SABAH TUAN RUMAH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-53, 2010


Untuk kesekian kalinya Negeri Sabah menjadi tuan rumah bagi Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-53.

Majlis ini akan diadakan pada 29 Jun – 03 Julai 2010, bertempat di Dewan Saadah Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Tahun ini merupakan kali ketiga Negeri Sabah menjadi tuan rumah setelah pernah mendapat kepercayaan pada tahun 1989 (Lokasi: Stadium Likas) dan tahun 2000 (Lokasi: Dewan Saadah Wisma MUIS).

Hingga kini, setiap jawatankuasa sedang giat membuat persediaan rapi untuk menghadapi majlis yang berprestij bagi umat Islam di negara ini. Ianya akan disiarkan secara langsung oleh televisyen dan radio RTM.

Menurut jawatankuasa kerja sambutan awam, Ybhg. Datuk Haji Nordin Siman kehadiran ke majlis ini dijangka menjangkau sekitar 9000 ribu orang pada malam perasmian dan penutupan. Manakala malam-malam berikutnya dijangka dihadiri sekitar 5000 orang setiap malam.

Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, manakala majlis penangguhan akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Semoga kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada negeri ini mampu diterjemahkan dengan penganjuran yang terbaik. Seterusnya menjadi role model kepada negeri lain kelak. InysaAllah.

Sebuah blog telah diwujudkan sebagai wasilah penyampaian berita terkini mengenai MTQ Kebangsaan ini. Klik di sini!

2 comments on “SABAH TUAN RUMAH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-53, 2010

  1. Asssalamualaykum wbt,

    Tahniah atas kepercayaan yang diberikan kepada Sabah untuk menjadi tuan rumah kepada Majlis yang bersejarah dan berprestej ini. Erakita mendoakan agar majlis ini berjaya disempurnakan dengan lancar dan penuh gemilang. Paling penting, penganjuran Majlis ini dapat mencapai objektifnya.

    ERAKITA percaya bahawa Abu Al-Ghazali merupakan antara individu yang paling sibuk untuk memastikan majlis ini berjaya.

    Good luck! salam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s