SURAU WAQAF JALAN TAMBUNAN-KOTA KINABALU


Surau Puncak Damai Jalan Tambunan - Kota Kinabalu

Tadi, singgah sebentar di Restoran Puncak Damai dalam keadaan hujan lebat. Hajat untuk menunaikan Solat Asar.

Bagi pengguna jalan antara Tambunan – Kota Kinabalu tentunya akan menarik nafas lega dan syukur dengan kemudahan surau yang disediakan.

Surau yang terletak bersebelahan dengan Restoran Puncak Damai ini telah diusahakan oleh Tuan Haji Adenan, seorang yang sukakan amal kebajikan.

Sebenarnya sebelum ini pun surau telah pun wujud semasa restoran ini aktif yang dikendalikan oleh sahabat saya Tuan Haji Masmin Kadad. Beliaulah yang mempelopori pembinaan surau ini suatu ketika dulu.

Dengan surau berwajah baru ini sekurang-kurangnya memberi banyak kelebihan kepada para musafir yang berulang alik dari Kota Kinabalu-Tambunan-Keningau.

Setiap kali saya lalu di kawasan ini pastinya tidak sunyi dengan para tetamu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Cuma saja, alangkah eloknya kalau restoran ini dihidupkan semula sebagai alternatif kepada pengguna muslim.

Kita sudah ada dua restoran iaitu Restoran Gunung Emas dan Restoran Gunung Alab, namun kedua-duanya belum memenuhi kehendak dan keperluan pengguna muslim. Jadi, ini adalah peluang terbaik untuk memenuhi fardhu kifayah bagi mereka yang berkesanggupan.

Lokasi cukup baik untuk bersantai!

6 comments on “SURAU WAQAF JALAN TAMBUNAN-KOTA KINABALU

  1. Rupanya surau itu sudah di upgrade, lama saya tidak melalui jalan Tambunan kalau nak ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah serta tahniah kepada Tn.Hj.Adenan yang sudi menabur kebaikan walaupun di jalanan.

    Beginilah semangat yang kita harapkan ada pada setiap orang. cuma peredaran masa kini telah merubah situasi jalan Tambunan-KK. kalau dulu ramai yang menggunakan jalan itu tetapi semenjak jalan Kimanis sudah elok pengguna dari Keningau Nabawan,Sook dan Tenom kini lebih suka jalan di sana.

    Inilah barangkali yang telah menyebabkan restoran berdekatan surau itu tidak lagi beroperasi seperti dulu.

    Apapun kalau ada yang mahu kenapa tidak mencuba sebab kalau Gunung Alab dan Gunung Emas boleh kenapa pula Puncak Azam tidak boleh. Tentu ada aspek yang boleh menggamit hati pengguna jalan itu untuk singgah menikmati hidangan nanti. Aspek itu tak sukar dicari bagi mereka yang berpengalaman dalam perniagaan restoran.

  2. Musolla berkenaan berada pada ketinggian 1649 meter dari paras laut. Kedudukannya amat strategik dan panorama sekeliling mampu memukau pandangan.

    Ketenangan suasana di puncak sana menyimpan banyak rahsiah alam. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

    Musolla ini boleh memuatkan sekitar 25 jemaah dalam satu-satu masa. Lengkap tempat mengambil air whudu dan tandas yang bersih. Cuma harus beringat! airnya boleh tahan juga sejuknya. Segar dan menawan kerana ia dari air mata air di puncak yang lebih atas.

    lebih mengujakan, musolla ini yang pastinya digunakan untuk solat oleh rata-rata orang yang bermusafir. Tidak syak, doa orang musafir layak diperkenankan Allah. Subhaanallah!

    silalah berkunjung sambil menghirup udara segar di sana.

  3. syukur alhamdulillah..ada insan yg berhati mulia,sy selalu melewati jln kk-tambunan tu,ada baiknya jg jika ada yg menghidupkan kembali restoran muslim tersebut.

  4. SubahanAllah, kita datang daripada Allah dan kepada NYA kita kembali.
    Untuk makluman saudara sekalian, Hj. Masmin Kadad @ Masmin Bin Saniman telah kembali ke Rahmat Allah pada 19 November 2012. Kita doakan semoha Allah SWT mencucuri rahmatNya kepada roh Allahyarham.
    Alfatihah…

    Jika ada yang berminat menghidupkan restoran Puncak Damai di Jalan Tambunan – KK, boleh berhubung dengan balu dan anak-anak Allahyarham di Restoran Puncak Damai dekat Kg. Bayangan, Keningau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s