TAMBAH NILAI CELCOM RM10.50


Sebentar tadi sesudah balik kerja, bersama dengan sahabat saya  Aslee Keek Wahab berkunjung ke Bangunan Centre Point, Kota Kinabalu.

Selepas  memenuhi apa yang dihajati, singgah sebentar di kedai menjual reload untuk kegunaan sendiri.

Saya memesan kad prabayar berharga RM10.00. Dan kebiasaannya, penjual dan pembeli tanpa banyak soal sepakat harganya memang RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja).

Namun, selepas menghulurkan RM 10.00, penjual sekali lagi meminta tambahan RM0.50 (Sen: Lima Puluh). Bererti harga reload tersebut adalah sebanyak RM10.50!

Saya tanya taukeh kenapa mesti bayar lebih. Dia menjawab dengan jawapan yang saya pun tidak berapa faham malah tidak ambil tahu pun. Saya juga sempat mengajukan pertanyaan adakah mereka mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Hanya senyuman sinis tanpa jawapan yang dihulurkan!

Setahu saya, perbuatan menaikkan harga reload ini telah pun mendapat liputan dan bantahan awam suatu ketika dulu. Sebagai bukti dan fakta lihat Utusan Malaysia bertarikh 11/02/2008!

Hakikatnya, apalah juga banyaknya dengan tambahan RM0.50 tersebut!. Cuma sikap sesetengah penjual yang mengambil kesempatan itulah dikesali. Bukankah keuntungan jualan sudah pun diperolehi pada harga yang ditetapkan.

Mungkin perlu bagi pihak berkaitan menjalankan intipan dan penyamaran untuk membendung kegiatan tidak sihat di kalangan penjual ini.  Manakala penjual yang didapati menaikkan harga reload tersebut dengan sesuka hati boleh didakwa di bawah Seksyen 12, Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 boleh didenda maksimum RM50,000!

Petikan berita:

Harian Metro : Kad tambah nilai masih dijual mahal

Thursday, 10 September 2009 12:12

KUALA LUMPUR: Degil ungkapan tepat menggambarkan sikap segelintir peniaga di Perhentian Puduraya di sini, yang masih menjual kad tambah nilai pada harga lebih mahal daripada ditetapkan di pasaran.

Walaupun berulang kali dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kebanyakan peniaga ini biasanya akan menjual kad tambah nilai talian telefon prabayar bernilai RM10 pada harga melebihi ditetapkan iaitu pada kadar RM10.50 atau RM11 berbanding harga siling ditetapkan.

Tinjauan Harian Metro tengah hari semalam, mendapati kebanyakan peniaga wanita yang kebanyakan warga asing menjual kad tambah nilai itu pada harga melampau.

Sepanjang dua jam menjalankan penyamaran, lima dari enam peniaga yang didekati didapati menjual kad prabayar itu melebihi nilai ditetapkan.

Wartawan Harian Metro yang mempersoalkan tindakan peniaga terbabit bagaimanapun, dicemuh dengan kata-kata antaranya: “Kalau nak murah…awak pergi cari kedai lain..di sini (Puduraya) semua jual harga sama.”

Seorang lagi peniaga yang dihampiri memberitahu terpaksa menjual kad tambah nilai pada harga RM10.50 kerana mereka hanya mendapat keuntungan 10 sen sahaja bagi setiap keping kad tambah nilai yang dijual pada harga RM10 sahaja.

“Tauke kata untung 10 sen itu sikit sangat. Kalau jual 50 keping sehari pun…tak balik modal. Kalau abang nak beli saya cuma boleh bagi RM10.50 sahaja,” kata seorang gadis Indonesia.

Gadis terbabit yang sudah dua tahun bekerja sebagai pembantu gerai di Puduraya mendakwa diarahkan majikannya menjual kad prabayar pada harga lebih 50 sen atau RM1 mengikut suasana semasa.

“Jika tuan punya kedai menjual makanan ringan lain menaikkan harga, kami juga terpaksa ikut sama menaikkan harga kad tambah nilai,” katanya.

