KONSERT INUL DARATISTA DI KENINGAU….FIKIRKAN BALIK!


Saya dimaklumkan pada 30 Mei 2010 mendatang ini, akan diadakan satu Konsert 1 Inul Daratista bertempat di Kompleks Sukan Keningau.

Dan, seingat saya konsert ratu gelek gerudi dari Indonesia ini merupakan yang bakal kali pertama (betulkan kalau saya silap) diadakan di Daerah Keningau ini. Manakala sudah ada suara-suara sahabat di daerah sana yang kurang senang dengan penganjuran konsert ini.

Pada individu atau organisasi yang menganjurkan konsert ini, ANDA BIJAK dan BERHATI NURANI kiranya memikirkan semula niat untuk menganjurkannya! KONSERT INUL DARATISTA DI KENINGAU…FIKIRKAN BALIK!

Semua orang perlukan hiburan. Apapun bangsa dan agamanya, tidak dapat lari dari keperluan hiburan. NAMUN, saya kira apapun bangsa dan agamanya juga mau tau apa jenis hiburan yang dihidangkan.

Saya fikir mana-mana hiburan yang mendatangkan manfaat siapapun orang tidak akan bantah malah mengalu-alukannya. Tapi kalau sebaliknya, sudah tentu orang yang punya hati perlukan ketenteraman dan kedamaian akan bangun membantahnya!

Masyarakat Keningau perlukan kedamaian dan ketenteraman! Saya yakin majoritinya orang-orang yang perlukan kedamaian dan ketenteraman.

Justeru itu, atas nama apa si Ratu Gerudi itu dijemput hadir ke Keningau?

Atas nama memenuhi kehendak Masyarakat Keningau? …. saya rasa tidak!

Atas nama kebudayaan? …. fikiran yang tidak normal!

Atas nama hiburan masa kini?. …….oh tidak sama sekali!

Kalau begitu atas nama apa?

Tepuk dada kita kena tanya iman masing-masing.

Cuba kita bayangkan, pada konsert itu nanti si Inul akan beraksi gerudi seksi di hadapan para pemuda malah di hadapan bapa-bapa!

Apakah ini sihat? Apa manfaatnya nanti selepas itu? Kemungkaran dan kerosakan pasti akan menyusul dari belakang!

Justeru itu, sekali lagi individu atau pihak yang beriya-iya menganjurkan aktiviti kurang manfaat ini supaya menggunakan kelebihan akal dan fikiran yang sihat untuk menilai dan mendengar pandangan orang-orang baik sebelum meneruskannya!

5 comments on “KONSERT INUL DARATISTA DI KENINGAU….FIKIRKAN BALIK!

  1. Kita pernah mendengar rakyat Indonesia sendiri menolak kensert aksi gelek gerudi Inul dan kita jga pernah mendengar Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung juga membatalkan Konsert Inul di Stadium Larkin Johor dan Stadium Putra Bukit Jalil pada tahun 2008 lalu..Kenapa PBT di Sabah terutama di Keningau menerima kensert trsebut di adakan…PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) harus mengambil iktibar mengenai kejadian sehingga membawa kepada pergaduhan besar semasa konsert bersama artis Malaysia & Indonesia yg diadakan di Kuala Lumpur baru2 ini.

  2. baik tidak perlu diteruskan. kalau nak teruskan pun pigi hutan belantara sahaja yang tidak ada masyarakat terutama muda mudinya dikhuatiri ahlak akan rosak. biarlah pihak penganjur dan enol bergerudi sampai pingsan. peduli apa kita.

  3. dah tak ada tempat ke c gerudi tu nk buat persembahan.ingat kita org kat sabah ni murahan sangat ke.nk tengok c gerudi tu beraksi.dah lh aksi nya menjolok mata.apa pula jadi nya ngan budak2 yg bawa umur bila melihat nya.fikir kan lah….anyway saya tk bersetuju langsung ngan konsert inul@gerudi di sabah…bgi pihak yg bertanggung jawab.batal kan lh konsert ni.tk ada faedah langsung.saya tau di sabah semua org berakhlak tinggi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s