KONSERT INUL DARATISTA DI KENINGAU….FIKIRKAN BALIK!


Saya dimaklumkan pada 30 Mei 2010 mendatang ini, akan diadakan satu Konsert 1 Inul Daratista bertempat di Kompleks Sukan Keningau.

Dan, seingat saya konsert ratu gelek gerudi dari Indonesia ini merupakan yang bakal kali pertama (betulkan kalau saya silap) diadakan di Daerah Keningau ini. Manakala sudah ada suara-suara sahabat di daerah sana yang kurang senang dengan penganjuran konsert ini.

Pada individu atau organisasi yang menganjurkan konsert ini, ANDA BIJAK dan BERHATI NURANI kiranya memikirkan semula niat untuk menganjurkannya! KONSERT INUL DARATISTA DI KENINGAU…FIKIRKAN BALIK!

Semua orang perlukan hiburan. Apapun bangsa dan agamanya, tidak dapat lari dari keperluan hiburan. NAMUN, saya kira apapun bangsa dan agamanya juga mau tau apa jenis hiburan yang dihidangkan.

Saya fikir mana-mana hiburan yang mendatangkan manfaat siapapun orang tidak akan bantah malah mengalu-alukannya. Tapi kalau sebaliknya, sudah tentu orang yang punya hati perlukan ketenteraman dan kedamaian akan bangun membantahnya!

Masyarakat Keningau perlukan kedamaian dan ketenteraman! Saya yakin majoritinya orang-orang yang perlukan kedamaian dan ketenteraman.

Justeru itu, atas nama apa si Ratu Gerudi itu dijemput hadir ke Keningau?

Atas nama memenuhi kehendak Masyarakat Keningau? …. saya rasa tidak!

Atas nama kebudayaan? …. fikiran yang tidak normal!

Atas nama hiburan masa kini?. …….oh tidak sama sekali!

Kalau begitu atas nama apa?

Tepuk dada kita kena tanya iman masing-masing.

Cuba kita bayangkan, pada konsert itu nanti si Inul akan beraksi gerudi seksi di hadapan para pemuda malah di hadapan bapa-bapa!

Apakah ini sihat? Apa manfaatnya nanti selepas itu? Kemungkaran dan kerosakan pasti akan menyusul dari belakang!

Justeru itu, sekali lagi individu atau pihak yang beriya-iya menganjurkan aktiviti kurang manfaat ini supaya menggunakan kelebihan akal dan fikiran yang sihat untuk menilai dan mendengar pandangan orang-orang baik sebelum meneruskannya!

Advertisements

KU MERINDUI SUASANA SHIBIN EL-KOM


Setelah meninggalkan bumi ini sejak 11 tahun lalu, kini kerinduan datang kembali.

Suasana tenang, damai dan tenteram selama berada di sana bagaikan lesen untuk kembali bertandang di sana.

Shibin el-Kom merupakan sebuah bandar yang terdapat di Mesir. Bandar ini juga merupakan bandar kelahiran Presiden Mesir, Dr Hosni Mubarak yang memerintah negara ini sehingga kini.

SEKILAS KISAH SAHABAT SEMASA DI SUIS TAMBUNAN


Cikgu Mustapha

Kenangan Saya di SUIS Tambunan

SUIS Tambunan merupakan tempat saya menimba ilmu ketika di peringkat awal sejarah pendidikan saya. Saya sempat menuntut ilmu agama di sekolah hanya selama 6 tahun iaitu bermula pada tahun 1978 hingga 1983. Bagi saya, kewujudan sekolah ini dan penuntutnya telah memberi corak dan kesan yang sungguh bermakna kepada masyarakat setempat khususnya anak-anak saudara baru dari suku kaum Dusun di Daerah Tambunan. Justeru, saya merasakan segala kenangan itu elok ditulis menurut pengalaman saya sendiri. Saya sememangnya amat mengalu-alukan input dari rakan-rakan (alumni) yang pernah bersekolah di SUIS Tambunan.

Kenangan di SUI Tambunan, Sabah
Setiap manusia ada pengalaman semasa usia persekolahan. Saya mula bersekolah di SUI Tambunan sekitar tahun 1978 ketika berusia 8 tahun. Ketika itu saya di Darjah 3, SK Pekan Tambunan dan Darjah 1 di SUI Tambunan. Sebelum itu, saya bersekolah di SK Kerokot, Tambunan. SK Kerokot hampir dengan rumah ibu bapa saya. Sehingga kini, saya tidak tahu kenapa saya dihantar ke SUI Tambunan oleh ibu bapa saya. Saya juga tidak pernah bertanya kepada mereka akan hal itu. Tetapi saya percaya, desakan kemiskinan dan kesedaran ibu bapa saya tentang pentingnya pendidikan, telah mendorong mereka menghantar saya ke sekolah berkenaan. Mungkin, secara kebetulan pada masa itu SUI Tambunan giat mencari pelajar untuk dididik dengan didikan Islam.

Dalam usia 8 tahun, saya diserahkan sepenuhnya di bawah jagaan guru-guru agama di asrama SUI Tambunan. Ketika itu saya kenal, Ustaz Darbi Lubis (Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis), Ustaz Hadiq Ismail, Ustaz Abdul Hamid dan lain-lain lagi. Semua rakan yang bersekolah seusia atau lebih tua daripada saya tinggal di asrama. Pada awal, terdapat hanya 2 bilik asrama. 1 bilik laki-laki dan 1 bilik perempuan di blok berasingan. Kemudian beberapa tahun kemudian asrama lelaki bertambah menjadi 2 bilik. Asrama SUI Tambunan ketika itu bilik kelas yang diubahsuai. Katil besi bertingkat di susun agak rapat agar dapat memuatkan lebih ramai penghuni. Sebuah bilik asrama boleh muat sehingga 30 orang. Disebabkan katil bertingkat, ada rakan-rakan saya terjatuh dari katil. Mungkin mengigau atau tidak biasa tidur di atas katil bertingkat.

Di SUI Tambunan, saya memulakan hidup baharu. Saya tidak pula mengingati bagaimana perasaan saya ketika itu. Mungkin sebab faktor masa, lalu saya terlupa… atau sememangnya budak mentah dan tidak tahu apa-apa. Budak sekecil umur 8 tahun, tinggal di asrama SUI Tambunan pada tahun 1978. Pelajar dewasa pada masa itu ialah Rasimun, Murikin, Rahimin, Sidiq, Hamim, Jaili, …. Rakan-rakan sebaya yang masih lekat di ingatan saya ialah Salleh (Ustaz), Saifudin (Cikgu), Jamil Jahumin, Nordin (Kulu), Waridi (Pudun),…. (Maaf..hanya itu nama yang saya masih ingat)

>>>>> Sila baca lanjut