Sepanjang dua jam melakukan penyamaran, wartawan Harian Metro menghabiskan RM43 bagi membeli empat keping kad tambah nilai pelbagai syarikat telekomunikasi melalui empat jurujual berasingan.

Sementara itu Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan, Othman Nawang berkata, pihaknya kerap menerima aduan daripada pengguna berhubung penipuan harga kad tambah nilai berkenaan dan tindakan sudah diambil.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh, seramai 10 pegawai KPDNHEP yang dipecahkan kepada tiga pasukan membuat serbuan serentak di perhentian Puduraya, kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, seramai tiga peniaga di kawasan terbabit ditahan dan disoal siasat selepas didapati menjual kad tambah nilai melebihi harga pasaran ditetapkan.

“Siasatan sebelum ini mendapati kebanyakan peniaga berkenaan masih berdegil dan menjual kad tambah nilai pada harga melampau walaupun pernah diberi amaran berulang kali.

“Berikutan itu, pegawai KPDNHEP yang menjalankan pemeriksaan merampas 439 keping kad tambah nilai pelbagai nilai yang semuanya berjumlah RM4,420,” katanya.

Difahamkan individu atau syarikat yang menjual kad tambah nilai atau prabayar pada harga melebihi ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh dikenakan hukuman dengan tidak lebih RM100,000.

“Pihak KPDNHEP akan meneruskan operasi dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pejabat KPDNHEP Wilayah Persekutuan untuk siasatan lanjut,” katanya.

4 comments on “TAMBAH NILAI CELCOM RM10.50

  1. Saya rasa di mana mana tempat pun ada kes menaikkan harga ‘nilai tambah’ ni…

    Di selangor sendiri, bukan sahaja Celcom, tapi Digi dan Maxis juga sama. Tambahan nilai dari RM.20 hingga RM0.50 terutamanya pada cuti perayaan atau sabtu/ ahad.

    Alasan penjual, kerana pada hari itu bekalan ‘nilai tambah’ susah nak dapat. Tapi kalau itulah alasan mereka, kenapa tidak ambil stok banyak sebelum itu?

  2. kalau di kg2 pula mcm mn? ada satu kedai runcit di kg sy, jual reload rm 10 ke rm11 dan rm5 ke rm rm6.50.. tu yg kdg2 sanggup pi turun bndar jak beli reload..mau ditegur pon.. mau wat mcm mn.. orang cari makan di kg ssh sikit.. kedai runcit ni pon bknnya selalu untung..

  3. salam…

    berkenaan dengan ni kan…sy dulu memang xsokong sbb sy beli je…skrg sy dah jadi pemborong flexi reload ni…myb sy faham la ckit dengan situasi penjual2 prepaid ni….biasa la nak cari makan kan….

    cth la kan…awak beli dr celcom RM9.80…sorg baru untung RM0.20. kalau 10 org..baru RM2.. huhu..memang ada untung..tp berbaloi ke dengan sewa kedai kalau sebulan mencecah RM1K kan…bg sy kurang berbaloi la..walaupun 100 org beli sehari..baru dapat RM20 x 30 hari =RM600….hihi..blm makan minum lagi…

    paling cikai RM5 ler makan sekali..tu sekali..
    yg ni baru RM10.. kalau die jual RM3…kalau RM3 xkne caj…entah 1sen je untung kalau guna flexi reload, blm caj sms…kalau xde caj..errr,,,sampai ble nak untung..

    kadang2 kte sbg pembeli ni kne faham gak situasi penjual2..diorang bukan nak cekik betul pun..cuma nak amik sen2 je…kalau dah sampai RM11 tu…tu memang xleh maafkan..kalau RM10.50 tu…boleh la tu..50sen je pun…hp mahal sampai ribu ringgit..xkan la kan 50sen xnak korban….

    kadang2 kte sbg pengguna kne faham jugak ek situasi penjual2…sbb brg yg dibeli dr pemborong memang terlalu mahal…sehinggakan Rm9.90 utk digi RM10..huhu..susah la nak kata ape kan..

    so…bagi je lah k yg sen2 tu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s