TIDAK MUDAH DILUPAKAN


Selasa lepas (15 Februari 2010) saya singgah ke Pekan Tambunan sebelum ke Kota Kinabalu.

Terasa tiada apa-apa yang besar dilakukan, saya singgah sebentar di Masjid Daerah Tambunan. Maklumlah dah 2 minggu tidak berkunjung ke masjid ini.

Saya mengambil peluang memasuki perkarangan rumah kediaman arwah Tuan Guru Haji Ahmad darbi Lubis.

Sedih dan sayu melihat keadaan rumah yang pernah menjadi kunjungan ramai suatu ketika dulu.  Sekitar tahun 1986-1989, saya sendiri selalu ke rumah ini sama ada atas urusan gotong royong mahupun urusan pelajar pelajaran.

Di rumah inilah, setamatnya peperiksaan darjah 6 SUIS untuk sijil Ibtidaie, saya dan sahabat lain berkerja keras berguru dengan Allahyarham untuk menamatkan pelajaran Isim 14 dan pelajaran berkaitan kaedah-kaedah bahasa arab pada saat-saat akhir untuk melanjutkan pelajaran ke Kelantan.

Maka tidak hairanlah, bilamana sampai ke Kelantan, saya dan tujuh orang kawan terus dinaikkan ke Tingkatan 4. Bayangkan hanya dengan belajar di SUIS Tambunan, sudah berkebolehan meletakkan baris pada kalimah arab yang tidak berbaris:).

Sesuatu yang paling saya tidak lupakan!

Mana sudah hilang sahabat saya Ahmad Sahidi Dulasin (kini cikgu), Sailin Nasin (kini juruteknik), Ramli Ruslan (kini Ustaz) dan lain-lain.

Alhamdulillah, yang saya pasti semua yang pernah berguru di rumah Allahyarham selepas Solat Isyak semua sudah berjaya!.

Kini rumah berkenaan lengang.

Namun berita terkini yang diperolehi, sementara rumah tersebut belum didiami maka ia akan digunakan sebagai pusat aktiviti USIA Bahagian Tambunan. Terutamanya berkaitan pengajian dan pembelajaran.

Saya telah perolehi banyak bahan untuk membukukan perjalanan hidup Allahyarham untuk tatapan generasi mendatang. Doakan semuanya sukses.

13 comments on “TIDAK MUDAH DILUPAKAN

  1. melihat gambar rumah Tok Guru kita membuatkan saya rasa sedih dan teringat kembali saat-saat Tuan Guru memberitahu yg beliau sedang sakit (sakit jantung) beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia.
    Sesungguhnya kediaman itu memberikan kesan yg amat mendalam kpd pelajar2 SUIS apatah lagi mereka yg rapat dgn arwah Tok Guru kita.

    • Saudara MY: Sudah ditakdirkan kita mengunjungi allahyarham saat beliau hendak pergi.
      Nasihat dan amanat beliau amat berguna.

  2. Apapun keadannya kita harus bersyukur atas apa jua keadaan….menerima takdir yang telah ditentukan menjadikan kita insan yang hanya merancana.. namun Dia jualah yang menentukannya. Jadikannya satu renungan untuk kita merancana mana tujuan hidup kita selepas ini…..mudah2an jalan itulah yang dirahmatiNya

  3. hati ‘terusik’ melihat gambar2 bekas rumah Tuan guru , pelbagai perasaan timbul …sayu , pilu , syahdu , rindu ..
    rindu pada Tuan guru , rindu pada segala kenangan yg pernah dilalui , ..

    insyaallah , segala buku , doa dan quran pemberian tuan guru dan dijaga jadi kenangan dan ilmu paling mahal dalam hidup ..

  4. Assalamualaikum warahmatullah.

    Beliau ialah rakan yang sangat saya hormati. Hati saja berasa tenang/sejuk setiap kali saya bertemu dan mendengar ungkapan ringkas daripadanya apabila saya singgah di masjid ini. Insya-Allah, saya akan menjadi pembaca buku itu.

    Jikalau ada sesiapa yang masih ingat akan Ustaz Arbain Siregar (ejaan ini mungkin tidak tepat) yang pernah bertugas di pondok (?) Kg Baginda, cubalah hasilkan catatan tentang beliau. Wassalam

  5. Orang yang berjasa dan berbudi tidak akan lekang di hati para pencintanya… semoga segala ilmu yg diperolehi langsung mahupun tdk dr al-marhum Tuan Guru diberi keberkatan olehNYA…

  6. Salam Ukhwah…
    Bila tgok Umah tu,
    aduiii sedi pla ingat..
    paling best dulu,
    setiap petang kasi makan ayam2,
    hujung minggu kasi bersih umah..
    paling best jatuh dari pokok mangga..hehe
    banyak la kenangan di sini..
    tapi tgok skrang sepi,
    mungkin inila kehidupan..
    semoga arwah dicucuri ramhat yang melimpah ruah..amin…

  7. Amat payah untuk mengungkapkan dengan kata-kata..namun itulah ketentuan Ilahi. Apa yang penting ialah kita…KITA yang lahir daripada perjuangan beliau perlu meneruskan perjuangan ini dalam apa bidang sekalipun..moga hati kita disatukan dalam misi memartabatkan ummah berlandaskan kalimah Ilahi.

  8. salam ukhuwah salam perpaduan salam satu malaysia…
    assalamualaikum..bila terlihat gambar-gambar di atas sayu rasanya terasa dihati..teringat ketika saya bersekolah di sana dahulu…di rumah itulah yang banyak mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan..mengajar saya untuk berdikari…tapi kini semuanya tinggal kenangan…kenangan yang amat berharga yang tidak akan saya lupakan seumur hidup….
    Tuan Guru,
    walau Tuan Guru telah tiada di dunia ini, segala jasa dan pengorbanan mu mendidik ku menjadi orang yang berguna, tanpa rasa jemu, tanpa keluhan di bibirmu Tuan Guru mendidik kami dengan penuh kesabaran dan keikhlasan berharap semoga suatu hari nanti, anak-anak muridmu akan meneruskan perjuangan yang telah Tuan Guru tinggalkan….

  9. salam.. bila saya bc komen2 diatas.. hati sy pun terikut pla terasa.. 🙂 mmg org yg banyak berjasa pd kita x mudah dilupakan.. hanya doa mampu membalas segala jasa n bakti beliau..

  10. hanya doa mampu membalas jasa2 arwah guru,bila sy tgk rumah arwah rindu pula zaman sy d sui dulu,sy ingt lgi sy n kwn 5 org selalu pi rumah arwah,bikin kuih kdg2 ksi bersih sekeliling rumah.zaman2 c katijah yasin org kumawanan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s