TAMBUNAN: MASIH BANYAK KAMPUNG YANG DHAIF


Seawal jam 7.00 pagi saya bertolak dari Keningau menuju ke Kampung Monsok, Tambunan.

Pagi ini ada lawatan oleh YB. Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Timbalan Yang Di Pertua USIA Pusat bersama YB. Datuk Nasrun Datu Mansur, Naib Yang Di-Pertua USIA Pusat serta rombongan.

Sekitar jam 8.30 pagi, tiba di Kampung Monsok. Alhamdulillah, persiapan tempat dan suasana telah lama usai oleh para jawatankuasa yang terbentuk sejak beberapa hari lalu.

Saya dapati sahabat saya Cikgu Raju Uddin Mohd. Ajay dan orang bawahannya masih ke justify;”>hulu ke hilir menyelesaikan beberapa perkara yang belum begitu terurus.

Secara ringkasnya saya dapati kerjasama masyarakat muslim di sini begitu baik dan memuaskan. Siapa tidak kenal dengan kepimpinan cikgu tersebut, yang juga setiausaha USIA Bahagian Tambunan.

Orang ramai dan tetamu jemputan sudah ramai yang datang. Jemputan awam sekitar Kampung Menserulung, Kg. Rugading, Kampung Nambayan dan Kampung Monsok sendiri.

Jam 9.00 pagi YB DSP Haji Lajim Haji Ukin dan rombongan tiba. Disambut dengan paluan kompang pelajar SMU Tambunan. (Terima kasih kepada pengetuanya sahabat saya Ustaz Zainudin Mahmud).

Dalam ucapan aluan tuan rumah selaku Ketua Cawangan USIA Kg. Monsok, Cikgu Raju Uddin menjelaskan betapa mereka begitu teruja dengan lawatan dua orang pimpinan USIA tersebut. Beliau menyebut ianya sebagai sejarah dimana dua orang menteri kabinet datang ke Kampung Monsok, Tambunan.

Saya pada aluan juga, mengharapkan lawatan ini bukan yang pertama dan terakhir. Malah berharap pimpinan lain dapat berkunjung ke segenap pelusuk kampung yang terpencil. Kebanyakkan kampung dhaif dan terpencil di daerah  ini majoritinya didiami Umat Islam!

YB. DSP Haji Lajim pada ucapannya memberi harapan, bahawa lawatan seumpama ini di lakukan untuk meninjau secara dekat permasalahan Umat Islam terutama ahli-ahli USIA di seluruh sabah. Beliau sesekali memberikan suntikan semangat pada USIA Bahagian ini supaya terus berjuang dan menyuarakan hak-hak yang belum tertunai.

Sebelum itu, YB Datuk Nasrun pula menyingkap sejarah perjuangan USIA suatu ketika dulu. Bagaimana USIA di bawah pimpinan Tun Mustapha Datu Harun berjaya menjadikan Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah.

Sekitar jam 12.oo tengahari, majlis berakhir dengan penyampaian sumbangan daripada USIA pusat dan YB DSP kepada seramai 20 keluarga dhaif dan saudara baru. Terimakasih YB DSP Lajim.

YB DSP Haji Lajim dan YB Datuk Nasrun menjamu selera dengan penuh sederhana
Turut kelihatan Dr. Yusuf Jasmin dan Tuan Guru Haji Hadiq Ismail

4 comments on “TAMBUNAN: MASIH BANYAK KAMPUNG YANG DHAIF

  1. Tambunan memang banyak ketinggalan dalam serba serbi , ramai orang ingat Tambunan maju maklumlah kampung halaman ketua menteri dulu ..
    cakap banyak tidak guna , kita mahu ‘tindakan’ , kita sudah muak dan ‘nabangat sudah’ dengan janji2 …

  2. Salam. Menyesal tidak dapat ikut serta. Tiba2 pula komitmen diperlukan di sekolah. Apapun semoga apa yg kita sudah rangka itu akan terrealisasi juga nnt. Kita memerlukan ‘kaki dan tangan’ semua saudara-saudara di tambunan ini utk melaksanakannya. InsyaAllah lambat laun kita akan mencapainya. Proses tetap proses… kita mencuba.

  3. mudah2an akan ada pembaharuan di Tambunan dalam semua aspek terutama dalam bidang dakwah khasnya , semoga akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak ‘atas’ ..secara lojik kenapa daerah lain boleh diberi perhatian kenapa Tbn tidak ?

    semoga kepimpinan baru ini lebih mampu berfungsi berbanding kepimpinan yang lepas ..

  4. Tidak tahu di mana silapnya. Di segenap pelusuk kampung2 di Daerah ini sepatutnya telah mendapat pembelaan sewajarnya dalam pelbagai bidang..tapi nampaknya….seperti yang tuan saksikan sekarang..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s