PADERI AUSTRALIA AKUI ALLAH HANYA UNTUK ORANG ISLAM


Seorang pemimpin Kristian dari Australia, Pastor Brutus Balan, menegaskan penggunaan kalimah Allah tanpa mengira dari mana asal bermulanya perkataan itu adalah jelas berkaitan aspek ketuhanan Islam.

Paderi Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sebarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah kerana ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan membezakan antara ajaran Injil dan al-Quran.

Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan berhijrah ke Australia pada 1972 dan menjadi paderi sejak 32 tahun di negara itu, berkata polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut ilmu semantik atau pengertian makna semata-mata.

“Kenapa tidak media Kristian, akhbar dan penterjemahan Injil menggunakan bahasa Hebrew bagi ‘Yahweh’ sebagai ‘Lord’ dan Elohim sebagai ‘God’ atau dalam bahasa Melayu atau Arab dan juga bahasa lain selain daripada kalimah Allah.

“Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam Melayu dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk aspek ketuhanan berbeza,” katanya yang dipetik dalam laman sosialnya, Facebook.

Dalam laman itu, Balan, 61 turut menjawab dan menjelaskan pelbagai persoalan ditimbulkan orang ramai terutama penganut Kristian dan Islam bagi mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah.

Balan dalam perbincangan topik ‘Kristian Tidak Patut Menggunakan Kalimah Allah’ turut mengemukakan hujah, fakta dan pendapatnya secara panjang lebar yang turut dimuatkan dalam beberapa laman web dan blog tempatan seperti Rausyanfikir.com dan Tun Faisal.dot.com.

Kontroversi itu tercetus berikutan bantahan umat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember lalu.

Balan dalam memperkukuhkan hujahnya turut bertanya, bolehkah penganut Kristian di kalangan bangsa India menggunakan perkataan ‘Brahma’ untuk God dalam kitab Injil apabila diterjemahkan dalam bahasa Tamil

“Jadi, biarlah penganut Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada sifat suci dan ketuhanan mereka dan orang Kristian tidak wajar melakukan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam atau terus mendesak.

“Penganut Kristian wajar mengenal pasti dan membezakan doktrin dan kepercayaan mereka serta tidak menggunakan istilah yang diambil daripada perkataan Arab untuk diterjemah dalam kitab Injil.

“Kita semua manusia yang mempunyai matlamat sama. Kita tidak menentukan keturunan kita, tetapi kita boleh memilih kepercayaan kita. Kita boleh membincangkannya secara bebas tanpa rasa bimbang atau terancam,” katanya.

“Sehubungan itu, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk hidup dalam keadaan aman damai bersama jiran kita. Semua pihak perlu hidup dalam keadaan aman dan kasih sayang kerana keganasan dan tekanan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online

8 comments on “PADERI AUSTRALIA AKUI ALLAH HANYA UNTUK ORANG ISLAM

  1. begitulah adanya …sesama kristian pun berbelah bahagi , berlainan pendapat , ada alasan tersendiri dan kuat , kalau bijak pandai kristian boleh cakap begitu kenapa ada orang Islam yang bodoh alang2 jadi penyokong pula ? paderi yang bercakap seperti diatas itu tiada kepentingan lain , tiada kepentingan politik dan ekonomi , itu pendapat dia paling jujur ..

    ini provokasi kristian yang ada muslihat2 disebaliknya , kita kena hadapi mereka dengan ilmu …

  2. Semoga perkataan ALLAH tidak digunakan dalam agama Kristian. mereka hendak mengelirukan umat Islam di Malaysia seperti mana yang berlaku di Indonesia.

    Apa sudah jadi?
    Kerana sesuatu yang diawali dengan penggunaan istilah yang sama, yang kononnya supaya lebih akrab seperti bersaudara, maka banyak orang Islam di sana menjadi murtad atau akidahnya jadi tunggang langgang! Terutama sekali pada orang2 yang kurang pendidikan agamanya. Akidah mereka mudah disimpangkan dan membuatkan mereka jadi syirik seterusnya murtad tanpa sedar!

    Allah orang Islam dengan Allah orang Kristian bukanlah Allah yang sama! Sebab Allah kita tidak beranak dan tidak diberanak. Tidak beribu, tidak berbapa dan tidak berketurunan. Allah kita tidak tertakluk kepada sifat2 makhluk. Sedangkan Allah orang Kristian itu mempunyai anak, iaitu Jesus!

    Hidup Islam!!

  3. hanya mereka yang pernah melalui dan merasai hidup sebagai kristian yang tahu dan faham keadaan ini , orang Islam ‘asli’ tidak …kerana mereka cuma dapat tahu hasil daripada pembacaan semata ,

    sayangnya , mereka inilah yang sangat lantang bersuara samada menyokong atau membantah penggunaan kalimah Allah ini ..

    paling ganjil , ada orang Islam sendiri yang dengan ilmunya juga sangat menyokong isu ini , dilema muslim kini ???

