SURAU WAQAF JALAN TAMBUNAN-KOTA KINABALU


Surau Puncak Damai Jalan Tambunan - Kota Kinabalu

Tadi, singgah sebentar di Restoran Puncak Damai dalam keadaan hujan lebat. Hajat untuk menunaikan Solat Asar.

Bagi pengguna jalan antara Tambunan – Kota Kinabalu tentunya akan menarik nafas lega dan syukur dengan kemudahan surau yang disediakan.

Surau yang terletak bersebelahan dengan Restoran Puncak Damai ini telah diusahakan oleh Tuan Haji Adenan, seorang yang sukakan amal kebajikan.

Sebenarnya sebelum ini pun surau telah pun wujud semasa restoran ini aktif yang dikendalikan oleh sahabat saya Tuan Haji Masmin Kadad. Beliaulah yang mempelopori pembinaan surau ini suatu ketika dulu.

Dengan surau berwajah baru ini sekurang-kurangnya memberi banyak kelebihan kepada para musafir yang berulang alik dari Kota Kinabalu-Tambunan-Keningau.

Setiap kali saya lalu di kawasan ini pastinya tidak sunyi dengan para tetamu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Cuma saja, alangkah eloknya kalau restoran ini dihidupkan semula sebagai alternatif kepada pengguna muslim.

Kita sudah ada dua restoran iaitu Restoran Gunung Emas dan Restoran Gunung Alab, namun kedua-duanya belum memenuhi kehendak dan keperluan pengguna muslim. Jadi, ini adalah peluang terbaik untuk memenuhi fardhu kifayah bagi mereka yang berkesanggupan.

Lokasi cukup baik untuk bersantai!