SAKAG


Logo SAKAG

Sekembali daripada bermesyuarat di Kuala Lumpur, saya bergegas ke Daerah Keningau sekitar jam 6.oo petang dan tiba 3 jam kemudian.

Hari ini, diadakan sambutan hari keluarga kali ke-6 oleh Persatuan Keluarga Dusun Karanaan Liwan Sabah atau dalam bahasa etniknya Koisaan Sinakagon Dusun Karanaan Liwan Sabah atau ringkasnya SAKAG.

Secara ringkasnya, SAKAG adalah satu persatuan keluarga yang menghimpunkan semua anak-anak cucu yang datang dari 15 moyang.

Dalam 15 moyang ini, keluarga saya merupakan salah satunya.

Walaupun persatuan ini telah wujud sejak 16 tahun lalu, namun saya belum berjaya merungkai dan mengkajinya secara menyeluruh.

Difahamkan buku telah dicetak pada tahun 2000 dengan memuatkan salsilah keturunan keluarga ini. Sedikit masa saya akan dapatkan buku ini.

Pada ucapan presiden SAKAG, dinyatakan jumlah ahli keluarga ini pada tahun 2000 adalah lebih daripada 5000 orang. Bermakna, tahun 2010 ahlinya sudah pasti bertambah.

Antara orang-orang kenamaan yang termasuk dalam keluarga SAKAG ini adalah, YB. Datuk Frankie Chong, YB Datuk Justin Guka, YB Datuk Pairin Kitingan dan ramai lagi.

Apa yang saya harapkan, biarlah mereka yang mempunyai jawatan ini sesekali cuba membantu ahli-ahli yang masih dirundung kemiskinan dan kejahilan.

Meskipun ramai di kalangan ahli keluarga ini yang berjawatan profesional namun tidak dinafikan masih ramai yang ketinggalan jauh di belakang sana samaada soal ekonomi mahupun pendidikan.

20 Mac 2010 ini  mesyuarat Agung SAKAG, saya menyeru ahli agar memilih yang terbaik untuk dijadikan sandaran mengubah nasib ahli SAKAG ini!. Datanglah ramai untuk memilih pemimpin.

Bantu Membantu

By pustakaalghazali Posted in Sakag

9 comments on “SAKAG

  1. Asalamualaikum wb. Puji dan syukur kpd Allah,semoga limpahan kurnia Nya, Keluarga Sakag akan terus hidup.Terima kasih PUSTAKAALGHAZALI, laman blog ini sgt bermanfaat buat ahli keluarga Sakag diamana sja berada.

  2. saya pernah ikut suami dalam sambutan keluarga SAKAG di kg Baginda dan kg Jaya Baru, Keningau pada tahun 2003 dan 2005.

  3. Sebagai Preseden SAKAG, mengucapkan tahniah kpd Ust.Jumain (abu al-ghazali) atas kejayaan beliau mewujudkan laman web sakag. Oleh yg demikian semua ahli sakag hendaklah memberi sumbangan penulisan berbentuk lapuran, essei, seni, fiksi atau sudut cerita lisan Dusun dll sehingga melalui laman ini semua keluarga dapat berhubungan antara satu sama lain bahkan dapat menjejak kasih keluarga yg bertaburan seluruh Sabah. Saya juga menyeru supaya semua keluarga Sakag menjadi ahli Sakag dgn mendaftar menjadi ahli melalui ketua2 daerah Sakag di daerah masing2.

    Demikian pula agar Ketua2 SAKAG daerah berusaha mencari ahli2 baru sakag didaerah masing2 dan membuat aktiviti2 yg berfaedah kpd ahli2nya.

    sekian terima kasih.

  4. Persatuan SAKAG Sabah merancang untuk mengadakan perhimpunan keluarga pada tahun ini (2011) di daerah Papar, Sabah.
    Semua ahli persatuan dan ahli keluarga dialu-alukan sumbangan supaya rancangan tersebut dapat direalisasdikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s