  4. Assalaamualaikum wtb untuk semua saudaraku…

    Alhamdulillah. Semakin ramai yang faham tentang ‘ALLAH’ apabila isu hangat ini timbul. Semakin ramai yang sensitif secara ‘positif’ akan wujudnya ALLAH milik Muslim. Maka semakin ramai juga yang memahami bahawa
    ALlah’ yang diwar-warkan oleh sebahagian penganut ‘tegar’ katolik Herald adalah hanya propaganda dan dakyah semata-mata.

    Semoga isu ini juga menjadi rahmat kepada semua ummat Muslimin yang tidak redha dengan ‘taktik’ – meragam & meragi – para animisme kristian itu. Mereka sebenarnya tidak menyembah siapa-siapa. Sebabnya, kerana anutan dan fahaman beragama mereka hanyalah dongengan dan rekaan dpd orang2 yahudi semata-mata, khususnya paulus! Sayangnya mereka tidak memahami dan membuka mata hati…

    Perlu difahami dan diyakini dengan tuntas bahawa semua anbiya [nabi] dan mursalin [para rasul] – agama mereka adalah ISLAM – dari sejarah Adam AS yang awal sehinggalah Rasul yg terakhir Nabi Muhammad saw. Hujjah kita untuk ini tidak boleh berbelah bagi dan kendur… Membacalah.

    *Untuk pengunjung blog Abu Miftah – maaf kerana belum berkelapangan untuk memberi. InsyaAllah, ada masa kita akan berkongsi lagi…

  5. Apa masalahnya ?? sya ingin berbeza pendapat dengan saudara para komentar semua ttg isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald the katolik weekly’. bagi saya isu ini timbul kerana pengharaman yg dibuat oleh KDN dalam penerbitan mingguan herald katolik versi bahasa melayu. setuju!! saya berpendapat tidak salah agama lain menggunakan kalimah ALlah. kita lihat di sabah & sarawak agama kristian telah menggunakan kalimah ALlah sejak 150 tahun lalu, penganut agama sikh juga menggunak kalimah Allah. Masyrakat kristian di negara arab telah lama mengguna kalimah Allah dan tidak pula menimbulkan masalah sejak zaman berzaman. Al-quran sendiri menyebut Allah juga mengiktiraf orang2 musysrik yang menyembah berhala itu mengakui Allah adalah rabb atau tuhan yang mencipta (Arrububiyyah) mereka juga menerima Tuhan yg menjadikan alam semesta.
    Allah berfirman dlm surah luqman ayat 25 : Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?”, Tentu mereka akan jawab “Allah”. Katakanlah “Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”. ayat tersebut menjelaskan mereka mengiktiraf Allah tetapi hanya pada sifat rububiyyahnya sahaja.

    Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili. Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama “Allah” adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.Kedua-dua berpandangan bahawa ia adalah baik untuk menjalinkan kesatuan dan perpaduan di peringkat “persaudaraan agama samawiyat”, paling tidaknya. Mereka tidak mengambil sikap sempit macam sesetengah orang Islam di negara ini, bahawa Allah hanya untuk orang Islam secara eksklusif dan penganut lain tak boleh guna nama Allah atau macam suruh cari Tuhan lain pulak. Berapa banyak Tuhan yang ada? Bukankah Islam menganjurkan semua ummat manusia mengiktiraf Tuhan itu Esa atau Satu. tk perlu diharam penggunaanya oleh agama lain yg lebih penting ialah penguatkuasaan peraturan supaya tidak menyalahguna kalimah Allah itu. kalau soal haram sampai bila pun isu ini tidak akan selesai malah ada yg cuba mengekspolitasikan isu ini, konon2 dialah hero orang melayu..bukan soal ada Penganut islam dalam dilema..islam asal hanya tahu melalui pembacaan sahaja <— saya sgt tak setuju kalau ini hujah Allah hanya utk orang islam sahaja..buat apa drpda skdr memperjuang eksklusif nama Allah sahaja..kan lebih baik kita memperjuangkan apa yg Allah suruh..berjuang menegakkan amar makruf nahi mungkar, membenteras rasuah, salah guna kuasa, membasmi kemiskinan, pembaziran, menghapuskan kezaliman.

    apa pula pandangan peribadi Penulis Blog sebagai org yg tahu dan belajar dalam bidang milal wan nihal..

  6. saudaara maarof ..membaca tulisan saudara dapat saya mengukur sedalam mana ilmu saudara dalam hal ini , pandangan saudara lebih pro kepada pendapat ‘seseorang’ dinegara ini , pandangan saudara lebih berbau politik , ingin saya bertanya sebanding mana ilmu saudara dengan Prof Datuk Dr Harun Din ? kalau Datuk Harun Din sendiri mengatakan boleh bawa KUFUR sesiapa yang menyokong dan setuju dengan isu ini , apa pula alasan saudara ?

  7. kalau seorang kristian mengatakan pada anak kita besok ‘ Islam dan kristian sama saja …tengok di gereja pun ada allah , dimasjid pun ada allah , tiada beza pun ‘ apa harus kita jawab ?
    lagi satu , Allah pada Islam tiada beranak tidak diperanakan , laisa kamislihi syai’un ..tapi dalam kristian allah itu ada ‘ allah bapa , allah anak …; lojiknya kalau ada bapa ,ada anak mesti ada mak ! ………??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s