HADIR KE MTQ ANTARABANGSA ANJURAN DMDI, MELAKA


Awal jam 6.05 pada 27 Ogos 2010 bertolak dari KKIA ke KLIA. Di sana kenderaan Majlis Agama Melaka telah sedia menanti. LO bagi wakil Sabah adalah saudara Azman (kakitangan JKR Melaka) yang ada bersama mesra sepanjang perjalanan ke Melaka.

Kali ini ke Melaka untuk membawa rombongan Qari dan Qariah Sabah yang akan menyertai Majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa anjuran Dunia Melayu Dunia Islam. Kebetulan saja YAB Dato` Wira Ali Rustam merupakan presiden DMDI.

Penganjuran yang bermula 27-30 Ogos 2010 ini merupakan julung-julung kali diadakan di peringkat DMDI. Majlis pembukaan diadakan di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil Melaka.

Sekitar jam 10.30 pagi kami tiba dan ditempatkan di Puteri Resort. Persekitaran resort ini cukup baik dan memuaskan.

*********

Apa itu Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)

Latar Belakang
Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ditubuhkan pada tahun 2000 hasil daripada resolusi Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama serta dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam selaku Presiden DMDI. Ia merupakan sebuah Syarikat Kerajaan Negeri Melaka yang bertindak untuk mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu-Islam di samping menggalakkan kerjasama dalam segala aspek pembangunan di antara umat-Melayu Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Misi
– Menyelaraskan program – program pertemuan / lokakarya / konvensyen di lokasi – lokasi berlainan serta memantau program – program pembangulam seluruh dunia ;
– Merumuskan dasar-dasar hubungan umat Melayu-Islam sedunia bagi memudahkan kerjasama dalam pelbagai bidang terutama sekali Ekonomi, Teknologi Maklumat, Sosio-Budaya, Belia, Wanita, Pendidikan, Agama dan Pelancongan ;
– Mewujudkan mekanisme yang membolehkan bantuan serta perkhidmatan di gembeling bagi manfaat masyarakat Melayu-Islam yang kurang mampu dan memerlukan ;
– Menjadi badan bebas yang mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu – Islam sedunia disamping menggalakkan kerjasama di antara umat Melayu – Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Objektif
Memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin dunia Melayu dan Islam membincangkan kepentingan bersama mengenai semua bidang seperti ekonomi, kebudayaan, sosial serta Sains dan Teknologi.
Menjalankan projek – projek dan program – program yang sesuai dan memberi faedah bersama ;Membantu masyarakat Melayu dan Islam yang memerlukan bantuan dari segi kewangan , kepakaran , perkhidmatan dan lain -lain.

Mengembalikan semula keagungan masyarakat Melayu dan Islam pada zaman yang lampau supaya dapat dijadikan iktibar kepada generasi akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s