HADIR KE MTQ ANTARABANGSA ANJURAN DMDI, MELAKA


Awal jam 6.05 pada 27 Ogos 2010 bertolak dari KKIA ke KLIA. Di sana kenderaan Majlis Agama Melaka telah sedia menanti. LO bagi wakil Sabah adalah saudara Azman (kakitangan JKR Melaka) yang ada bersama mesra sepanjang perjalanan ke Melaka.

Kali ini ke Melaka untuk membawa rombongan Qari dan Qariah Sabah yang akan menyertai Majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa anjuran Dunia Melayu Dunia Islam. Kebetulan saja YAB Dato` Wira Ali Rustam merupakan presiden DMDI.

Penganjuran yang bermula 27-30 Ogos 2010 ini merupakan julung-julung kali diadakan di peringkat DMDI. Majlis pembukaan diadakan di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil Melaka.

Sekitar jam 10.30 pagi kami tiba dan ditempatkan di Puteri Resort. Persekitaran resort ini cukup baik dan memuaskan.

*********

Apa itu Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)

Latar Belakang
Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ditubuhkan pada tahun 2000 hasil daripada resolusi Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama serta dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam selaku Presiden DMDI. Ia merupakan sebuah Syarikat Kerajaan Negeri Melaka yang bertindak untuk mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu-Islam di samping menggalakkan kerjasama dalam segala aspek pembangunan di antara umat-Melayu Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Misi
– Menyelaraskan program – program pertemuan / lokakarya / konvensyen di lokasi – lokasi berlainan serta memantau program – program pembangulam seluruh dunia ;
– Merumuskan dasar-dasar hubungan umat Melayu-Islam sedunia bagi memudahkan kerjasama dalam pelbagai bidang terutama sekali Ekonomi, Teknologi Maklumat, Sosio-Budaya, Belia, Wanita, Pendidikan, Agama dan Pelancongan ;
– Mewujudkan mekanisme yang membolehkan bantuan serta perkhidmatan di gembeling bagi manfaat masyarakat Melayu-Islam yang kurang mampu dan memerlukan ;
– Menjadi badan bebas yang mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu – Islam sedunia disamping menggalakkan kerjasama di antara umat Melayu – Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Objektif
Memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin dunia Melayu dan Islam membincangkan kepentingan bersama mengenai semua bidang seperti ekonomi, kebudayaan, sosial serta Sains dan Teknologi.
Menjalankan projek – projek dan program – program yang sesuai dan memberi faedah bersama ;Membantu masyarakat Melayu dan Islam yang memerlukan bantuan dari segi kewangan , kepakaran , perkhidmatan dan lain -lain.

Mengembalikan semula keagungan masyarakat Melayu dan Islam pada zaman yang lampau supaya dapat dijadikan iktibar kepada generasi akan datang.

Advertisements

MAJLIS ISTIQBAL NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH


Esok (26 ogos 2010)  akan diadakan Majlis istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1431H, bertempat di Masjid Negeri Sabah Kota kinabalu. Kehadiran orang ramai sewal jam 4.00 petang.

Antara pengisiannya adalah bacaan ayat-ayat al-Quran oleh YM Ustaz Tirmizi bin Haji Ali (Johan Program Realiti Akademi Al-Quran) seterusnya ceramah agama yang akan disampaikan oleh Ybhg Tuan Haji Abdul Hamid Jais dari Negeri Pahang.

Majlis ini akan dihadiri oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah, menteri-menteri dan orang ramai.

Marilah sama-sama hadir ke majlis ini untuk mendapatkan ilmu dan kredhaan Allah SWT.

JALAN DIBAIKI, ELAKKAN KESESAKAN


Jalanraya dari Hospital Besar Keningau menuju ke Bandar Keningau kini giat dilebarkan. Tinjauan mendapati sepanjang jalan berkenaan penuh dengan jentera berat termasuk lori yang bertali arus menyiapkan kerja.

Sesungguhnya tindakan ini tepat pada masanya kerana jalanraya ini kerap mengalami kesesakan teruk terutama waktu pagi dan petang. Sepanjang jalanraya ini juga tempat yang kerap berlaku kemalangan dek kesesakan melampau di waktu puncak.

Meskipun jalan ini sudah dilebarkan, namun saya mencadangkan pihak berkenaan agar membaik pulih/menaik taraf beberapa jalan pintas menuju ke bandar sebagai alternatif lain mengelakkan kesesakan. Antaranya jalan daripada Kampung Toboh Laut menuju ke SRJK Yuk Yin yang mana tembus ke Medan Tamu Keningau.

Setakat ini, antara jalan alternatif untuk sampai ke bandar adalah melalui jalan pasir putih tembus ke SM Politeknik Keningau.

 

ZIARAH SAHABAT


Sudah 11 hari kita menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan Almubarak ini.

Tepat jam 4.30 petang saya bersama sahabat saya Ustaz Akob Baba dari Keningau ke Tambunan untuk menyertai sahabat USIA Tambunan yang lain ke rumah Tuan Haji Jaini di Kampung Sunsuron.

Kali ini giliran rumah Tuan Haji Jaini untuk berbuka bersama-sama dengan pimpinan USIA Bahagian Tambunan.

Kedatangan kami disambut mesra beliau dan masyarakat Muslim yang ada di sana.

Sesudah berbuka, Solat Maghrib berjamaah dengan diimami oleh Ustaz Akob Baba. Seterusnya tazkirah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Zaki Laumin. Seterusnya ucapan penghargaan tuan rumah di atas kunjungan berkenaan.

Hadir sama dalam kunjungan ini Ustaz Azmi Haji Sidik (TKB USIA Tambunan), Ustaz Mohd Yassin Yunus (Ketua Penerangan USIA Tambunan), Ustaz Suhaidi Ag Damit (AJK Belia USIA Tambunan), Cikgu Redzuan dan Cikgu Ahmad Johari (Mantan SU USIA Tambunan).

Terima kasih atas layanan mesra Tuan Haji Jaini dan keluarga…:)