RINDU SUASANA KAMPUNG


Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sawah. Saya menjangkakan sudah hampir 15 tahun tidak memegang tugal menanam anak padi bersama-sama dengan orang kampung.

Rindu dengan suasana itu, saya meluangkan masa ke sawah melihat saudara adik beradik membantu bonda menanam anak padi di sawah yang luasnya tidaklah seberapa.

Teringat kisah lampau, sawah inilah yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Apa tidaknya tanah sekengkang kera ini menjadi nadi bagi keluarga kampung ini menuai hasil yang hanya menghasilkan padi dua kali setahun. Terimakasih Ya Allah!

Jarak perjalanan dari rumah ke sawah adalah sekitar 0.25 km. Cukup untuk mengeluarkan peluh. Namun saya sudah biasa dengan perjalanan sejauh itu, tambahan pula jalannya dinaungi dengan pokok-pokok rimbun. Cukup selesa.

Sepanjang perjalanan hingga ke kawasan sawah saya sempat merakamkan panorama ini sebagai kenang-kenangan…:)

 

3 comments on “RINDU SUASANA KAMPUNG

  1. Aku suka suasana kampong, tapi aku tak ader sawah.Aku ingat dalam hidup aku sekali dua saja aku kesawah.Aku lebih terdedah pada pokok,tanah dan air sungai.Gambar yang di paparkan cantik dan paling menarik aku ialah buah tembikai.Buah tembikai kalau rajin tanam memang mendatangkan rezki lumayan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s