEMAHAN ‘GOD’ SEBAGAI ALLAH: MENGENAL PASTI POKOK PERMASALAHAN DAN PENYELESAIANNYA


Lusa (21 Januari 2010) saya akan menghadiri Muzakarah Pakar bertajuk “Terjemahan ‘GOD’ sebagai ‘ALLAH’: Mengenal Pasti Pokok Permasalahan Dan Penyelesainnya, di 2, Langgak Tunku, Off Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Muzakarah ini dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan diadakan di Dewan Besar institute berkenaan.

Tujuan muzakarah pakar ini diadakan adalah untuk;-

  • Menerangkan latarbelakang permaslahan dari perspektif bahasa, social, undang-undang dan agama;
  • Menegaskan faham dan konteks penggunaan Allah dalam Al-Quran;
  • Mengenalpasti tafsiran ke atas sumber-sumber hokum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama dan budaya selain Islam;
  • Mengenal pasti pokok permasalahan dan menawarkan prinsip dan kaedah penyelesaian terbaik;
  • Menyediakan wacana untuk pembentukan wahdah al-fikr di kalangan tokoh agama dan pemimpin umat Islam; dan
  • Memberi kefahaman membenteras kekeliruan dalam masyarakat Muslim dan bukan Muslim

Antara pembincang yang akan mengambil bahagian dalam muzakarah ini adalah;

  • Sahibus Samahah Dato’ Syaikh Muhamad Badarudin Bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Kedah
  • YB Dato’ Dr Abdullah Md. Zin, Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri
  • YB Datuk Seri Haji Hadi Awang-Presiden PAS
  • Dr. Mohd. Manuty – Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • YBhg. Datuk Haji Amri A. Suratman, Pengarah JHEAINS Sabah
  • Dr. Asri Zainal Abidin, Mantan Mufti Negeri Perlis
  • Dr. Mohd. Sani Bin Badron, Pengarah, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan
  • Encik Mohd Asham Bin Ahmad, Felo-Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik

Moderator:     Datuk Haji Md. Hashim Yahya, Ahli Lembaga Pengaah IKIM

Saya akan sedaya upaya membuat liputan mengenai muzakarah ini dan mudah-mudahan akan member manfaat untuk semua.

6 comments on “MUZAKARAH PAKAR “TERJEMAHAN ‘GOD’ SEBAGAI ALLAH: MENGENAL PASTI POKOK PERMASALAHAN DAN PENYELESAIANNYA

  1. Salam,

    Tahniah kerana berpeluang mengikuti muzakarah bersejarah ini. Bersejarah kerana ini julung2 kalinya Institusi kerajaan yang berwibawa seperti IKIM menganjurkan muzakarah mengenai isu TERHANGAT dan PALING SENSSATIF di negara kita ketika ini. Ini juga bersejarah kerana muzakarah ini bakal menampilkan wajah-wajah terkenal dan berpengaruh baik dalam masyarakat, agama dan politik.

    Kami menanti liputan anta di sana. Thanks dari ERAKITA

  2. hairan ..dalam bab2 begini pun umat islam masih tidak sependapat , ada yang membantah dan ada yang menyokong , masing2 ada alasan dan dalil dari ilmu masing2 , sepatutnya kita bersatu …satu kata satu nada , satu suara satu , baru orang takut , segan dan hormat ..

    kecewa dengan pembawaan dan sikap pemimpin2 islam masa kini , nak kata sikit ..ramai , nak kata lemah tidak juga ..

    apa kesudahan muzakarah ini ?

  3. Nda pa bah Abu Nuha..

    Siapa tahu ada lagi isu yg lebih hangat dari isu yg sekarang. Time tu lah turn Abu Nuha pula…

    Harap2 jangaanlah ada lagi isu yg memeningkan kepala … susah kita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s