SEKILAS KISAH SAHABAT SEMASA DI SUIS TAMBUNAN


Cikgu Mustapha

Kenangan Saya di SUIS Tambunan

SUIS Tambunan merupakan tempat saya menimba ilmu ketika di peringkat awal sejarah pendidikan saya. Saya sempat menuntut ilmu agama di sekolah hanya selama 6 tahun iaitu bermula pada tahun 1978 hingga 1983. Bagi saya, kewujudan sekolah ini dan penuntutnya telah memberi corak dan kesan yang sungguh bermakna kepada masyarakat setempat khususnya anak-anak saudara baru dari suku kaum Dusun di Daerah Tambunan. Justeru, saya merasakan segala kenangan itu elok ditulis menurut pengalaman saya sendiri. Saya sememangnya amat mengalu-alukan input dari rakan-rakan (alumni) yang pernah bersekolah di SUIS Tambunan.

Kenangan di SUI Tambunan, Sabah
Setiap manusia ada pengalaman semasa usia persekolahan. Saya mula bersekolah di SUI Tambunan sekitar tahun 1978 ketika berusia 8 tahun. Ketika itu saya di Darjah 3, SK Pekan Tambunan dan Darjah 1 di SUI Tambunan. Sebelum itu, saya bersekolah di SK Kerokot, Tambunan. SK Kerokot hampir dengan rumah ibu bapa saya. Sehingga kini, saya tidak tahu kenapa saya dihantar ke SUI Tambunan oleh ibu bapa saya. Saya juga tidak pernah bertanya kepada mereka akan hal itu. Tetapi saya percaya, desakan kemiskinan dan kesedaran ibu bapa saya tentang pentingnya pendidikan, telah mendorong mereka menghantar saya ke sekolah berkenaan. Mungkin, secara kebetulan pada masa itu SUI Tambunan giat mencari pelajar untuk dididik dengan didikan Islam.

Dalam usia 8 tahun, saya diserahkan sepenuhnya di bawah jagaan guru-guru agama di asrama SUI Tambunan. Ketika itu saya kenal, Ustaz Darbi Lubis (Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis), Ustaz Hadiq Ismail, Ustaz Abdul Hamid dan lain-lain lagi. Semua rakan yang bersekolah seusia atau lebih tua daripada saya tinggal di asrama. Pada awal, terdapat hanya 2 bilik asrama. 1 bilik laki-laki dan 1 bilik perempuan di blok berasingan. Kemudian beberapa tahun kemudian asrama lelaki bertambah menjadi 2 bilik. Asrama SUI Tambunan ketika itu bilik kelas yang diubahsuai. Katil besi bertingkat di susun agak rapat agar dapat memuatkan lebih ramai penghuni. Sebuah bilik asrama boleh muat sehingga 30 orang. Disebabkan katil bertingkat, ada rakan-rakan saya terjatuh dari katil. Mungkin mengigau atau tidak biasa tidur di atas katil bertingkat.

Di SUI Tambunan, saya memulakan hidup baharu. Saya tidak pula mengingati bagaimana perasaan saya ketika itu. Mungkin sebab faktor masa, lalu saya terlupa… atau sememangnya budak mentah dan tidak tahu apa-apa. Budak sekecil umur 8 tahun, tinggal di asrama SUI Tambunan pada tahun 1978. Pelajar dewasa pada masa itu ialah Rasimun, Murikin, Rahimin, Sidiq, Hamim, Jaili, …. Rakan-rakan sebaya yang masih lekat di ingatan saya ialah Salleh (Ustaz), Saifudin (Cikgu), Jamil Jahumin, Nordin (Kulu), Waridi (Pudun),…. (Maaf..hanya itu nama yang saya masih ingat)

>>>>> Sila baca lanjut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s