KEKUATAN SUIS TAMBUNAN ERA 1970’AN-2001’AN


Pelajar Lelaki 1980`an

1980`an

Syukur alhamdulillah saya sempat menikmati pembelajaran stail pondok di SUIS Tambunan (kini sebut SAN Tambunan).

Stail tersebut telah bermula sejak penubuhan SUIS Tambunan pada 1972.

Pelajar diajar bercucuk tanam dan memasak sendiri di pondok yang serba dhaif, menurut abang saya yang juga merupakan generasi pertama SUIS Tambunan.

Sebelah pagi belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tambunan manakala sebelah petang belajar agama di surau (kini menempatkan Pejabat USIA Bahagian Tambunan), manakala sebelah malam bertalaqqi pula di surau yang sama. (Masjid daerah Tambunan siap pada 1981).

Sistem sama berterusan sehinggalah terbinanya asrama dan sekolah yang baru tahun 1976. Semua kekal kecuali sistem bercucuk tanam dan masak sendiri. Ketika itu asrama telah pun mempunyai keperluan secukupnya.

Namun yang kekal adalah sistem pembelajaran dan tarbiah yang unik.

Sebelah petang belajar di Sekolah Rendah manakala sebelah petang belajar agama manakala malam bermula maghrib hingga waktu isyak bertalaqqi dengan guru.

Amat dirindui suasana itu. Riuh rendah para pelajar membunyikan sebutan ayat-ayat lazim di hadapan tuan guru masing-masing. Sesekali terdengar tempikan guru yang mendapati kesalahan bacaan di kalangan murid-muridnya.

Saya pernah mengecapi pelajaran di SUIS ini sekitar 1986-1989, cukup memberi pengalaman dan kenangan yang tidak mungkin dapat di luahkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang pernah mengecapi betapa hebatnya sistem yang diamalkan.

Kini saya merindui guru-guru saya dan kawan-kawan lain juga. Merindui pemergian Allayarham Tuan Guru Haji Ahmad darbi Lubis.

Manakala yang masih ada tapi berada di kejauhan seperti Ustaz Rustamin (kini di Kampung Timbua Ranau), Ustaz Abdul Hamid (telah bersara dan kini menetap di Kuala Penyu).

Satu-satunya yang masih di hadapan saya adalah Ustaz Haji Hadiq Ismail. Semoga Allah SWT berikan kekuatan untuk terus memberi nasihat dan teguran kepada mantan-mantan anak didiknya.

Teringin sekali melawat Ustaz Abdul Hamid dan Ustaz Rustamin dalam masa terdekat ini.

Sistem talaqqi ternyata amat berkesan

Ustaz Haji Abdul Hamid ketika menurunkan ilmunya

18 comments on “KEKUATAN SUIS TAMBUNAN ERA 1970’AN-2001’AN

  1. Kerana sistem itulah ramai yang berjaya dalam kerjaya masing2….berjaya dalam hidup sebagai muslim yan beriman…..punyai pedoman hidup. punyai matlamat hidup dunia dan akhirat.
    Teringat saudara Hadili Muhadi…guru mengaji pertama saya di SUI. Garang tetapi penyayang….Kita akan merindui mereka yang terlibat….yang masih ada dan yang dah pergi selamanya….didoakan semoga dalam rahmatNya

  2. Belajar dan tinggal di asrama SUI Tbn adalah kenangan yg terindah.Beruntunglah mereka yg sempat merasai pahit manisnya.Kepada sahabat alumni SUIS marilah kita berpegang teguh kpd ilmu yg dipelajari dan jangan lupa doakan guru2 kita samada yg masih hidup atau yg telah pergi meninggalkan kita.
    Bagus juga klu kita pakat2 mengunjungi Ust.Rustamin,sya pasti ust juga merindui anak2 muridnya.

  3. satu pun saya tidak kenal muka2 pelajar dlam gambar ini , maklumlah muka2 kampungan …sudah berubah kini jadi tampan menawan , bermisai berjanggut dan berlemak , ha ha

    kalau ada lagi gambar2 lama , kasi download lah , kasi tinguk kawan2 , kasi ingat balik segala memori semasa di SUI , lucu dan syahdu melihat gambar2 ini ..

  4. cuba tuan2 aturkan , buat rombongan alumni SUI …melawat ust Rustamin , lagi ramai lagi bagus , disamping itu boleh buat amal jariah . sedekah apa patut di sekolah sana ,
    selagi Ustaz masih ada , masih sihat …jangan sampai besok2 baru kita ‘termenyesal’ ..

  5. alhamdulillah..sy bersyukur menjadi salah seorang pelajar SUI..semoga apa yg dipelajari menjadi bekalan dan menjadi amalan buat kita insan yg lemah..Allah yubarikfiikum..

  6. alhamdulilah..sy brbangga mjadi salah seorang pelajar suis tbn..sgala jsa dan budi yg tlh dibrikn olh guru2 x dpt sy lupakn..mga pa yg sya tlh pelajari menjdi 1 bekaln dalm hdp sya..wat guru sya ustzh zubaidah..sy sntiasa mndoakan beliau dlm kdan yg baik dan sht selalu..

  7. syukur alhamdulilah..suis tbn tlh byk mngajr sya tntg erti kehidupan..pht mans yg sya tlh lalui d suis x pnh sya lupakan..wat semua tnaga pelajar suis sya mndoakn agr kalian sntiasa sht2 selalu..terima kasih ats sgalanya.. tanpa sui, saya pasti buta dalam agama… tq sui tambunan….

  8. Askom…….sahabat2… seperjuangan …ana….ana minta tolong sampaikan salam ana pada ustaz Hj Hadiq dah 26 tahun ana tak jumpa dengan beliau…….dari Tuntuyu…nama penggilan semasa saya menuntut di sui Tbn….

    • salam saudara bidin, insyaAllah saya akan sampaikan. Kalau tuan lawat facebook boleh berinteraksi dengan anaknya sofia.

    • Sedara Bidin. Alhamdulillah tika ini SUIS telah banyak perubahan terutama asrama yang serba bagus.
      Namun perubahan sistem juga telah berlaku.

      kalau dulu kita di ajar disiplin keras dan tegas , kini keadaan sesuai dengan saiz pelajar.

  9. Salam semua, saya ingin mgambil anak angkat yg sdg blajar d rmh anak yatim tambunan, brumur 13-15 thn, perempuan. Jika ada, sila emel sya.

    • W.sala. Hjh Dayang, sekiranya mempunyai hajat berkenaan, sila berhubung terus dengan Pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  10. SALAM SEPERJUANGAN SEMUA.saya amat terharau melihat gambar tu,tpi satu pun sya x knal,yalah………zaman bdak2 lagi.klau ada lgi yang tersimpan, sila paparkan lagi,,,,,,,,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s